small advertisement

Friday, May 01, 2009

kau nak jadi anak tunggal ke atau nak ada adik...

Orang selalu kata, anak tunggal ni, anak manja. Mintak apa je, dapat. Siap ada yang perli, kalau kau mintak benda A, bukan takat A je dapat, ntah-ntah B, C, D pun dapat.

Piiiiggggiiirraahhh!.

Aku tak rasa keadaan nya camtu. Sebab aku anak tunggal. Aku tau situasi sebenar. Orang yang betul-betul kaya atau mampu je, yang bole memenuhi kehendak anak tunggal ni. Ingat senang ke? Ada jugak la keluarga yang punyai anak tunggal tapi takdela semampu mana.

Macam aku, famili aku bukan kaya raya. Jadi, tak semestinya apa yang aku mintak tu, aku akan dapat. Kalau dapat pun, belum tentu tepat dengan kehendak aku. Dapat pun cukup syarat je.

Bab-bab camni aku memang angin, kalau orang kata aku ni seperti ditatang bagai minyak yang penuh. Celah mana plak, ditatang bagai minyak yang penuh. Takat suku ada la kot.

Aku macam anak-anak lain jugak, ditahan kehendak yang ada dengan leteran-leteran dari famili. Ditahan dari dapatkan benda macam tu, untuk kepentingan satu famili. Diajar untuk bersyukur dengan apa yang ada. Cuma satu keuntungan yang aku ada, aku tak kongsi dengan orang lain.

Bila sebut anak tunggal, orang mesti kata dia tu anak yang mengada-ngada. Geli nak layan perangai camtu. Nak kena berhantar-amik, cakap pun ngada-ngada. Tapi tanggapan tu salah. Sebab aku, bole dikatakan berdikari dan lebih matang dari anak-anak lain.

Zaman sekolah rendah, aku akui wan (tok-lelaki) yang selalu berhantar-amik aku ke sekolah dan tuisyen. Tapi masa kat sekolah menengah, aku tak lagi bergantung kepada mereka. Awal-awal ya, sementara nak biasakan diri dengan dunia KL.

Tapi kemudiannya ari-ari aku berulang alik dengan pengangkutan awam samada bas Intrakota ataupun Star LRT. Mananya yang dikatakan mengada-ngada tu.
Keluarga yang ada adik beradik seramai lapan belas orang

Bila aku kat matriks, ramai yang menduga, anak tunggal tak bole bawak diri dengan dunia asrama. Aku ok je. Cuma sekali-sekali skip kelas, sebab takde sape kejutkan tido. Tapi pasal makan, tak risau apa pun. Siap tembam lagi time tu. Sama jugak masa kat kolej pun. Berdikari macam orang lain jugak.

Cuma satu benda yang anak-anak biasa taktau. Anak tunggal ni sunyi. Takde kawan-kawan. Tak pandai bergaul dengan orang biasa. Tak pandai nak banyak cakap. Dan disebabkan itu, kami selalu dicop sebagai orang yang sombong dan berlagak. Dan mungkin bakal direjek oleh bakal mertua. ;)

Dan kami akui, kami berdengki dengan orang yang ada adik-beradik ramai. Terasa semangat kekeluargaan itu, walaupun sekadar tanya khabar di telefon. Kami juga berdengki kerana kami rasakan orang yang ada adik beradik, lebih dimanjakan sesama ahli keluarga dengan cara yang tersendiri dan lagi banyak kasih sayang yang anak-anak biasa dapat dari anak tunggal.

Pernah terfikir kah korang, bila masa sakit nanti (bukan nak mintak), sape nak temankan kalau bukan adik beradik sendri. Kalau anak tunggal, sapa nak temankan kami?

Kalau ada masalah, dengan sapa korang bole adu? Kalau anak tunggal, sesetengah masalah memang bole diadu dekat kawan-kawan, tapi apehal pun masih pihak luar. Harus bertapis-tapis nak adu.

Mana yang dikatakan kami ni untung jadi anak tunggal. Kami tak pernah mintak untuk jadi camni. Lagi banyak kekurangan yang ada pada anak tunggal berbanding anak-anak biasa. Tapi masih yang ramai yang ingin jadi anak tunggal, nak berjauhan dari adik beradik sendiri.

Jadi, sapa cakap jadi anak tunggal best?

P/s: Senang cite, dalam apa jenis kehidupan pun, aku orang yang ada adik bradik ramai ke or tunggal sekalipun, masih perlu menempuhi segala rintangan yang ada dalam hidup. Jadi bersyukur la dengan apa yang ada.

P/s(2): Kalau aku rajin, nanti aku kopi-pes artikel pasal adik bradik lapan belas orang tuh.

5 comments:

  1. Setiap benda ada pro n kontra. Ada yang anak tunggal lebih dan ada yg kurang jika dibandingkan dengan yg bukan tunggal. Even dalam keluarga ramai pun ada pro dan kontrnya menjadi anak sulung, anak bongsu dan anak di tengah.hehe.

    ReplyDelete
  2. hm.. tp if ada abg mcm mine,
    skt gile hati... hehe
    kdng2 mmg baik
    tp m0st 0f the time, buli.
    ay0. sbg adik terpksa ek0t je.

    tp if ada adik, best.
    lg2 adk p0mpuan yg kecik.
    suka nk ikat rmbut dia.

    if ank tunggal cm b0san je kn?
    sume bnde wat s0rg2..
    sian eh kamu..
    xpe. rpt2 la ngn kwn..

    i think ank tungal ok k0t.
    xpnah fkr negatif sal ank tunggal.

    ReplyDelete
  3. bende aku paling ingat pasal ko ialah ko pnye teddy mummy tu..

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah. Mungkin ini dapat membantu kita diwaktu gawat sekarang.

    Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

    ReplyDelete
  5. alang,
    setuju je ade pro dan kontranya.

    intan,
    mula-mula mmg sakit ati. tp itu semua akan jadi memori terbaik nnti.

    niijusan,
    nk kata aku manja la tu. tp aku tau aku comel. ahaks!

    rantong,
    salam ziarah

    ReplyDelete

Hello!