small advertisement

Monday, May 11, 2009

all the time we had together

Sejak seminggu lepas, aku banyak mendekatkan diri dengan kawan-kawan walaupun sekadar melalui telefon atau web. Aku akui, aku jarang berlepak dengan kawan-kawan. Mungkin bole kira berapa kali aku lepak dengan mereka untuk setahun ni.

Sebelum ni, aku berikan alasan yang aku sibuk, tak dapat berlepak bersama dan ada komitmen lain. Masa tu, tak terlintas langsung pada fikiran aku yang komitmen yang aku berikan ini, bakal memakan diri. Menyebabkan aku terkandas sebelum berjuang.

Mungkin bagi sesetengah kawan, tak terasa ati dengan komitmen aku tu. Sebab mereka sendiri mementingkan komitmen macam aku ada ni. Cuma yang tidak berkomitmen sedemikian, akan rasa kecil ati dan mula menjarakkan hubungan yang ada.

Dan ari semakin ari, aku terasa jauh dari mereka. Dan aku juga mula mencemburui mereka. Berkumpul, bertanya khabar, berseronok gembira, punyai kebebasan, berkongsi aktiviti kegemaran beramai-ramai.

Emm... Dan sekarang, aku akan cuba berlaku adil antara komitmen dan juga kawan-kawan. Untuk mencari diri aku kembali di kalangan mereka.

P/s: Wey. Aku rindu korang. Jomla lepak sama. Lama dah tak ronggeng-ronggeng skali. Anyone nak organize pegi holiday ke??

3 comments:

  1. Pergi holiday? kat mana tue? Nak join.hehe

    ReplyDelete
  2. seronok ada ramai kawan nie....

    ReplyDelete
  3. alang,
    jom la ikut. tp awk sponser saya eh.

    cujen,
    betul. baru terasa bila makin jauh dengan diorang ni.

    ReplyDelete

Hello!