small advertisement

Friday, July 31, 2009

lima ari yang terrible... bukan lima lagi dah

Sabtu:
malam - pening pening

Ahad:
bangun pagi - sakit tekak, badan rasa panas-panas semacam
sepanjang ari - pening-pening
petang sampai malam - sakit perut & cirit-birit

Isnin:
bangun pagi - demam, sakit kepala
sepanjang ari - cirit, sakit tekak

Selasa:
sakit tekak, diselang-seli dengan batuk, sakit perut

Rabu:
sakit tekak, batuk, badan sejuk di luar, panas di dalam (demam la tu)

Khamis:
sakit tekak, batuk, demam, sakit kepala. (siap baring-baring kt ofis)

Jumaat:
selsema, batuk, sakit tekak

Agak-agak korang, apa plak simptom esok ari?

Friday, July 24, 2009

angin

Sejak seminggu lepas, aku teringin nak berubah angin. Ubah cara hidup aku. Jadi, sejak seminggu lepas, aku rajin keluar dengan kawan-kawan. Bole dikatakan setiap ari, setiap malam.

Cuma sabtu, ahad dan isnin lepas je, aku habiskan masa di kampung dan atas bas.

Dan arini, aku berubah angin lagi. Jauh.............................

Thursday, July 23, 2009

aku serabut

Aku serabut!

Semalam, aku keluar dengan ain single lagi..... Dalam seminggu ni, ari-ari aku keluar dengan dia. Untuk mengubat ati yang tak bape tenteram ni.

Semalam, kami lepak makan dekat Old Town Kopitiam. Sengaja hang out lama-lama. Takmau pulang ke rumah awal-awal. Nak elak dari pikiran bertambah serabut yang sedia ada serabut tu.

Tah camane, aku dapat call, yang menyebabkan aku rasa takmau lansung balik rumah selagi masalah itu tak selesai. Masalah itu, bukan masalah aku. Jadi, aku bukan lari dari masalah yang ada tu. Cuma aku taknak alami lagi sekali peristiwa yang terjadi tu.

Aku anta SMS dekat salah sorang ahli famili aku, aku takmau balik umah selagi rasa serabut macam ni. Dan lepas setengah jam macam tu, ahli famili aku telefon aku, untuk katakan peristiwa yang bakal berulang itu mampu ditangguh untuk sementara waktu. Terasa lega sebentar...

Cuma lepas tu, buatkan hati merasa lagi sebak, bila ahli famili aku tu ungkit bab kematian. Langsung aku tak mampu kata apa-apa lagi. Terus berdiam diri.

Entah berapa lama benda ni nak bertangguh-tangguh. Pihak yang terlibat, cuma kena attack dari satu pihak yang lain je. Tapi aku? Ada dua-tiga pihak yang attack aku. Padahal, aku takde kaitan langsung.



Aku serabut!

