small advertisement

Tuesday, June 30, 2009

bulan jun ini

Ni entri yang sarat dengan gambar dan aktiviti merapu. Rasa nak layan, teruskan layan. Kalau tak, zaasssss! ;)

Sepanjang bulan ini.....

8.51a.m, 2/6/09 - Gleneagles
New-born baby/cousin, Arman.

Next!!!




Baju-baju yang aku borong tak hengat.
Tu pun, ada dua-tiga lai yang aku malas nak snap. Huhuhu.

Next!!!

Mini Reunion (8 - 11p.m, 11/6/09 - Times Square)
- net, ecak, atoy, nisux, zack, aizam, aku, imah, kabe -

Miss you all already!

Next!!!
OGA 2009 (11a.m - 5p.m, 12/6/09 - KLCC)
Konon nak mengenali dgn lebih mendalam pasal oil & gas, tapi aku rasa lebih kepada collect goodie beg kot. Hehe.

Next!!!


Pertemuan Semula (2 - 6p m, 21/6/09)
- azie, fence, aku, azwa, intan -

Kita jumpa 30hb Julai nanti


Present from Sabah (21/6/09 - Fence)
Padahal orangnya dah balik semenanjung dekat tujuh bulan dah.
Baru ada kesempatan nak bagi.

Thanks Fence. *Muahs*

Next-next!!!


Transformers: Revenge of the Fallen ( 7.45pm, 26/6/09)
Layan movie yang menjadi kegilaan manusia sedunia

Next-next!!!


Ekspo Beli Barangan Malaysia (3.30 - 4.15pm, 28/6/09)
Cute kan notebook tu. Adorable!~

Postgrad Asia (4.15- 4.45pm, 28/6/09)
Saja collect pamplet dengan goodie beg


Saturday, June 27, 2009

dating bersama transformers


Ouh, transformers. Akhirnya berjaya jugak aku layan dating dengan kau tadi kan. Itupun setelah dua hari pertama kau ditayangkan untuk khalayak ramai,
orang lain pun sibuk nak dating dengan kau jugak. Terpaksa la aku menunggu giliran sampai ke petang tadi. >,<
Sebelum date dengan Transformers, kita makan dulu!!!

Aku, kau, dia, popcorn, coke!

Kau memang pandai berdating dengan aku tadi. Kejap-kejap, buat aku ketawa, "Hahaha", "Hehehe". Kadang-kadang juga, kau buat aku kecewa. Buat aku terkejut. Dan sesekali buat aku sedih "Sobsobsob". Cuma sepanjang dating tadi, aku agak terkilan dengan sound system masa kau tengah sibuk bercerita.

Pada masa yang sama, harus aku akui yang aku kagum kegigihan kau untuk bercerita dengan ku. Dengan stunt yang penuh bergaya, penuh macho. ;)

Tapi kan transformers..... Aku akan suka sangat yang tak terhingga, kalau kau banyak selitkan watak Bumblebee. Dia comel. Sungguh! Dari dulu sampai sekarang, camero menjadi pujaan. Ouh, dan tak lupa kepada watak baru, yang sangat gatal tu, yang bergesel-gesel dekat kaki heroin. Mengada sungguh. Macam nak sepak-sepak je aku rasa tadi. Emm, mayb sebab comel jugak kot. Tapi tak cukup untuk buatkan akuingat namanya. Hehe.

Eh, kau seharusnya berbangga dengan aku, sebab aku dari sebulan lepas berusaha dapatkan T-shirt berupakan kau untuk tunjukkan sokongan aku. Cuma,lebih kepada watak Decepticon. Tak apa kn? Better than never kan?


Seludup dari Petronas. Nanti-nanti, nak seludup dari gsc plak.

Transformers. Terima kasih kerana meneman aku dengan cerita kau yang bagus tu. Suka sangat! Muah-muah-muah!

Tapi.....


Lepas ni, aku nak beralih arah kat Ice Age plak. Si Tupai yang tamak plak nak dating dengan aku. Bole kan Transformers??? Huhuhu!~

Janganla tamak sangat. Risau aku tengok.

Thursday, June 25, 2009

tnb meter

Korang nampak tak, apa yang ditulis kat situ?

