small advertisement

Monday, May 04, 2009

Aku perlu diet!!!

Aku perlu diet!!!

Ye, aku perlu turunkan berat badan yang ada sekarang ni.

Dua tahun yang lepas, berat aku cuma empat puluh lima kilo je.

Dan untuk mendapatkan berat yang normal sesuai dengan BMI, aku berhajat untuk tambah berat badan sebanyak tiga kilo. Dan usaha aku untuk mendapatkan tiga kilo tu, memang berjaya setelah aku mengamalkan jadual makan yang lebih baik berbanding sebelum tu.

Tapi, tu la. Ada salah silapnya dengan sistem pemakanan aku tu. Sebab berat aku makin bertambah. Dan telah melebihi lima puluh kilo sekarang ni.

BMI masih normal, tapi ramai yang tegur nampak badan aku berisi sangat. Alahai, risau aku. Tapi padan la muka.. Makan banyak tapi tak exercise. Bijak-bijak....

Dan aku salahkan makanan yang best-best kat kg aku ni. Aku tak berenti makan sejak balik kg. Aku stop makan bila makanan dah abis ataupun aku ada keja yang tak bole nak makan. Macam tido. Takkan time tido pun nak makan kan.

Meza, tok buat nasi minyak ni. Meh makan. Baik tok.

Meza, ni atas meja ada pulut udang. Satgi makan tau. Ok tok.

Meza, satgi kat pasarmalam, hang beli la apa-apa buat makan malam ni. Bisa diatur tok.

Selalunya jarang aku pergi pasarmalam, tak pernah beli makanan pape. Hehe. Mesti beli punya. Tak beli satay, aku beli kuih. Tak beli kuih, aku beli kepak ayam. Side order sket-sket... Hehee.

Itu baru dari pagi sampai petang. Malam punya dialog tak keluar lagi. Dan nampak sangatla, aku memang tak ke dapur langsung. Tup-tup je dah siap. Hahaaa.

Dasat-dasat.

Tok memang excellent. Tak sebut pape pun lagi, depan mata dah terhidang buah yang dihiris atau dipotong-potong untuk santapan perut aku.

Tak sebut pape pun lagi, tok dah plan menu untuk ari esok. Siap tanya pendapat aku lagi, apa lagi nak letak dalam menu tu. Dan macamla aku ni terer sangat. Setakat nak kacau-kacau, nak rasa-rasa bole la.

Dan bayangkan kalau dua tiga ari aku kat kg dengan menu macam ni, memang la aku bertambah comel kan. Mula la pipi aku ni pun jadi bertambah gebu. Ahaks.

Tok, meza nak diet ni. Nasibla meza balik KL esok. Kalau tak, tahun depan kena la register kat dalam rancangan The Biggest Loser takpun Mayfair beauty. Kalau tak, sapa yang nak kat cucu tok ni. Hahaa...

P/s: Sekarang makan puas-puas. Pastu, balik KL, start diet balik. Ok hape kan. ;)

11 comments:

  1. smangat btul nmpak utk kuruskan badan
    mudah2an tcapai ye

    ReplyDelete
  2. Trima kasih. Usaha tangga kejayaan.
    Tapi mne de pakai tangga dah skrg. Hehe.

    ReplyDelete
  3. haha. Cucu kesanyangan. Mcam ni lah eh. Semua tok buat asalkan cucunya balik kg.haha. Nway, mcm skrang ok wut. Makin comei.hehe.

    ReplyDelete
  4. he3..makan lah engkau selagi masih bernyawa ha ha ha
    jgn smpi cecah 60kg udah ler

    ReplyDelete
  5. alang,
    mana kamu tau saya makin comel.
    hehe.

    kak ita,
    saya enjoy mkn bila siang je. risau dah ni. ;)

    ReplyDelete
  6. tgk gmbr cm maintain je,tak gemok ah

    ReplyDelete
  7. Masuk ni dah 3 blog yg aku lawat nak berdiet.heheh

    Moga gigih berusaha. Usaha tangga kejayaan..

    ReplyDelete
  8. qemmal,
    tk tgk secara live lagik. dh tgk nnti, mesti ko komen suh aku diet.
    hahaa.

    arryani,
    ramai jugak yang diet ni eh.
    kne bkumpul. baru semangat sket.

    ReplyDelete
  9. jangan diet melampau ye awak ;)

    ReplyDelete
  10. thanks hidd. jgn risau. sedang-sedang saja.
    ;)

    ReplyDelete

Hello!