Wednesday, July 22, 2009

keja-bos-aku

Kadang-kadang, aku suka dengan keja aku. Sebab suka? Emm.. Bukan nak kena pikir lama pun. Cuma nya kalau aku list down nanti, korang kata, tah pape punya sebab aku bagi. Ok-ok. Aku suka keja aku sebab.....
  • Keja aku ni banyak kena deal dengan orang lain. Dan aku ni plak suka bercakap dengan orang yang tak kenal aku. Kalau orang tu dah mula kenal aku, aku tak bape syok nak cakap dah. Hehe.
  • Post yang aku ada ni, bunyi macam keja banyak..... Sampaikan kena bawak balik umah. Tapi banyaknya tu, bila ada tender-tender besar je. Kalau yang kecik, ciput tu, sejam dua dah siap dah.
  • Masuk keja kul sembilan, kul lima dah bole balik dah. Tu pun, kalau aku rajin masuk keja kul sembilan. Kadang-kadang tu, terlajak sudah.
  • Bila keja tu sikit, ciput yang amat, aku mampu layan tenet berjam-jam lamanya.
  • Bab cuti? Suka-suka ati aku nak E.L. Haha... Tipu-tipu.. Pastikan keje ko dah settle, baru ko bole suka-suka ati nak E.L.
  • Pakaian plak, aku blasah je pakai jeans bila aku agak-agak, aku tak jumpa orang luar aritu. Nak pakai tshirt pun bole.
Ada terasa jeles dengan keadaan tempat keja aku ni? Okla. Mari aku listkan benda yang buatkan aku tak bape nak bersyukur sangat dengan keja aku ni.
  • Bila keja ciput, ko jangan la berangan nak dapat gaji banyak. Walaupun dah setahun aku keja situ, gaji aku dok macam tu jugak. Tak cecah-cecah RM2k pun
  • Bila gaji ciput, apa yang kau mampu belanja sakan-sakan? Jadi harus berjimat cermat untuk terasa belanja sakan.
  • Aku ada bos yang kreko. Bila mood dia ok, okla. Kalau mood tak ok, terima la keadaan yang tak selesa tu.
  • Bos aku ni suka menyembang. Lagi-lagi kalau takde kawan. Dia punya sembang tu, berjam-jam lamanya. Bole keluar crita tok-nenek dia, anak-pinak sampaikan la cite pasal 18SX.
  • Bila sampai bab 18SX, tak tau nak letak mana telinga aku tuh. Macam nak lempar jauh-jauh je.
  • Walaupun keja ciput dan dah siap, ko jangan rasa bos ko takkan menganggu ko di luar masa bekerja. Sabtu ahad pun, dia roger ko tau, tanya pasal itu ini. Padahal bole je bincang pasal keja itu ini masa ari isnin tu.
  • Ko kena sentiasa bersedia dengan fakta-fakta keja ko. Jangan sembarangan nak tipu walaupun ko rasa macam agak remeh-temeh.
  • Bos aku punyai plan yang pelbagai. Sila jangan bangkang dan berikan idea yang lebih bernas. Buat sakit ati ko je.
Dah-dahla kot. Aku nak list banyak-banyak pun, macam berulang-ulang je isi dia. Hehe. So, ada sapa-sapa yang rasa masih jeles dengan aku? Ataupun dah mula mensyukuri dengan kerja yang ada?

Fikir-fikirla...



=P~

Monday, July 20, 2009

pastikan identify

Aku masih di kampung lagi. Tadi tok telefon sedara aku. Saja tanya khabar sambil tanya gosip-gosip terbaru. Erk, aku tak sure pun bab gosip tu tapi lepas tok abis sembang dengan sedara aku, tok report something dekat aku.

Anak kepada sedara aku tu merangkap makcik aku (padahal umur sebaya), dah berenti buat master kt usm. Dan tengah attend kursus untuk jadi cikgu kat Sintok. Poin utama aku yang sebenar ialah, dulu-dulu tok excited suh aku sambung master.

Tapi sekarang, kurang semangat dah. Sebab anak sedara tok aku ni komplen, buat master susah. Takut jadi sekerat jalan je. Tapi kalau tak salah aku, dah nak masuk sem kedua dah pun sambung master tu. So dia berenti dan amik offer jadi cikgu.

Jadi sekarang ni, bunyi-bunyi nak sambung master mula berkurangan sket. Cuma bunyi-bunyi keja kat area Penang plak, menjadi sebutan. Aisshhh...

Tapi aku nak juga nyimpan duit untuk menyamai yuran tiga semester kat kolej swasta tu dalam masa terdekat. Bukan nak simpan duit untuk sambung master, tapi sebab nak ikut saranan encik niijiusan, simpan duit untuk kawen. Hehehe...

Niijiusan, RM10K mana cukup nak kawen. Kena kumpul 30k laaa... Ehehehee...


Cik boipren, kita kumpul sama-sama bole. Ai kumpul RM10K. Yu kumpul Rm20K. =P

aku...... balik kampung

Semalam (sabtu), pagi-pagi dah mula kemas barang yang nak dibawa balik ke kampung. Tapi dalam sibuk berkemas tu, aku tunggu ami datang umah, untuk collect tiket M.U dia. Lama dah aku tolong belikan untuk dia. Tapi atas kesibukan masing-masing, baru semalam dapat bagi tiket dia. Itupun sebab petang tu, dah start game. Kalau tidak, tunggula saat-saat terakhir kot.