TNB FORM
TOLONG MEMOHON TNB METER

Benda yang aku tak paham:
  • TNB Meter ke meter TNB? Series tak paham.
  • Itu satu iklan ke atau pengumuman untuk memohon meter.
  • Nak pasang meter tu untuk ape kalau dah memang ada kat umah?
  • Ataupun benda ni ditempek dekat situ untuk benda tu dipasang meter jugak? Padahal itu tempat power supply TNB.
  • Borang TNB tu pun elok amik kat TNB terus je.
Ntah. Series aku tak paham. Nak pikir pusing kot mana pun tktau dah. Ada sapa-sapa nak bagi penerangan?

Wednesday, June 24, 2009

tkde tajuk

Ramai ke yang dah tengok transformers tu?

Ikut survey macam ramai yang dah tengok.


Wawawawawawawaa...






Lambatnya jumaat ni


booking tiket

Dari ahad lepas, aku try access website gsc. Sangat hampeh ok. Walaupun pada dasarnya, aku taktau apa maksud hampeh itu. Kakakaa.

Setiap kali aku access website gsc tu, mesti aku kecewa. Sekali-sekali je dapat masuk main page. Itu pun bila nak login, sekelip mata keluar statement " Too many users online", "Please try again"...

Aishh... Ni gara-gara cite transformers la ni. Semuanya nak pi tengok, termasuk la aku. Hehe.

So, aku pun berpikir-pikir, apa yang aku kena buat kan. Nak pergi terus kat kaunter ke atau trus nak guna fingertips access website. Kalau nak beli kat kaunter, nak kena cari parking kete, parking kete, nak kena beratur yang ntah bape panjang tu, dan yang paling tak sronok beratur sorang-sorang. Hehe. Itu pun segala urusan tu kena buat lepas balik keja.

Area umah aku ada banyak cinema. Kat cheras, kat Times Square, kat Pavillion, KLCC, MidValley, Ampang.

So aku try access satu-satu website yang ada. Gsc tolak tepi dah, memang tkleh access lansung. Yang mbo tu, tkde service booking online. Trus kat kaunter. Tinggal tgv je.

Wow, bole access cam gitu je. Takde hasle yang tah pape kat website gsc tu. Trus je pilih cinema mana, cite apa, ari apa, pukul bape, bape orang dan bole pilih seat. Dan akhirnya, settle sudah hal booking tiket aku ni.

Ehek-ehek. Jom-jom tengok Transformers. Ee-uu-gaga-ee-gugu...

;)

Sunday, June 21, 2009

carut dan tuhan

Aku selalu tertanya-tanya....

Kenapa manusia lebih gemar mencarut dari menyebut nama tuhan, lagi-lagi bila hati itu tak tenteram?

Apa yang kita dapat bila mencarut?

Peliknya pulak, manusia akan bersyukur seakan lupa yang mulut pernah mencarut sekeji-kejinya sebelum itu, bila manusia mendapat sesuatu yang diinginkan.

Manusia ni memang pelik kan.

Aku?

Aku manusia jugak.

Aku cuba mengelak dari mencarut bila aku tengah marah atau tengah benci.

Aku akan cuba senyum bila pikirkan hal sedemikian.

Cuma, ada satu perangai yang aku tak mampu ubah sampai saat ini.

Aku akan jadi seorang yang 'annoying' bila marah.


Aishh....

Maafkan aku bila aku bersikap demikian. Aku tengah usahakan untuk menjadi lebih baik k.
Harap bersabar!!!~

Thursday, June 18, 2009

cuba menjadi positif

Entri ni kesinambungan dengan entri beberapa ari lepas.

Dua tiga arini, aku banyak berpikir pasal benda yang dah terjadi tu. Macamana aku nak lalui ari-ari yang mendatang tanpa menghiraukan kejadian yang macam tu. Macamana aku nak respek pakcik tu balik seperti ari mula-mula aku kenal dia. Macamana aku nak pandang muka dia tanpa pikirkan cara dia pandang aku yang bukan-bukan?

Dan benda yang tak bole buat aku lupa, cara pakcik tu marah aku pasal perangai aku Jumaat lepas. Bukan dia marah aku sampai maksimum yang bole buatkan aku meleleh air mata. Pun bukan sebab dia marah aku sampai dia bagi penampar. Tapi masa kejadian tu, cara dia marahkan aku tu seperti boyfriend marahkan girlfriend.

