small advertisement

Thursday, May 21, 2009

siren dan hailer

Semalam, jalan kat depan hentian bas yang aku dok lepak tu, sesak dengan kete-kete. Biasala, tu timing orang balik keje. Semua terburu-buru nak balik umah. Masa yang sama jugak, ada la sebiji lori berenti di seberang jalan. Ada parking tapi dia tak masuk.

Jadi, lori tu jugak membantu menambahkan kesesakan jalan tu. Lepas beberapa minit camtu, aku dengar siren. Tercari-cari jugak siren apa. Sebab bukan bunyi neno-neno-neno tu, tapi bunyi 'ren' yang pendek.

Rupanya dari kete polis. Lepas bunyi 'ren' tu, diam sekejap. Kendian, polis tu pun dah mula pin-pin-pin kat lori tu. Drebar lori tu baru kelam kabut nak start enjin, baru nak alihkan lori tu.

Masa yang sama, polis tu dah start tegur dari dalam kete kat drebar lori ni dengan pakai hailer. "Parking ada, nape tak masuk" Dan aku tertanya, itu kuasa polis ke ataupun kuasa hailer.

Hailer tu bole pasang kat kete orang awam tak? Kalau bole pasang, dan semua kete pun pasang hailer kat kete masing-masing, ko rasa-rasa time traffic jam tu, ada tak orang yang nak rapping? Takpun test suara nyanyi ke?

5 comments:

  1. ha ha okeh jugak idea tuh..
    mujur ler Ipoh tak berapa nak jem..

    ReplyDelete
  2. kalau boleh pasang kat kereta org awam, aku orang pertama nak pasang benda tue. hehe.

    ReplyDelete
  3. dulu saya pernah kena tahan dengan polis camtu.

    "tolong berhentikan kenderaan anda"

    masa tu saya tgh ckp telefon sambil memandu.

    hahaha.
    malu gak :P

    ReplyDelete
  4. kak ita,
    klau ada kete cmtu kt ipoh, memang satu ipoh tu bole dengar kak.

    diza,
    klau ko psg, ko nk rapping ke? aku mcm nk suh amar psg je.

    a.b geldofg,
    erk??

    sdb,
    nape la polis nak memekik cm gitu kan. diam-diam suh berenti tepi sude! hehee..

    ReplyDelete

Hello!