Dalam pukul sepuluh lebih macam tu, aku pun gerak ke ampang. Amik tok dengan wan kat umah pakcik aku. Misi sebenar, balik kampung untuk antar tok dengan wan balik. Misi sampingan, akan diceritakan kemudian. Hehe.

Tok dengan wan saja datang KL, jaga menantu dan cucu baru. Bila makcik aku ni dah abis pantang, mula la tok dengan wan ni rindukan rumah di kampung ni. Dalam pukul sebelas lebih, kami bertolak. Tapi sebelum bertolak, kami singgah makan dulu. Baru ada tenaga sket nak drive kan.

Lepas penuhkan perut dengan makanan tengahari yang melazatkan, kami bertolak menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan untuk perjalanan yang cepat. Kita tengok cepat ke tidak aku drive lepas aku crita selengkap yang boleh.

Isi minyak dekat Sg Buloh jam satu tengah ari. Pandu sekitar 100-120km/j. Dan sejam kemudian, singgah dekat R&R Tapah. Minum-minum dengan wan, pastu pegi ke toilet. Dan mulakan balik perjalanan.

Dalam kira-kira empat puluh minit kemudian, singgah kat hentian rehat Simpang Pulai. Tujuan singgah, beli kuih pau dan minum-minum dengan wan. Kuih pau kat Simpang Pulai,sedap. Mesti singgah beli kuih pau kat situ. Lepas tu, mulakan balik perjalanan dengan halaju yang sama.

Ni ntah pukul bape, singgah kat Hentian Rehat Bukit Gantang (aku rasa la), sebab nak isi petrol. kalau ikutkan, wan suh isi kat hentian seterusnya. Tapi untuk langkah berjaga-jaga, elok la isi je petrol tu.

Dalam empat suku macam tu, kami dah sampai dekat halaman rumah tok dan wan aku. Agak-agaknya, betul ke aku bawak 100-120km/jam je tadi? Ataupun, jam yang salah? Aku tau, korang tengah berkira-kira aku drive laju ke tak kan......


Aku rasa biasa je aku drive tu. Tapi kalau wan ngan tok, layan tido sampai berdengkur, mungkin aku pecut jadi 110-140km/jam. Hahahahaaaa!~

Jangan marah ye tok!!!

Friday, July 17, 2009

kira calculate

Semalam, aku godek-godek laman web bank yang ada dalam Malaysia ni. Godek-godek untuk membandingkan dividen savings dan jugak interest personal loan.

Kononnya dok berangan nak buh duit dalam fixed deposit takpun akaun yang mampu memberi dividen tinggi selain dari amanah saham dengan tabung aji. Pada masa yang sama, dok berangan nak jadi 'ahlong'. So belek la interest untuk personal loan. Tapi macamla aku kaya-rayan, sampai nak jadi ahlong kan.

Ntah camne masa dok godek-godek website, aku terjumpa study loan. Selama ni aku cuma tau peti-peti-tipu je yg bagi loan untuk study. Yang lain-lain tu, macam segala yayasan tu, ada yang bagi loan dan ada yang bagi sebagai biasiswa.

Dan sebelum tu, aku ada dapat call dari kolej swasta, tanya samada aku berminat nak sambung study ke tak. Dan berminat tak, nak sambung kat tpt diorang. Serius aku kata, aku memang teringin nak sambung study.

Tapi niat aku nak sambung study ni, sebab aku nak blaja benda-benda yang sebelum ni aku tak dapat peluang untuk terokai. Kalau dulu kat kolej, aku belajar mekatronik, tapi sekarang aku teringin nak belajar benda-benda yang berkaitan dengan animation ke, multimedia semua tu.

Cuma aku takde niat plak nak smbung belajar bab-bab multimedia ke tahap master. Aku lebih prefer sijil atau diploma. Lebih praktikal dari teori kan. Kalau nak sambung master pun, mungkin aku lebih prefer sambung ke bahagian pendidikan camtu.