Kenapa aku cakap camtu?

Kalau pakcik tu marahkan aku seperti yang sepatutnya, dia takkn bersoal banyak dengan sapa aku jumpa, lelaki atau perempuan, apa kerja dia. Dan pakcik tu takkan bagi statement, "i want you there to support me", " be with me", "don't do this again".

Cara dia luahkan kata-kata penyata tu pun, dengan begitu lemah lembut. Maksud aku, macam boyfriend rayu dekat girlfriend nya. Dan aku rasa sangat nyampah masa tu. Series!~

Lepas sesi kena marah tu, aku juga mengharapkan pakcik tu berkelakuan macam selalunya. Bila dia marah, dia akan dera dengan keja-keja yang ada bukan secara fizikal tapi mind torture. Dan aritu... Dia tak mind torture aku langsung, dekat click aku pun takde. Dia buat macam takde pape. Ok, aku suka macam tu. Lebih baik dari mind torture.

Tapi, apa yang dia buat lepas sesi kena marah tu? Bukan setakat buat takde pape yang berlaku sebelum tu, tapi siap pujuk-pujuk aku. Bila camni, aku terasa besar kepala kejap. Tapi kejap je. Kendian, datang balik rasa curiga, apa yang dia nak sebenarnya dari aku ni.

Emm, aku harap sangat ni cuma mainan fikiran aku. Mainan syaitan untuk menghasut aku pikir yang bukan-bukan. Tapi.... Sekali aku dah pikir macam ni, susah aku nak buang tanggapan negatif macam ni dari pikiran aku dah.

Aishh.. Nak tak nak, lebih baik aku cari persekitaran keja yang baru. Supaya aku dapat tinggalkan tanggapan negatif ni dekat tempat ni je.

Cik boipren... Nak apply keja jadi surirumah kat umah awak bole tak? Tapi nak gaji rib-rib, cuti sabtu-ahad, dan ada elaun untuk shopping. Hehe..

Wednesday, June 17, 2009

kawan-jodoh-kawen

Tadi petang, aku dapat satu sms dari kawan aku. Aku taip balik satu-satu sama macam aku dpt sebiji dlm mobile aku tu.

Meza, carikan aku bf.aku xmau yg serius.aku nk yg tkut comitment cm aku jg..

Haa... Carikan bf? Adoi, bole plak minat ni buat request camni kat aku. Siap demand nak yang tkmo series. Di saat-saat umur suku abad ni, camne minah ni bole terlintas pikir cam gitu. Aku pun tanya la nape nak yang takde komitmen kan. Dan dia jawab macam ni.

Aku nk kawin lmbt.so aku nk org yg xmau kawin lmbt jg.tp xmau yg xmau kawin sb xada duit.kalu yg gay pn ok jg la..

Em, sekarang ni musim orang nak kawen lagi ada la, beb. Mana ada yang nak kawen lambat sangat. Kecuali ada sorang dua tu, yang terlalu berkomitmen keja kat tengah laut sana. Berbulan sekali baru nak balik darat. Tapi, ko mesti taknak jugak orang macam tu. Kecuali ko pun keja sama-sama kat tengah laut tu, kan. Aku tau ko la beb!

Kawan aku ni pun ada demand lain jugak. Nak kan calon yang saiz lebih kurang dengan dia. Takmau besar sangat, takmau kecik sangat. Sebabnya, aku dah propose dua-tiga nama kat dia. Dan terang-terang kena tolak macam tu je. Isk-isk.

Beb, aku bukan takmau tolong ko. Tapi aku taknak la ko terluka lagi bila bab cintan cintun ni. Dan aku taknak la puncanya datang dari aku. Sori beb! Ko memang anta sms kat wrong department la...

Pehalpun, aku doakan ko dapat jodoh yang menepati segala kriteria-kriteria ko tu. Dan aku berharap ko dan aku sama-sama naik pelamin tahun tu jugak. ;)

p/s: statement last tu, menunjukkan aku lambat lagi nak kawen. hehee.
p/s (2): beb, sori aku copy-paste sms tanpa kebenaran ko. kita kawan-kawan kn?

Tuesday, June 16, 2009

respek, response!

Bila aku dah mula tak suka dengan seseorang tu, aku akan mula berdiam diri.

