small advertisement

Wednesday, July 22, 2009

keja-bos-aku

Kadang-kadang, aku suka dengan keja aku. Sebab suka? Emm.. Bukan nak kena pikir lama pun. Cuma nya kalau aku list down nanti, korang kata, tah pape punya sebab aku bagi. Ok-ok. Aku suka keja aku sebab.....
  • Keja aku ni banyak kena deal dengan orang lain. Dan aku ni plak suka bercakap dengan orang yang tak kenal aku. Kalau orang tu dah mula kenal aku, aku tak bape syok nak cakap dah. Hehe.
  • Post yang aku ada ni, bunyi macam keja banyak..... Sampaikan kena bawak balik umah. Tapi banyaknya tu, bila ada tender-tender besar je. Kalau yang kecik, ciput tu, sejam dua dah siap dah.
  • Masuk keja kul sembilan, kul lima dah bole balik dah. Tu pun, kalau aku rajin masuk keja kul sembilan. Kadang-kadang tu, terlajak sudah.
  • Bila keja tu sikit, ciput yang amat, aku mampu layan tenet berjam-jam lamanya.
  • Bab cuti? Suka-suka ati aku nak E.L. Haha... Tipu-tipu.. Pastikan keje ko dah settle, baru ko bole suka-suka ati nak E.L.
  • Pakaian plak, aku blasah je pakai jeans bila aku agak-agak, aku tak jumpa orang luar aritu. Nak pakai tshirt pun bole.
Ada terasa jeles dengan keadaan tempat keja aku ni? Okla. Mari aku listkan benda yang buatkan aku tak bape nak bersyukur sangat dengan keja aku ni.
  • Bila keja ciput, ko jangan la berangan nak dapat gaji banyak. Walaupun dah setahun aku keja situ, gaji aku dok macam tu jugak. Tak cecah-cecah RM2k pun
  • Bila gaji ciput, apa yang kau mampu belanja sakan-sakan? Jadi harus berjimat cermat untuk terasa belanja sakan.
  • Aku ada bos yang kreko. Bila mood dia ok, okla. Kalau mood tak ok, terima la keadaan yang tak selesa tu.
  • Bos aku ni suka menyembang. Lagi-lagi kalau takde kawan. Dia punya sembang tu, berjam-jam lamanya. Bole keluar crita tok-nenek dia, anak-pinak sampaikan la cite pasal 18SX.
  • Bila sampai bab 18SX, tak tau nak letak mana telinga aku tuh. Macam nak lempar jauh-jauh je.
  • Walaupun keja ciput dan dah siap, ko jangan rasa bos ko takkan menganggu ko di luar masa bekerja. Sabtu ahad pun, dia roger ko tau, tanya pasal itu ini. Padahal bole je bincang pasal keja itu ini masa ari isnin tu.
  • Ko kena sentiasa bersedia dengan fakta-fakta keja ko. Jangan sembarangan nak tipu walaupun ko rasa macam agak remeh-temeh.
  • Bos aku punyai plan yang pelbagai. Sila jangan bangkang dan berikan idea yang lebih bernas. Buat sakit ati ko je.
Dah-dahla kot. Aku nak list banyak-banyak pun, macam berulang-ulang je isi dia. Hehe. So, ada sapa-sapa yang rasa masih jeles dengan aku? Ataupun dah mula mensyukuri dengan kerja yang ada?

Fikir-fikirla...



=P~

6 comments:

  1. First, abg suka wajah baru blog ini. Sejuk mata memandang dan gabungan warna yang cantik. Tahniah!

    Second, adik pun kenalah bersyukur sebab setidak-tidaknya ada juga kerja, walaupun tak cecah 2K. At least dapatlah rezeki halal.

    Third, usahlah melihat pandangan negatif terlebih-lebih, nanti tak der motivasi, menjadikan semangat down. Asyik terfikir yang negatif jer. Wujudkan pemikiran positif agar bersemangat sentiasa.

    Salam dan ingatan duapuluh sen dari abg. Hehehehee

    ReplyDelete
  2. huh~ akak mensyukuri dgn tmpt keje akak skrg :P

    ReplyDelete
  3. abgbent.
    terharunya saya dapat komen dari abgbent.hehe.Ye, saya mmg cuba usahakan untuk berpikiran positif selalu.Supaya tak rasa down bila dibandingkan dengan kawan2.
    Mujur jugak saya ni mampu dapat keja berbanding lepasan graduan lain.Kn.

    Abgbent, nak mintak cenderamata dari jepun bole? Keychain pun jadi la..

    kak ita,
    yg jenis tak reti mensyukuri ni, slalunya orang yg berjiwa muda. yg sukakan kebebasan. agaknya la.

    ReplyDelete
  4. aku suka pegi keje..
    sebab aku tak banyak keje..
    blogging setiap masa jer..
    itu pun kira keje..
    sebab tiap hujung aku bergaji juga..

    ReplyDelete
  5. Selamat bekerja dengan bos....


    Selamat mengerjakan bos....



    Selamat dikerjakan bos....

    ReplyDelete
  6. Selamat bekerja dengan bos....


    Selamat mengerjakan bos....



    Selamat dikerjakan bos....

    ReplyDelete

Hello!