Sekarang ni, kolej swasta yang call aku ni, tawarkan course yang konon berkaitan dengan keja aku sekarang. Mula-mula aku berminat jugak, tapi lama-lama aku jadi rasa was-was. Bila pikirkan, aku nak ke, keja dalam industri ni lama-lama. Bukan aku ni jenis pegi offshore ke hape.Yuran tu plak, mahal woo. Satu semester rm10k. Mampu ke nak bayar. Loan peti-peti-tipu pun, aku tak abis bayar pun lagi.


Waaaaaaaaaaa~


Prettyrain, sila buat setakat yang mampu je. Kalau tak, kau merana nanti.

Thursday, July 16, 2009

minat rempit

Aku tak pandai bawak motor. Cuma tau tolak motor je. Dan aku memang tak pernah diajar untuk bawak motor dari dulu lagi.

Tapi aku ada angan-angan nak pakai motor besar. Yang ala-ala sporty tu. Macam gambar kat bawah ni.



Aku rasa bergaya semacam bila dapat naik motor besar cam ni. Aku rasa la. Tak pernah naik pun lagi. Setakat motor besar mainan, ada la..

Kalau aku bawak motor Kawasaki Ninja cam kat atas ni, confirm la aku naik sorang-sorang. Aku tkmo heret sapa-sapa naik dengan aku. Aku nak macam dalam tivi tu. Bila dah bukak helmet baru tau kata pompuan yang bawak, sambil kibas-kibaskan rambut aku. (kibas ke? blasah la). Tapi rambut aku takde la panjang mana pun nak tayang.

Cuma bila masanya aku nak gi blaja bawak motor ni. Dan aku berani ke nak bawak motor cam atas ni? (Bab berani yang dimaksudkan tu, berani ke aku berhadapan dengan famili aku) Maunya kena kutuk dengan atok sendiri. Kete pun takde, ade hati nak beli motor besar.

So aku ingat aku nak suh cik boipren yang beli motor besar ni. Mujur dia minat dan minatnya lebih mendalam dari aku. Yela, aku tau bentuk motor je. Apa jenis enjin tu semua, buat pa aku amik peduli kan.

Kalau cik boipren ada motor besar, bole la menumpang bergaya. Tak bawak pun takpe, eksyen lebih je sorang-sorang atas motor tu. Hehe.

Kalau cik boipren ni husben aku, lagi besh. Bole la jadi minah rempit. Pakai jaket kulit, helmet besar, tonggek atas motor pastu peluk husben. Auuwww. Bestnye.
.
.
.
.
.
Cik boipren, bila cik boipren nak beli motor besar dan kawen dengan ai?? Nak jadi mak
minah rempit yang ade class.....



Hehe.


Wednesday, July 15, 2009

agaknya laaa


Tadi aku tengok tivi. Eh, macam orang lain tak tengok tivi jugak je. Hehe. Kembali semula ke tivi, aku jarang fokus layan crita yang tak kena dengan jiwa aku. Tapi tadi ada benda yang menarik perhatian aku untuk tengok crita tu.


Hp berbunyi kat tengah-tengah hutan. Dan tuan punya hp tu, iaitu seorang lelaki askar sedang buat intipan. Jarang aku tengok tengah-tengah hutan, hp berbunyi. Kecuali segala adik beradik walkie talkie tu.

Bunyi hp tu buatkan lelaki tadi terkantoi. Jadi, lelaki ni pun berlari-lari cari tempat bersembunyi. Dan masa yang sama, hp tu masih berbunyi dan dia pun jawab call tu. Jawab-jawab call tu, lelaki ni beriya bagi mesej kat bini dia untuk disampaikan dekat markas. Tapi si bini ni plak, sibuk berleter pasal lelaki ni call dia setiap lima minit, konon sebab jeles. Jangan salahkan laki ni ye sebab tengking bini dia. Padahal laki tu tengah cuba sembunyi dan selamatkan nyawa tu.

Jadi, apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah... Perempuan ni mudah buat kesimpulan sendiri tanpa melakukan sebarang siasatan terlebih dahulu. Termasuk aku le tu..Dan perempuan ni juga mudah komplen tanpa bertolak ansur keadaan lelaki tersebut.