Bila aku dah hilang rasa hormat dengan seseorang tu, aku akan jadi kurang ajar.

Bila aku dah mula benci dengan seseorang tu, jangan harap aku berbaik-baik balik dengan dia seperti sedia kala.


Aku memang mudah terasa ati.

Aku memang mudah kecil ati.

Aku memang sensitif.


Lantak aku la nak layan kau macam mana!

Selama ni ada kau kisah!!

- SALAM -



Monday, June 15, 2009

kepercayaan yg telah dikhianati

Sejak seminggu lepas, aku macam dibayangi satu perasaan fobia bila teringatkan pakcik sorang ni. Dia bukan buat pape dengan aku. Cuma bersembang-sembang dengan aku saje.

Dulu-dulu, bila dia sembang-sembang dengan aku, aku ok. Cuba terima segala isi-isi luahan tu dari telinga kiri ke telinga kanan. Tapi setakat tu je. Aku akan pastikan tidak melebihi batasan hubungan aku dengan pakcik tu.

Tapi nampaknya batasan hubungan yang ada telah dicalari sama sekali oleh pakcik tu. Dia mula bersembang tentang perkara yang tak sepatutnya. Walau secara dasar, dia meluahkan perasaan tentang masalah rumahtangga yang dihadapi, tetapi aku patut amik tau ke?

Lagi-lagi melibatkan maruah rumahtangga dia sendri. Lagi-lagi sampai ke tahap SX. Lagi-lagi masa dia luahkan hal yang sebegitu rupa, aku sendirian masa tu.

Jumaat lepas, sepatutnya aku kena temankan dia ke KLCC. Aku sampai dulu, dia sampai kemudian. Aku berkira-kira cara nak elak dari teman dia sepanjang ari kat situ. Jadi aku menipu dan beri pelbagai alasan. Dan berjaya.!

Arini, terimala habuan dengan mendengar leteran dari dia pasal kes jumaat tu. Tapi langsung aku tak amik peduli. Lantak....

Hmmmm..

Sapa selesa bila orang yang kita respek dah mulai sembang hal-hal SX dengan kita.

Dulu janji-janji manisnya.... "i treat u like my daughter, so u can treat me like ur father". Kepala hotak dia treat aku sebagai anak dia. Seorang bapak takkan cerita hal-hal dia berSX dengan pompuan lain. Takkan sentuh bab-bab SX secara detail dengan anaknya.

Dulu... Selalu bagitau aku, yang omputih ni gatal-gatal. Tak bole dipercayai. Kemudian, mintak aku pandai jaga diri sendri bila bersama diorang.

Tapi masa aku ke Korea aritu, aku dikelilingi oleh omputih dan orang Korea, sorang-sorang aku plak tu. Takde pun dia ingatkan aku pasal semua tu. Takde plak dia tanya aku ok ke tidak kat sana.

Apa sebenarnya niat dia ni. Aku takmau pikir bukan-bukan. Tapi kalau dah sampai tahap cam gini, nampaknya aku kena usaha sesuatu untuk diri aku. Kn?




entri khas

Entri khas untuk orang yang selalu sokong aku dari jauh....





SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI!!!




Aku tak mampu berikan hadiah yang bernilai wang ringgit,
walapun seringgit cuma.
Aku tak dapat nak menyambut hari jadi kau arini.
Aku tak mampu jumpa kau seperti dulu.
Aku tak mampu jadi seperti diri aku seperti dulu.

Tapi.

Aku mampu berikan hadiah yang berbentuk kebahgiaan.
Aku akan cuba sambut hari jadi kau pada tahun-tahun lain,
selagi hayatku masih ada.
Aku sentiasa sokong apa jua keputusan kau dari jauh,
kerna kau lebih memahami keputusan kau itu.
Kau jadilah diri kau yang seadanya,
tak usah berubah.

Aku suka diri kau seadanya.


Moga hubungan sesama kita akan sentiasa harmoni dan bahagia.
Dan harap berkekalan sentiasa.









Thursday, June 11, 2009

orang kata..

Orang kata...

Orang selalu kata, bila kita buat sesuatu lagi-lagi kita punyai minat yang mendalam dengan perkara itu, kita dapat lakukan perkara itu dengan sangat cemerlang.

Betul ke orang tu kata?

