small advertisement

Sunday, May 10, 2009

i love cocoa!

Tadi aku ke Berjaya Times Square (BTS). Niat awal nak ronda-ronda je. Tak cukup wang nak shopping-shopping. Hehe.

Sampai je kat BTS, aku ke LG Floor. Kononnya kita mula dari bawah kalau nak rayau-rayau. Kendian, abis satu floor ke floor lain plak. Sekali kat LG floor tu, ada pameran cokelat. Terlalu banyak. Sampaikan aku tengok je, bole terbayang yang gigi aku dah nyilu nak makan cokelat.

Masih lagi, amik kesempatan menikmati serba sikit sample cokelat kat pameran tu walaupun rasa nyilu pada mulanya. Kemudian, rasa tertarik dengan tawaran-tawaran harga untuk cokelat yang ada. Tertarik dengan packaging cokelat-cokelat tu, lagi-lagi sempena mother's day. Betul-betul tertarik dan tertawan tapi tak terdaya nak beli langsung. Jadi, aku tengok aje la... =P

Dah abis aku jelajah booth cokelat, aku pergi plak join tengok pertandingan menghias cokelat yang disertai pelajar-pelajar sekolah teknik ert. Bole dikatakan kebanyakkan chef yang ada chef lelaki. Tapi, aku tak heran pun. (Ye ke???)

Merayau-rayau lagi dalam BTS, memang kebanyakkan kedai mempromosikan barang-barang sempena hari ibu esok. Adoyai...... Rambang mata jadinya. Nasib la wang tunai memang cukup-cukup untuk tambang balik dan makan. Kalau tidak, harus aku pamirkan apa yang aku shopping. Hahahahaaa...

Pehalpun, aku tertarik dengan satu kata-kata yang dipamerkan kat satu kedai ni, anugerah yang paling hebat bagi seorang wanita apabila menjadi seorang ibu.

Bila agaknya aku nak dapat anugerah macam tu? Heheheee...



SELAMAT MERAIKAN HARI IBU

No comments:

Post a Comment

Hello!