small advertisement

Thursday, June 18, 2009

cuba menjadi positif

Entri ni kesinambungan dengan entri beberapa ari lepas.

Dua tiga arini, aku banyak berpikir pasal benda yang dah terjadi tu. Macamana aku nak lalui ari-ari yang mendatang tanpa menghiraukan kejadian yang macam tu. Macamana aku nak respek pakcik tu balik seperti ari mula-mula aku kenal dia. Macamana aku nak pandang muka dia tanpa pikirkan cara dia pandang aku yang bukan-bukan?

Dan benda yang tak bole buat aku lupa, cara pakcik tu marah aku pasal perangai aku Jumaat lepas. Bukan dia marah aku sampai maksimum yang bole buatkan aku meleleh air mata. Pun bukan sebab dia marah aku sampai dia bagi penampar. Tapi masa kejadian tu, cara dia marahkan aku tu seperti boyfriend marahkan girlfriend.

Kenapa aku cakap camtu?

Kalau pakcik tu marahkan aku seperti yang sepatutnya, dia takkn bersoal banyak dengan sapa aku jumpa, lelaki atau perempuan, apa kerja dia. Dan pakcik tu takkan bagi statement, "i want you there to support me", " be with me", "don't do this again".

Cara dia luahkan kata-kata penyata tu pun, dengan begitu lemah lembut. Maksud aku, macam boyfriend rayu dekat girlfriend nya. Dan aku rasa sangat nyampah masa tu. Series!~

Lepas sesi kena marah tu, aku juga mengharapkan pakcik tu berkelakuan macam selalunya. Bila dia marah, dia akan dera dengan keja-keja yang ada bukan secara fizikal tapi mind torture. Dan aritu... Dia tak mind torture aku langsung, dekat click aku pun takde. Dia buat macam takde pape. Ok, aku suka macam tu. Lebih baik dari mind torture.

Tapi, apa yang dia buat lepas sesi kena marah tu? Bukan setakat buat takde pape yang berlaku sebelum tu, tapi siap pujuk-pujuk aku. Bila camni, aku terasa besar kepala kejap. Tapi kejap je. Kendian, datang balik rasa curiga, apa yang dia nak sebenarnya dari aku ni.

Emm, aku harap sangat ni cuma mainan fikiran aku. Mainan syaitan untuk menghasut aku pikir yang bukan-bukan. Tapi.... Sekali aku dah pikir macam ni, susah aku nak buang tanggapan negatif macam ni dari pikiran aku dah.

Aishh.. Nak tak nak, lebih baik aku cari persekitaran keja yang baru. Supaya aku dapat tinggalkan tanggapan negatif ni dekat tempat ni je.

Cik boipren... Nak apply keja jadi surirumah kat umah awak bole tak? Tapi nak gaji rib-rib, cuti sabtu-ahad, dan ada elaun untuk shopping. Hehe..

2 comments:

  1. 1st~
    fikirkan yang baik2 aje.
    insya-allah

    ReplyDelete
  2. ha boipren meza,terima la lamaran tuh.hahaa

    ReplyDelete

Hello!