Orang selalu kata, pilihan ibubapa adalah yang terbaik untuk kita. Kita seharusnya akur dengan pilihan mereka.
Betul ke orang kata tu?

Orang selalu kata, manusia akan belajar dari kesilapan yang seharusnya menjadi teladan untuk diri sendiri.
Betul ke orang tu kata?

Orang selalu kata, semakin banyak duit yang kita ada, semakin kedekut jadinya.
Betul ke orang kata tu?

Orang selalu kata, kita kena respek dengan orang yang lebih tua dari kita. Orang yang muda plak kena tahu batasan yang ada bila bergaul.
Betul ke orang tu kata?

Kalau aku....

Aku percaya bila aku minat dan suka sangat dengan sesuatu perkara tu, susah aku nak lupakan macam tu je. Aku akan buat keja tu sehabis baik. Cemerlang yang paling mungkin.
Jadi, kalau kau bagi kerja yang aku suka, result dia memang best. Tapi kalau aku tak suka, jangan salahkan aku kalau aku buat sambil lewa je. Dan resultnya hampeh! Dan silap-silap, kau rasa macam nak pecat aku je. =)


Manusia mana ada yang sempurna la. Kebetulan je kalau pilihan ibubapa tu sesuai dengan diri kau. Kalau pasal jodoh, itu di tangan Nya. Tak payah nak paksa-paksa.


Manusia akan jadikan kesilapan yang ada tu sebagai teladan jika dia buat kesilapan tu seminit yang lepas. Lepas sejam, mungkin manusia dah lupa terus tentang teladan tu.
Contoh, ala tengok drama melayu kt tv sudahla. Banyak kan.


Memang betul pun. Makin banyak duit, bukan makin pemurah. Tapi berkira dan kedekut. Memang duit tu susah nak dicari dan disimpan. Tapi takat dua ratus dari berpuluh ribu apa la efeknya sangat.
Contoh ada kat sekeliling aku ni. Paling ketara bos aku la. Erk.... Untung banyak, mananya increment/bonus?



Aku memang respek orang yang lebih tua dari aku. Tapi kalau orang yang tua, tapi mau bergaya macam orang muda, serta merta menurun peratusan respek aku terhadap beliau. Sorry ok! Aku jugak rasa nyampah tengok orang tua dan berpengalaman, tapi dok reti sentap-sentap lagi. Aku yang baru dua puluhan pun, tak sentap cam gitu tau. Ouh, aku rasa bila manusia makin tua, makin sensitip jadinya.

Orang muda kena la tau batasan pergaulan antara orang muda dan juga orang yang lebih tua. Respek! Ini tidak, buat orang yang lebih tua, yang bole digelar datuk/nenek, dilayan macam budak-budak. Ye, memang sepatutnya ada masanya series, ada masanya bole berlawak. Tapi, time series tu, jangan dok sentap plak. Nak pi report ngn mak. Malu la. Kau dah umur bape dah.


Aishhh...


Malas aku nk list down banyak-banyak. Ikutkan, ada macam-macam lagi yang aku tak puas ati. Lagipun kalau aku list down nanti, ada yang sentap plak. Hak kebebasan aku nak blogging ni kan terhad!~



Tuesday, June 09, 2009

bukan kita je yg ada masalah







mereka ni pun ada masalah kegemukan jugak

looking busy at the office













Aku memang mengamalkan step satu sampai tiga. Yang lain-lain, tak terdaya lagi nak amalkan. Hehe!~

Monday, June 08, 2009

Friday, June 05, 2009

speechless

Swallows

Here his wife is injured and the condition is fatal. She was hit by a car

as she swooped low across the road.

Here he brought her food and attended to her with love and compassion.


He brought her food again but was shocked to find her dead. He tried to move her....a rarely-seen effort for swallows!


Aware that his sweetheart is dead and will never come back to him again, he cries with adoring love.


He stood beside her, saddened of her death.


Finally aware that she would never return to him, he stood beside her body with sadness and sorrow.


Millions of people cried after watching this picture. It is said that

the photographer sold these pictures for a nominal fee to the most famous newspaper in France.

All copies of that newspaper were sold out on the day these pictures were published.
Do you still think animals don't have a brain or feelings?



P/s: Kadang-kadang binatang lebih berperasaan dari manusia.