small advertisement

Monday, July 20, 2009

aku...... balik kampung

Semalam (sabtu), pagi-pagi dah mula kemas barang yang nak dibawa balik ke kampung. Tapi dalam sibuk berkemas tu, aku tunggu ami datang umah, untuk collect tiket M.U dia. Lama dah aku tolong belikan untuk dia. Tapi atas kesibukan masing-masing, baru semalam dapat bagi tiket dia. Itupun sebab petang tu, dah start game. Kalau tidak, tunggula saat-saat terakhir kot.

Dalam pukul sepuluh lebih macam tu, aku pun gerak ke ampang. Amik tok dengan wan kat umah pakcik aku. Misi sebenar, balik kampung untuk antar tok dengan wan balik. Misi sampingan, akan diceritakan kemudian. Hehe.

Tok dengan wan saja datang KL, jaga menantu dan cucu baru. Bila makcik aku ni dah abis pantang, mula la tok dengan wan ni rindukan rumah di kampung ni. Dalam pukul sebelas lebih, kami bertolak. Tapi sebelum bertolak, kami singgah makan dulu. Baru ada tenaga sket nak drive kan.

Lepas penuhkan perut dengan makanan tengahari yang melazatkan, kami bertolak menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan untuk perjalanan yang cepat. Kita tengok cepat ke tidak aku drive lepas aku crita selengkap yang boleh.

Isi minyak dekat Sg Buloh jam satu tengah ari. Pandu sekitar 100-120km/j. Dan sejam kemudian, singgah dekat R&R Tapah. Minum-minum dengan wan, pastu pegi ke toilet. Dan mulakan balik perjalanan.

Dalam kira-kira empat puluh minit kemudian, singgah kat hentian rehat Simpang Pulai. Tujuan singgah, beli kuih pau dan minum-minum dengan wan. Kuih pau kat Simpang Pulai,sedap. Mesti singgah beli kuih pau kat situ. Lepas tu, mulakan balik perjalanan dengan halaju yang sama.

Ni ntah pukul bape, singgah kat Hentian Rehat Bukit Gantang (aku rasa la), sebab nak isi petrol. kalau ikutkan, wan suh isi kat hentian seterusnya. Tapi untuk langkah berjaga-jaga, elok la isi je petrol tu.

Dalam empat suku macam tu, kami dah sampai dekat halaman rumah tok dan wan aku. Agak-agaknya, betul ke aku bawak 100-120km/jam je tadi? Ataupun, jam yang salah? Aku tau, korang tengah berkira-kira aku drive laju ke tak kan......


Aku rasa biasa je aku drive tu. Tapi kalau wan ngan tok, layan tido sampai berdengkur, mungkin aku pecut jadi 110-140km/jam. Hahahahaaaa!~

Jangan marah ye tok!!!

1 comment:

  1. wei..kulit baru nampak! ijau tuuuu

    slmt balik kpg...pandu laju2...?

    ReplyDelete

Hello!