small advertisement

Wednesday, June 17, 2009

kawan-jodoh-kawen

Tadi petang, aku dapat satu sms dari kawan aku. Aku taip balik satu-satu sama macam aku dpt sebiji dlm mobile aku tu.

Meza, carikan aku bf.aku xmau yg serius.aku nk yg tkut comitment cm aku jg..

Haa... Carikan bf? Adoi, bole plak minat ni buat request camni kat aku. Siap demand nak yang tkmo series. Di saat-saat umur suku abad ni, camne minah ni bole terlintas pikir cam gitu. Aku pun tanya la nape nak yang takde komitmen kan. Dan dia jawab macam ni.

Aku nk kawin lmbt.so aku nk org yg xmau kawin lmbt jg.tp xmau yg xmau kawin sb xada duit.kalu yg gay pn ok jg la..

Em, sekarang ni musim orang nak kawen lagi ada la, beb. Mana ada yang nak kawen lambat sangat. Kecuali ada sorang dua tu, yang terlalu berkomitmen keja kat tengah laut sana. Berbulan sekali baru nak balik darat. Tapi, ko mesti taknak jugak orang macam tu. Kecuali ko pun keja sama-sama kat tengah laut tu, kan. Aku tau ko la beb!

Kawan aku ni pun ada demand lain jugak. Nak kan calon yang saiz lebih kurang dengan dia. Takmau besar sangat, takmau kecik sangat. Sebabnya, aku dah propose dua-tiga nama kat dia. Dan terang-terang kena tolak macam tu je. Isk-isk.

Beb, aku bukan takmau tolong ko. Tapi aku taknak la ko terluka lagi bila bab cintan cintun ni. Dan aku taknak la puncanya datang dari aku. Sori beb! Ko memang anta sms kat wrong department la...

Pehalpun, aku doakan ko dapat jodoh yang menepati segala kriteria-kriteria ko tu. Dan aku berharap ko dan aku sama-sama naik pelamin tahun tu jugak. ;)

p/s: statement last tu, menunjukkan aku lambat lagi nak kawen. hehee.
p/s (2): beb, sori aku copy-paste sms tanpa kebenaran ko. kita kawan-kawan kn?

3 comments:

  1. siap ckp tu nak org yg camner,heheh. psttt: tolong carikan kat sorang,kekekkee.

    ReplyDelete

Hello!