small advertisement

Tuesday, May 19, 2009

duit-duit, dimana kau duit.

Petang semalam, mood aku sangat bagus. Sebab aku main game dengan chatting depan bos selamba. Ye, selamba je. Sebab bos aku sibuk sembang dengan click aku dari tengahari sampai time nak balik.

Bila dia sibuk sembang dengan click aku tu, ibarat heaven untuk aku. Bukan heaven yang tu, tapi bahagia la sket-sket. Dalam lima belas minit nak ke pukul lima, aku baru report dekat bos ada request dari buyer untuk satu projek. Baru la dia suh aku anta request tu dekat supplier yang berkaitan. Tapi dia sambung sembang lagi.

Tapi arini, aku rasa moody plak nak datang ke tempat keje. Baru terpikir, bila bos aku nak kasi appraisal. Nak dekat setahun dah aku keje sini, appraisal takde, apetah lagi bonus. Makin ari, makin bertambah expenses aku. Tak pernah aku rasa dalam bulan tu, gaji aku ada lebih berpuluh. Mesti ngam-ngam ada empat-lima ringgit je. Kadang-kadang tu, siap overbudget.

Dulu aku angan-angan cukup beberapa bulan, aku nak beli something untuk diri aku. Kiranya adiah untuk diri sendiri sebab dah abis study, dah bekerja. Tapi sampai sekarang, takde pun untuk diri sendiri. Siap kena tuduh lagi yang aku ni boros.

Awal-awal dulu, aku ngaku, aku boros sikit. Tapi sebulan dua je. Masa tu pun, belanjawan aku tak macam sekarang ni. Kenapa ye. Aku kena rombak balik ni cara belanjawan aku kalau bos aku tu berkira sangat nak kasi appraisal.




P/s: Time ada keja, aku buat keja. Time takde keja, baru aku main game.

2 comments:

  1. duit beby...
    banyak mana pung tarak cukup
    belanja always lebih dr pendapatan he3

    ReplyDelete
  2. hehe. tu yg nak kene adjust blik pebelanjaan. bagi cukup-cukup je.

    ReplyDelete

Hello!