small advertisement

Monday, June 15, 2009

kepercayaan yg telah dikhianati

Sejak seminggu lepas, aku macam dibayangi satu perasaan fobia bila teringatkan pakcik sorang ni. Dia bukan buat pape dengan aku. Cuma bersembang-sembang dengan aku saje.

Dulu-dulu, bila dia sembang-sembang dengan aku, aku ok. Cuba terima segala isi-isi luahan tu dari telinga kiri ke telinga kanan. Tapi setakat tu je. Aku akan pastikan tidak melebihi batasan hubungan aku dengan pakcik tu.

Tapi nampaknya batasan hubungan yang ada telah dicalari sama sekali oleh pakcik tu. Dia mula bersembang tentang perkara yang tak sepatutnya. Walau secara dasar, dia meluahkan perasaan tentang masalah rumahtangga yang dihadapi, tetapi aku patut amik tau ke?

Lagi-lagi melibatkan maruah rumahtangga dia sendri. Lagi-lagi sampai ke tahap SX. Lagi-lagi masa dia luahkan hal yang sebegitu rupa, aku sendirian masa tu.

Jumaat lepas, sepatutnya aku kena temankan dia ke KLCC. Aku sampai dulu, dia sampai kemudian. Aku berkira-kira cara nak elak dari teman dia sepanjang ari kat situ. Jadi aku menipu dan beri pelbagai alasan. Dan berjaya.!

Arini, terimala habuan dengan mendengar leteran dari dia pasal kes jumaat tu. Tapi langsung aku tak amik peduli. Lantak....

Hmmmm..

Sapa selesa bila orang yang kita respek dah mulai sembang hal-hal SX dengan kita.

Dulu janji-janji manisnya.... "i treat u like my daughter, so u can treat me like ur father". Kepala hotak dia treat aku sebagai anak dia. Seorang bapak takkan cerita hal-hal dia berSX dengan pompuan lain. Takkan sentuh bab-bab SX secara detail dengan anaknya.

Dulu... Selalu bagitau aku, yang omputih ni gatal-gatal. Tak bole dipercayai. Kemudian, mintak aku pandai jaga diri sendri bila bersama diorang.

Tapi masa aku ke Korea aritu, aku dikelilingi oleh omputih dan orang Korea, sorang-sorang aku plak tu. Takde pun dia ingatkan aku pasal semua tu. Takde plak dia tanya aku ok ke tidak kat sana.

Apa sebenarnya niat dia ni. Aku takmau pikir bukan-bukan. Tapi kalau dah sampai tahap cam gini, nampaknya aku kena usaha sesuatu untuk diri aku. Kn?




3 comments:

  1. Hmm. Ntah la. Tu la, klau ada peluang nak lompat ke company lain, just pergi ja. Then, klau company tu ada prob lain, yg tu lain citer plak. Nway, just grab peluang sementara masih ada peluang. Take a good care of ur self k.

    ReplyDelete
  2. rasa geli-geleman lak.ape da pakcik tuh,hal umah tangga yg tersirat tu mane leh habaq kat org..haih

    ReplyDelete

Hello!