small advertisement

Thursday, January 14, 2010

ciri lelaki yang ku puja

Waktu kecik-kecik dulu, aku sukakan lelaki yang lebih tinggi dari aku, berkulit cerah, duit banyak, hensem.... Kiranya macam Tom Cruise ke, cam Brad Pitt ke. hehe. Itu kalau artis Hollywood. Kalau artis Malaysia plak, aku suka Azhar Sulaiman, Hans Isaac.... Hensem kan diorang tu. Aku tau muka-muka ni memang menjadi pujaan. Itu masa dulu. Kalau masa sekarang, Aaron Aziz ke, Ally Iskandar ke. Hehee.

Tapi ntah nape dalam dunia realiti, aku tak minat ngan lelaki macam tu. Series. Yang aku dok senarai panjang-panjang tadi tu, itu dalam dunia fantasi, bukan realiti. Yang realiti, lain sama sekali. Maksud minat aku dalam dunia realiti ni, macam minat yang melebihi seorang kawan. Ala orang kata, yang nak dibuat laki sepanjang idup.

Aku akui aku memang suka tengok diorang ni, yang kulit cerah, tinggi, loaded. Ala kriteria-kriteria seorang playboy. Tapi setakat tengok je la. Takde la sampai nak angau-angau masuk dalam mimpi tu semua. Dan aku perasan aku tak bole kawan lama dengan lelaki yang berkulit cerah ni. Ada sumpahan kot. Hehee. Dalam dunia realiti aku ni, aku suka lelaki yang comel, ada mata yang mampu menawan ati aku, senyuman yang buatkan aku puja-puja selalu... Ehek... Terlampau metafora plak.

Yang sebenarnya, aku suka lelaki yang berwawasan, matang dan bertanggungjawab. Buat pe nak layan lelaki yang ada wawasan, ada cita-cita, tapi taknak berusaha ke arah tu. Kira nak senang je. Kenala berkomitmen ke arah situ jugak kan. Pasal matang, aku sangat menitikberat hal kematangan dalam pemikiran seseorang tu. Aku tak suka lelaki yang berperangai budak-budak terlampau. Tolong berpada-pada. Sesekali takpela, tapi kalau selalu, sampaikan aku nak series pun, ko nak jadi budak-budak jugak, tolongla dok diam-diam kat ujung penjuru sana ye.

Aku suka lelaki yang yakin kepada diri sendiri. Yang mampu berpijak di dunia yang nyata. Bukan lelaki yang mudah kecundang bila ada masalah yang menimpa. Macamana dia nak sokong bini dia kalau dia pun cepat putus asa kan? Aku suka lelaki yang teguh dengan pendirian dia. Cuma layu bila dipujuk aku je. Hehe. Kalau aku pujuk pun tak menjadi, payah jugak tu. ;)

Pasal rupa paras, aku tak memilih sangat rasanya. Kalau nak yang hensem-hensem, setakat mana je nak kekal semua tu kan. Makin tua, makin botak ke, berkedut ke, boroi ke. So bab rupa paras, syukur dengan yang ada. Bab wang ringgit plak, itu semua bole dicari. Lagi-lagi kalau yang berkomitmen tu.

Yang takde komitmen tu la, yang jenis suka ponteng keja ke, melepek kat umah ke kan. Tapi aku taknak la dapat laki yang ada utang keliling pinggang.
Kita ni sendiri ada hutang nak dilangsaikan. Karang dah jadi laki bini, nak kena tolong laki langsaikan utang dia plak. Kalau utang tu sebab nak kawen ngn kita tkpela jugak. Ini utang yang sememangnya takde kene ngena kan.

Dan yang paling penting, bila aku dah suka kat lelaki tu, lelaki tu suka aku jugak la. Dan suka diri aku seadanya. Kalau tak, camne nak gitu-gitu kan. Takpun, aku jadi secret admirer lelaki tu dalam diam. Ihik!~
Konon-konon ini senarai kriteria-kriteria lelaki yang aku suka. Korang camne? Hehee.



meza:.................... saya memang suka awak dari awal lagi. kalau tak, takdela saya nak rasa jeles tak tentu pasal kan.


(draf ni aku buat dari 15/6/2009 untuk si dia. baru sekarang ada perasaan berani nak publish....)

4 comments:

  1. Apsal ko nye ciri sama cam ciri yg aku nak?? Tapi ada 1 je perbezaan kita. Ko dah jumpa orang yg kau inginkan dan aku tak jumpa lagi. Mana nak cari?? Perlu ke cari??hmm..bagi aku pk jap..hmm..tak ada jawapan la.

    ReplyDelete
  2. aku rasa ciri-ciri laki idaman tu, ciri-ciri standard. bila aku survey2, mmg ramai nak yg mcm tu. so tkde hal la klau share ciri-ciri laki idaman yang sama. mana nk cari, aku tktau. tp memang perlu dicari. klau tk, bole dtg tensen tu.

    ReplyDelete
  3. aloohhh...
    so sweet...
    tp susah nak jupe laki yg leh bg komitment camtuh..
    kalo stakat ckp tuh ramaila..
    tp bile susah sket..terus cabut..
    tak pun salahkan org lain..
    sdgkan attitude dia tak berubah..

    seb baik aku tak dapat org camtuh..ehehehehe..amin..

    alhamdulillah..insyaallah kalo berusaha..tuhan akan permudahkan juga..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tak lama lagi ko pun nak kawen dgn pilihan ati ko kan. Aku memang dah dapat dari dulu laki idaman aku ni, cuma bab komitmen tu, dia terlalu bercita-cita sampai tkleh nak berkomitmen dgn aku. dasat kan. hahaa.

    doakanla aku ngn si dia melekat jugak satu ari nanti. hehee.

    ReplyDelete

Hello!