small advertisement

Thursday, June 11, 2009

orang kata..

Orang kata...

Orang selalu kata, bila kita buat sesuatu lagi-lagi kita punyai minat yang mendalam dengan perkara itu, kita dapat lakukan perkara itu dengan sangat cemerlang.

Betul ke orang tu kata?

Orang selalu kata, pilihan ibubapa adalah yang terbaik untuk kita. Kita seharusnya akur dengan pilihan mereka.
Betul ke orang kata tu?

Orang selalu kata, manusia akan belajar dari kesilapan yang seharusnya menjadi teladan untuk diri sendiri.
Betul ke orang tu kata?

Orang selalu kata, semakin banyak duit yang kita ada, semakin kedekut jadinya.
Betul ke orang kata tu?

Orang selalu kata, kita kena respek dengan orang yang lebih tua dari kita. Orang yang muda plak kena tahu batasan yang ada bila bergaul.
Betul ke orang tu kata?

Kalau aku....

Aku percaya bila aku minat dan suka sangat dengan sesuatu perkara tu, susah aku nak lupakan macam tu je. Aku akan buat keja tu sehabis baik. Cemerlang yang paling mungkin.
Jadi, kalau kau bagi kerja yang aku suka, result dia memang best. Tapi kalau aku tak suka, jangan salahkan aku kalau aku buat sambil lewa je. Dan resultnya hampeh! Dan silap-silap, kau rasa macam nak pecat aku je. =)


Manusia mana ada yang sempurna la. Kebetulan je kalau pilihan ibubapa tu sesuai dengan diri kau. Kalau pasal jodoh, itu di tangan Nya. Tak payah nak paksa-paksa.


Manusia akan jadikan kesilapan yang ada tu sebagai teladan jika dia buat kesilapan tu seminit yang lepas. Lepas sejam, mungkin manusia dah lupa terus tentang teladan tu.
Contoh, ala tengok drama melayu kt tv sudahla. Banyak kan.


Memang betul pun. Makin banyak duit, bukan makin pemurah. Tapi berkira dan kedekut. Memang duit tu susah nak dicari dan disimpan. Tapi takat dua ratus dari berpuluh ribu apa la efeknya sangat.
Contoh ada kat sekeliling aku ni. Paling ketara bos aku la. Erk.... Untung banyak, mananya increment/bonus?



Aku memang respek orang yang lebih tua dari aku. Tapi kalau orang yang tua, tapi mau bergaya macam orang muda, serta merta menurun peratusan respek aku terhadap beliau. Sorry ok! Aku jugak rasa nyampah tengok orang tua dan berpengalaman, tapi dok reti sentap-sentap lagi. Aku yang baru dua puluhan pun, tak sentap cam gitu tau. Ouh, aku rasa bila manusia makin tua, makin sensitip jadinya.

Orang muda kena la tau batasan pergaulan antara orang muda dan juga orang yang lebih tua. Respek! Ini tidak, buat orang yang lebih tua, yang bole digelar datuk/nenek, dilayan macam budak-budak. Ye, memang sepatutnya ada masanya series, ada masanya bole berlawak. Tapi, time series tu, jangan dok sentap plak. Nak pi report ngn mak. Malu la. Kau dah umur bape dah.


Aishhh...


Malas aku nk list down banyak-banyak. Ikutkan, ada macam-macam lagi yang aku tak puas ati. Lagipun kalau aku list down nanti, ada yang sentap plak. Hak kebebasan aku nak blogging ni kan terhad!~



4 comments:

  1. akak kata...ikut aje mana yg terbaik~

    ReplyDelete
  2. sentap a.k.a merajuk.
    aku rasa pkataan sentap ni mai sebelah utara.
    klau tk salah aku la.

    ReplyDelete
  3. pedulikan apa org kata..hehe

    ReplyDelete

Hello!