Ok-ok. Bukan semua perempuan macam tu. Tapi bole dikatakan kita selalu berbuat macam tu tanpa kita sedari. Dan jangan kata perempuan je. Laki pun sama.

Yang bab laki plak, lelaki tak pernah cuba untuk memahami perempuan. Mereka cuma cuba turuti kemahuan perempuan.

Betul tak wey?


;)

Tuesday, July 14, 2009

duit sana sini

Orang kata, bila ada dapat duit banyak, kita boleh kelabu mata. Mula mengutamakan benda yang menjadi idaman hidup, bukan lagi keperluan hidup.

Iye ke?

Terpulang kat masing-masing nak belanja duit tu macam mana kan.

Ada orang bila dapat duit banyak, mula pikir, nak shopping sana sini. Nak beli barangan branded yang menjadi pujaan dari dulu.

Ada orang bila dapat duit banyak, akan berniat nak bayar hutang sana sini. Dan merancang nak shopping sana sini. Mungkin jugak, simpan duit yang lebih tu untuk masa depan.

Tapi aku...

Terlalu banyak merancang. Mungkin dari sebanyak-banyak senarai yang aku ada tu, aku cuma melaksanakan dua-tiga je. Dasat kan?

Aishhh. Duit-duit.


p/s: nak menabung duit banyak-banyak tapi..... pahala pun tak cukup menabung lagi.


Monday, July 13, 2009

Sungguh pun, aku hanya menjadi pemerhati dengan keadaan sekeliling ku, tapi kadang-kala kita sendiri turut diperhatikan. Mana ada situasi yang kita lansung tak diperhatikan, kecuali kalau kau sorang-sorang dalam dunia ini. Itu pun jangan lupa, yang satu itu selalu perhatikan kita.

Bila menjadi pemerhati ni, kita akan nampak bermacam-macam peristiwa yang berlaku dalam bermacam-macam situasi. Dari situ, kita akan mula mengolah individu-individu yang berkaitan. Perangainya, sikap rasionalnya, budi pekertinya. Dan dari situ, mungkin terjadinya perbezaan pendapat dengan pemerhati yang lain.

Aku tak suka sebelahi sapa-sapa tanpa tau hujung pangkal peristiwa tu. Tapi aku juga manusia biasa, yang terus membuat kesimpulan tanpa mendengar penjelasan kedua-dua pihak. Dan aku juga tidak suka, bila pada asalnya aku hanya pemerhati tapi kemudiannya turut terlibat dalam peristiwa itu. Ouh, sungguh memeningkan kepala.

Bila aku jadi macam tu, terpaksala aku bersikap sangat neutral seolah-olah aku ni hati batu. Alih-alih, bila sampai terkena kat hati yang sensitif ini, muda saja aku menjadi lalang untuk kedua pihak. Oh, demn! Tak suka.

Jadi apa yang aku patut buat untuk aku kembali neutral dan tidak mengganggu hubungan aku dengan individu-individu berkaitan. Keraskan hati yang sensitif ini? Nanti dikatakan kurang ajar. Takpun digelar sombong.

Kehidupan... Kadang-kadang kau indah, kadang-kadang kau.......

Aishh, aku harus menerima ketentuan-Nya dalam hidupku.

Mungkin ada sinar yang sedang menunggu aku mencarinya.

Kan??


Friday, July 10, 2009

bersama ain & ain

Seminggu ni, aku sibuk sangaaaaaat. Nak jenguk rumah blog kawan-kawan pun tak nyempat. Senang crita, nak berSMS dengan cik boipren pun, takde kesempatan lah. Ampun ye cik boipren.

Tapi semalam, sempat je aku bersenang-senang dengan kawan sekolah aku dulu, dua orang. Sorang nama ain, sorang lagi plak, nama ain. Erk... Dua-dua pun nama ain. Bezanya sorang tu dah bersuami, sorang lagi ni single.

Ain yang dah bersuami ni, selalu jugak aku keep in touch, sejak-sejak kenuri kawen dia tu. Tapi cara kami keep in touch tu, melalui fesbuk atau ym saje. Ain yang sorang lagi ni plak, kalau ikut-ikutkan, kali terakhir aku calling-calling dia enam-tujuh tahun lepas. Lamaaaaa tu.

