small advertisement

Friday, May 15, 2009

guru, kau dihargai selalu. percayalah

Pagi tadi, semasa dalam kereta nak ke tempat kerja, macam ari-ari lain, aku akan layan siaran Panas Fm walaupun kadang-kadang tu takde la panas mana pun. Topik arini, mengenai jasa guru dikenang (aku hentam je nama topik ni, tapi basically pasal cikgu la).

Ada dua tiga orang yang hubungi Panas Fm untuk turut serta dalam pertemuan jejak kasih cikgu. Ada yang sebak, menangis, terharu apabila dihargai oleh anak muridnya. Sebab mungkin bagi mereka, tidak pernah terfikir yang suatu ari nanti setelah bertahun-tahun tidak dihubungi, akan buat kejutan yang sebegini rupa, lagi-lagi mereka merasakan mereka beri kasih sayang melalui tunjuk ajar tu akan padam atau ilang selepas tamat zaman persekolahan dan tidak mengharapkan sebarang balasan.

Aku sendiri ada cikgu yang aku kagum dan sanjungi, dan aku juga ingin buat kejutan sebegitu rupa. Tapi, tak mungkin aku mampu berbuat begitu lagi. Aku cuma mampu berikan doa-doa ku kepadanya.

Setiap cikgu itu, memberikan kesan terhadap diriku.

Antara kata-kata yang dituju khas untuk aku, masih aku ingat sampai arini :-)

"Saya nampak prestasi kamu. Bole pergi jauh. Jangan terpengaruh dengan kawan-kawan" - Encik Mazlan, cikgu tuisyen darjah lima

"Saya dapat bayangkan kamu ni dapat melangkah lebih jauh. Dapat bayangkan kamu dapat menggenggam segulung ijazah" - Puan Asmah, tingkatan tiga

"Saya nak kamu belajar bersungguh-sungguh dan cuba skor untuk PMR. Saya percaya dengan kamu" - Puan Norma, cikgu kelas tingkatan tiga

"Jangan mengalah. Saya taknak kamu kecundang separuh jalan. Cuba buat sampai bole." - Puan Shazmin, pensyarah

" Cuba tengok angah. Dia pulun belajaq. La ni, dah kerja besaq, pi merata, duit banyak, nak beli apa pun bole. Cuba hang tengok angah" - atuk aku, bekas cikgu

Banyak lagi kata-kata yang aku masih ingat, cuma agak menyakitkan ati. Tapi, aku amik kata-kata tu sebagai positif.

Untuk cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya dulu (SRK Methodist NTebal, SK Pmtg Tok Mahat, SMK (P) Bandaraya, SMT Cheras, Matrikulasi Penang, UniMAP)

Saya mohon maaf andainya saya pernah terkasar kata, terlalu nakal, malas, ponteng kelas dan buatkan cikgu-cikgu rasa panas ati dengan saya. Tapi saya nak cikgu sekalian tahu, saya membawa segala ilmu cikgu sekalian di dada saya ke mana-mana untuk dipraktikkan dalam idup saya. Walaupun ada segelintir cikgu tu, saya kurang suka, tapi saya masih menghargai usaha kalian semua.

SELAMAT HARI GURU

dan juga didedikasikan kepada kawan-kawan ku yang baru memulakan perjuangan sebagai cikgu di sekolah mereka. Selamat berjuang!!!






P/s: Wan, selamat ari guru. Cayala. Sampai sekarang ada je murid-murid yang berani tegur dengan wan walaupun wan garang sangat dulu. =P

11 comments:

  1. no komen! sbb akak bukan cikgu he3x

    ReplyDelete
  2. lama sungguh tak jumpa cikgu2...
    rasa rindu zaman sekolah..


    selamat hari guru :D

    ReplyDelete
  3. respek cikgu2 di zaman dulu

    sygnya, skrg ni rmai yg nk jd cikgu sbb mau kerja yang tetap, dan bergaji bagus. nawaitu sudah tak betul. ko rasa??

    ReplyDelete
  4. kak ita,
    tp akak kan cikgu untuk anak-anak akak. selamat ari guru jugak. hehe

    kts,
    if cn turn back time, mmg best. dulu ngade, tk sempat2 rasa nk abis sekolah. sekrg rindu-rinduan.

    a.b geldofg,
    :D

    hazerin,
    skrg ni, merata-rata buat keje pun, nawaitu tk ikhlas mcm dulu-dulu. sebab tu ada mcm-mcm cite skrg ni.

    ReplyDelete
  5. kekdg bile jumpa cikgu tem skolah dulu segan nak tegur sbb dulu aku ni baik, skang ni kurengggg,kakakakakaa.

    ReplyDelete
  6. ko ni, tego je la. say hi, pastu bye-bye. cukup sudah. :-)

    ReplyDelete
  7. Tentu cikgu kau bahagia dapat murid macam ni.....


    Terima kasih atas kunjungan dan ucapan yang mulis di blog ckLah

    ReplyDelete
  8. peh..semua anda ingat kata-kata peransang itu..
    oh!

    ReplyDelete
  9. peh..semua anda ingat kata-kata peransang itu..
    oh!

    ReplyDelete
  10. ckLah,
    nak kena tnya cikgu saya la plak. hehe.

    aisyah,
    yg mne mnusuk kalbu, mestila ingt. =P

    ReplyDelete

Hello!