small advertisement

Friday, May 15, 2009

*hatchiiiiimmmmm*

Korang mesti perasan kan, dua tiga ari ni, entri aku tu, pasal info kesihatan, kopi-pes dari email, gambar-gambar. Ampun ye kalau korang tak suka. Tapi dua tiga arini, kepala weng sket dan tak sihat disebabkan selsema. Tapi aku masih lagi harus menjadi pekerja yang berdedikasi minggu ni, tak harus amik MC atau EL coz selalu sangat monteng kan. Hehe.

Agak sengsara jugak bila idup dua puluh empat jam dengan tisu atau tuala kecik tu. Suara pun dah ala-ala serak seksi, sampaikan malas aku nak berjawab fon. Kalau aku jawab je, samada aku kena perli atau ada pihak yang nak menggatal. Padahal salah nombor tu.

Dua tiga arini jugak, aku jadi budak yang tido awal. Gara-gara makan ubat selsema yang power itu. Makan sebiji je, dan dalam tempoh setengah jam, aku dah jadi lalok dan lagi weng. Tapi sebenarnya aku sengaja cuba tido awal sebab entri sebelum ni. Nak praktik la konon.

Mujur aku tak demam. Mujur juga aku tak batuk. Kalau tak, abis lenguh sendi aku lepas ni. Tapi niat nak ronggeng-ronggeng minggu ni, macam nak kena batalkan je. Aku tak nak jadi punca kawan-kawan aku dapat selsema plak kan.

Tapi ada sapa-sapa yang teringin nak ronggeng dengan aku dan sanggup menerima risiko bakal dijangkiti selsema? Meh-meh. Aku ada ni. =P

5 comments:

  1. selsema apa ni??
    selsema apa??

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    larikkkkkkkssss..

    ko ada gi sepanyol tu beberapa minggu keblkgn ni??

    ReplyDelete
  2. kts,
    erk. bukn selsema yg tu. aishh. mintk simpang. lagipun aku memang dok dalam negara je dua-tiga bulan ni. tk kemana-mana.

    ReplyDelete
  3. aku gi famasi nak beli ubat selsema yg tak ngantok, org tu bagi satu strip,10 minit mkn aku pengsan,cehhh.

    ReplyDelete
  4. hazerin,
    yerp i will. thanks!

    juliet,
    smlm aku pn ade amik ubat yg tk ngantok. mujur tk jadi cm ko. ko black list je farmasi tu. hehee

    ReplyDelete

Hello!