Mula-mula, ain yang single ni, telefon aku, nak ajak jumpa. Adala cerita macam mana dia dapat no fon aku kan. Tapi itu letak tepi. Dan serta merta aku bagi jawapan ok untuk jumpa dia. Kalau dulu-dulu, dia la teman bersenang-senang aku, teman bersusah-susah aku. Kiranya bila dia ajak jumpa masa tu, ati aku teringat masa-masa dulu dan teringin nak bersenang-lenang macam dulu dengan dia balik.

Jumpa dekat Coffee Bean dalam jam enam. Dia yang belanja. Sejam kemudian, ain yang dah bersuami pulak menyusul. Bersembang, mengumpat, mengimbas perkara lepas, dan sembang lagi. Dan tup-tup dah dekat jam sepuluh. Masa tu, tak makan apa pun. Minum dan makan angin je yang banyak. Tapi konpiden je si ain yang sorang tu, kata baru jam 8.30. Huhuhu~

Kedai pun dah nak tutup. Barula terasa nak gerak ke kedai mamak. Itupun sebab diorang berdua ni dah lapar, kebulur. Aku macam biasa, seminggu ni ntah ilang mana selera makan tu. Nak kena jejak kasih plak lepas ni. Jadi aku cuma pesan kentang goreng je. Taknak la aku minum air je, yang diorang plak sibuk makan kan. Kali ni, ain yang dah bersuami plak yang belanja. Rezeki aku malam tadi kan. Sembang dan sembang lagi, dah pun pukul dua belas.

Aishh.... Sungguh tak terasa masa berlalu. Dan aku harap hubungan yang terputus dulu, mampu bersambung kembali. Mungkin tak sehangat dulu, tapi semoga ianya tak membeku seperti kawan-kawan yang lain.

Ain B, Ain K. Aku terharu dengan layanan korang semalam. Sungguh. Korang memang kawan yang best!!!


Tuesday, July 07, 2009

fragile yang ingin gembira

Weekend lepas, aku bole anggap antara hari yang paling horrible untuk aku. Dan tak semena-mena nya, aku menjadi manusia yang paling fragile kalau dibanding-bandingkan diri aku yang dulu-dulu.

Bole dikatakan sampai ke saat ini, aku masih belum ok dengan keadaan hari tu. Tapi apa yang aku bole buat, hanyala mengambil mudah dengan apa yang terjadi, lagi-lagi kejadian ni tak bersangkut paut dengan diri aku sepenuhnya. Itu pun setelah dinasihat kawan aku yang 'ho liao'!!!

Sekurang-kurangnya, arini telah rasa diubati sikit bila ada khabar baik yang bakal menjelma dalam minggu ni. Mungkin je. Tapi tidaklah 100% berita gembira.

Apahal pun, petang tadi, salah satu cara merawat hati yang kurang tenteram ni, dengan window shopping dekat Midvalley. Oopss.. Sebenarnya, ada kawan aku ni, mintak tolong belikan tiket MU vs Malaysia 1, dekat Gardens.

So disebabkan ofis aku yang agak berdekatan dengan Gardens ni, aku tolong la belikan tiket untuk dia. Tapi dah pegi beli, takkan tak window shopping kan. Sempat la berpusing-pusing sambil rambang-rambang mata tengok sale sana-sini.

Alahai, tahan je nafsu nak shopping ni. Alih-alih, terlabur jugak duit kat Giordano, beli jeans. Tapi jeans ni, aku memang usha lama dah. Aritu ada usha kat MNG, besar sangat saiz. Kat Zara plak, kecik sangat, sampai aku kena lompat-lompat nak try jeans tu. Giordano ni jugak yang sesuai dengan taste dan saiz aku.

Aku harap sok ni, khabar berita yang lama aku tunggu tu, datang menyinggah. Bole la aku teruskan plan lain yang lama dilengah-lengahkan.

;)

Wednesday, July 01, 2009

kreatif yang extreme!



Kalau kau seorang pengembala, dan punyai ratusan ekor kambing, cuba korang try buat cam dalam video tu. Menjadi tak macam diorang buat ni?