small advertisement

Friday, July 10, 2009

bersama ain & ain

Seminggu ni, aku sibuk sangaaaaaat. Nak jenguk rumah blog kawan-kawan pun tak nyempat. Senang crita, nak berSMS dengan cik boipren pun, takde kesempatan lah. Ampun ye cik boipren.

Tapi semalam, sempat je aku bersenang-senang dengan kawan sekolah aku dulu, dua orang. Sorang nama ain, sorang lagi plak, nama ain. Erk... Dua-dua pun nama ain. Bezanya sorang tu dah bersuami, sorang lagi ni single.

Ain yang dah bersuami ni, selalu jugak aku keep in touch, sejak-sejak kenuri kawen dia tu. Tapi cara kami keep in touch tu, melalui fesbuk atau ym saje. Ain yang sorang lagi ni plak, kalau ikut-ikutkan, kali terakhir aku calling-calling dia enam-tujuh tahun lepas. Lamaaaaa tu.

Mula-mula, ain yang single ni, telefon aku, nak ajak jumpa. Adala cerita macam mana dia dapat no fon aku kan. Tapi itu letak tepi. Dan serta merta aku bagi jawapan ok untuk jumpa dia. Kalau dulu-dulu, dia la teman bersenang-senang aku, teman bersusah-susah aku. Kiranya bila dia ajak jumpa masa tu, ati aku teringat masa-masa dulu dan teringin nak bersenang-lenang macam dulu dengan dia balik.

Jumpa dekat Coffee Bean dalam jam enam. Dia yang belanja. Sejam kemudian, ain yang dah bersuami pulak menyusul. Bersembang, mengumpat, mengimbas perkara lepas, dan sembang lagi. Dan tup-tup dah dekat jam sepuluh. Masa tu, tak makan apa pun. Minum dan makan angin je yang banyak. Tapi konpiden je si ain yang sorang tu, kata baru jam 8.30. Huhuhu~

Kedai pun dah nak tutup. Barula terasa nak gerak ke kedai mamak. Itupun sebab diorang berdua ni dah lapar, kebulur. Aku macam biasa, seminggu ni ntah ilang mana selera makan tu. Nak kena jejak kasih plak lepas ni. Jadi aku cuma pesan kentang goreng je. Taknak la aku minum air je, yang diorang plak sibuk makan kan. Kali ni, ain yang dah bersuami plak yang belanja. Rezeki aku malam tadi kan. Sembang dan sembang lagi, dah pun pukul dua belas.

Aishh.... Sungguh tak terasa masa berlalu. Dan aku harap hubungan yang terputus dulu, mampu bersambung kembali. Mungkin tak sehangat dulu, tapi semoga ianya tak membeku seperti kawan-kawan yang lain.

Ain B, Ain K. Aku terharu dengan layanan korang semalam. Sungguh. Korang memang kawan yang best!!!


2 comments:

  1. aik..dua2 nama Ain?
    satu ain junior
    satu lg ain senior (yg dah kawin tu

    ReplyDelete
  2. kt sekolah dulu, ade gelaran special untuk diorg.
    tp tk dpt dihebohkan di sini.
    rahsia.
    hehe.

    ReplyDelete

Hello!