small advertisement

Saturday, May 16, 2009

pandangan kecantikan setiap individu

Kecantikan memang dikaitkan dengan pompuan. Kalau dikaitkan dengan lelaki, kurang sesuai la gamaknya. Kecuali la kalau dia geng auw-auw, memang respek abis kecantikan diorang tu.

Semalam, aku layan tengok rancangan Oprah tu. Dekat channel hallmark kat astro. Topik yang dibincangkan memang menarik. Kecantikan yang dilihat oleh setiap pompuan. Aku cite ikut apa yang aku paham je la ye.

Mula-mula diorang tunjuk jelitawan-jelitawan dekat Jepun sana. Memang tak dinafikan, kulit diorang tu halus dan licin ibaratkan kulit telur. Kat sana, diorang mengamalkan minum kolagen sebelum tido, untuk nampak muda dan kekalkan kecantikan kulit. Kalau sapa nak try kolagen ni pun bole, ada je jual kat Malaysia ni. Tapi sila bersabar dengan harganya ye.

Selain dari minum kolagen tu, diorang jugak cuci muka dengan tahi burung. Ye, tahi burung ye kawan-kawan. Bukan tahi burung sebarangan la. Apa tah namanya tapi lupa sudah. Tahi burung tu pun diproses dulu dan dijadikan serbuk. Campurkan dengan air, dan sila cuci muka anda dengan tahi burung tu. Ada tak yang sanggup? Huhu.

Kendian, diorang bincang-bincang plak yang orang kt amerika ni, suka rambut panjang. Jadi pompuan amerika ni rajin sambungkan rambut lain dekat rambut original. Cuba teka rambut tu datang dari mana? India mari.

India kan terkenal dengan ritual botakkan rambut sebab nak nazar untuk tuhan depa kan. Depa cukuq-cukuq kepala tu, pastu rambut-rambut tu, tak dibuang ye tapi dijualkan kat amerika ni. Mahal plak tu. Memang buat duit sungguh. Yang amerika ni pun, pakai la kat kepala depa plak. Ada sorang minah tu, macam geli-geli plak bila pikir kat kepala dia ada rambut orang India. Hehehee..

Seterusnya, difokuskan kat Utara Siam. Aku rasa kat area-area kemboja kot. Ada satu kaum ni, Kayan, suka buh gelang loyang dekat leher. Kononnya untuk menyerupai nenek moyang depa iaitu seekor naga. Benda loyang ni, depa dah start pakai seawal umur lima tahun!!! Macamana la perasaan pakai loyang tu. Bukan ringan tau. Berkilo jugak la beratnya.
Next. Panjang plak aku berceloteh.

Selama ni, aku selalu respek dengan pompuan kat Iran. Tapi sekarang, pandangan aku terhadap diorang dah berbeza. Iran adalah negara Islam tapi aku tak paham nape, pompuan Iran ni sanggup buat pembedahan hidung. Suatu kebanggaan kalau hidung tu dibedah. Aku rasa hidung diorang tu dah cukup mancung dah. Apa lagi yang nak dibaikikan? Ada sorang tu kata, pompuan Iran sanggup balut hidung dia sampai dua tahun untuk tunjukkan kat orang yang dia buat pembedahan idung. Gila apa???

Tapi berbeza dengan satu lagi negara Islam, Mauritania. Sebabnya sangat berbeza dengan tempat lain, ukuran badan seperti 32-25-32 yang selalu diidam-idamkan, tapi kat sini kalau anda gemuk dan montel, anda menjadi idaman setiap lelaki kat sini. Pompuan gemuk itu cantik dan seksi. Dasat kan? Selalunya kalau kita ni terlebih makan ke, orang dah pandang-pandang serong kan. Tapi kat sini, kalau korang diet yang akan dilayan macam tu. Jadi, dari kecik lagi dah, budak pompuan akan dipaksa makan banyak. Kalau termuntah balik makanan tu, diorang paksa jugak makan lagi lepas tu.

Pompuan Mauritania ni jugak sanggup amik dadah untuk bagi berat tu bertambah. Oh tidak... Apa nak jadi la.... Dahla kat sana tu, makanannya manis dan berlemak. Tak takut ke dapat penyakit kencing manis ke, sakit jantung ke. Adeh-deh-deh.

Selain dari gemuk, kalau pompuan tu didatangkan berpakej bekas bini orang atau berstatus janda, lagi laku k. Lagi banyak kali berjanda, lagi la menjadi idaman lelaki kat sana. Wah... Memang bertentangan lansung dengan keadaan yang berlaku kat sekeliling aku ni.

Jadi, kalau kau seorang pompuan yang risaukan berat badan bertambah, over-weight, risau tak dapat jodoh sebab gemuk, kau merupakan gadis idaman oleh jejaka Mauritania. Bole la mulakan persiapan pindah ke sana.... heheheee =D





P/s: Aku banyakkan minum air suam dan senyum je untuk kekal muda. Korang macam mana?




8 comments:

  1. akak ni seorang yang gemuk dan berat..jd tak perlu lah diet..akak pindah aje ke negara mauritania tuh..he3

    ReplyDelete
  2. petua awet muda akak..senyum sokmo..

    ReplyDelete
  3. tapi akak dh berpunya. dok je la kat Malaysia ni. dan memang petua paling senang, senyum selalu.

    ReplyDelete
  4. aku xpenah kontrol makan, xpenah senaman... tapi badan maintain je~ hehe, alhamdulillah....

    ReplyDelete
  5. senyum.tido cukup.cuci muke.
    ~tiap2 kali bangon bharap muke cun cam jessica alba..ceh~haha

    ReplyDelete
  6. wah macam2 hal ek.
    gemok pun jadi idaman.

    ReplyDelete
  7. niijiusan,
    untuk laki, mmg sempoi. pompuan ni je, senang naik sket.

    aisyah,
    jessica alba?? kne usaha lebih tu...

    qemmal,
    ati masing-masing sape yg tau.

    ReplyDelete
  8. senyum manis, petua cantik terbaik :D

    ReplyDelete

Hello!