small advertisement

Sunday, May 31, 2009

merak putih









Patutla orang dulu-dulu suka cakap burung merak ni sombong. Burung merak memang pandai tunjukkan kecantikan diorang. Kan?

Friday, May 29, 2009

soklan demi soklan

Congrats untuk +h.a.z.e.r.i.n+ sebab berjaya teka maksud gambar 200 tu. Sori untuk sapa-sapa yang tak berjaya jawab dengan betul. Cuba lagi lepas ni, itupun kalau aku ada modal la. Modal nak buat soklan, modal nak prepare adiah. Hehee.

Esok, aku nak pi Tanjung Malim. Ada kawan yang bakal menjadi raja sehari esok. Oops, bukan sehari. Raja dua hari. huhu. Esok di rumah dia, lusa di rumah husband dia plak.

Aku harap-harap la, esok aku tak dapat soklan pelik-pelik dari kawan-kawan yang nak pergi ke kenuri tu. Tak larat aku nak menepis segala soklan yang ada tu. Bukan ape, diorang pun, sama je cam aku, status masih single, tak kawen lagi.

Aish, aku rasa macam setiap peringkat umur tak lepas dengan bermacam-macam soklan. Contohnya, kalau dulu bila lepas dapat result spm, orang sibuk tanya, dapat bape spm?

Kalau dah lepas result spm tu, orang dok sibuk tanya lagi, belajar lagi ke, belajar kat mana plak. Bila orang yang bertanya tu, macam tak familiar dengan nama U tu, mula ada la soklan susulan lagi. Yang part best, bila kena kondem la kan. erk, best ke?

Bila dah abis belajar, masa tu umur dah berapa dah kan. Ala-ala dewasa gitu. Mula la soklan yang pelik-pelik tu datang menyinggah. Adeh.... Sekarang zaman moden maa. Ehehehek. Relax sude! Hik.

Kan encik boipren??


=P

P/s: Lagi setahun-dua baru bole start tanya aku bab bila nak kawen ye. Sekarang ni, belum masanya lagi. Tunggggggggguuuuuu!

Thursday, May 28, 2009

pa dia?

Bila korang tengok gamba kat atas ni, apa agaknya maksud 200 ni? Nanti aku kasik adiah yang tak seberapa tu. Jangan harap yang mahal-mahal ye.

P/s: Bende ni cepat je tau sape pemenangnya. Aku rasa la... dan aku dah tuka sket cara soklan tu. Ni pasal aku, bukan apa yang korang nampak. Ampun yerk!



Setelah berkali-kali aku bagi hint untuk gambar di atas, barula ade peneka yang berjaya. Congrats!!.




Wednesday, May 27, 2009

dihimpit

Renung-renungkan keadaan budak-budak yang dihimpit oleh orang dewasa.


P/s: Aku terjumpa gambar ni masa belek-belek email lama aku.
Dah lama dah kejadian ni, masa tahun 1989 dulu.

Tuesday, May 26, 2009

pak sanggup, tolong beware!

JANGAN INGAT MUDAH..... KALAU KITA NAK JADI PAK SANGGUP.....
MAKA HIDUPLAH KITA DALAM KEMURKAAN ALLAH S.W.T....

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. mafhumnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. .

Saturday, May 23, 2009

ayaq oren jus satu!!!

Pukul sembilan setengah, bas akan bergerak dari Puduraya ke Parit Buntar. Tapi apa kes, dekat pukul sembilan aku dok tunggu LRT lagi kat stesen bandar tun razak.

Aku dah mula senak perut, pukul sembilan tak sampai-sampai LRT lagi. Kejap duduk, kejap berdiri. Kejap jalan ke sana, kejap jalan ke sini. Macam la aku buat camtu, LRT bole sampai cepat kan. Tapi gitula cara ekspresi aku kalau tengah kelam kabut.

Dua minit kendian, LRT sampai. Legaaaaaaaaaaaa! Naik-naik je, aku dah macam bikin satu wish sampai kat stesen Plaza Rakyat la-la tu jugak.

Tapi, dia berlalu ke Salak Selatan. Berenti turunkan penumpang, amik penumpang. Jalan. Berenti plak dekat stesen Cheras. Yang kat Cheras ni, lama plak dia berenti. Aisey... Tak payah la berenti lama-lama kalau semua penumpang dah turun, dah naik. Cepat la driver LRT.

Akhirnya sampai pukul sembilan suku dekat stesen Plaza Rakyat. Terus mulakan pecutan beratus meter. Terpacak depan papan kenyataan Transional, lima minit kendian dan belek-belek bas dah sampai belum. Terus meluru naik bas.

Dah naik bas, baru perasan. Aku tak makan lagi........... Waaaaaa... Takpe, nanti bas tu ada berenti rehat kat simpang pulai. Bole makan-makan kuih pau ke, beli kacang rebus ke. Paling penting bole beli air. Dahaga tu...

Bas memang berenti rehat tapi betul-betul kat Tol Ipoh. Waaaaaa... Mana ada gerai kat sini. Toilet je ade. Nak beli ape camni.... Hape pun tadak. Sobsobsob.

Pukul dua baru sampai Parit Buntaq..... Terus menuju ke kete wan, sembang-sembang sket dengan harapan sampai cepat kat umah. Sampai-sampai umah je, terus mengkedarah ayaq. Macam tak penah minum ayaq sebelum ni. Hahahaa... Ni kalau posa ni, dah kira setengah ari dah ni. Kn? =P

Bukti aku mengkedarah ayaq oren jus! heheh!

Friday, May 22, 2009

award friendship


The Rules :

1. Copy badge “2009 Cute’s 3logger Award” untuk diletakkan di blog anda. Done

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda. Done

Diberi award oleh yanti (my secondary schoolmate)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag). Mintak refer kat entri ni ye. Done

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog:-)
Done
  • zeze
  • qemmal
  • hazerin
  • ryhennazz
  • kak rozita
  • cik kts

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:-)Done

“anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda”

award dari miss natrah!!


5 fakta menarik tentang pemberi award, cik natrah:
  1. minah yang setia pada boiprennya. enam tahun couple dan Insya-Allah awal tahun depan kawen.
  2. la ni dok keja kat TM (fakta menarik ke)
  3. dulu pemain game yg tegar. tp skrg aku tak sure ape. pekerja yang tegar kot. hehe.
  4. minah yang tak suka katak. gelis katanya. dan aku sebagai frogbuster time tu.
  5. orang yang jenis punctual. klau janji dengan dia, make sure buat dan tepat ye.
10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:
  1. aku suka boling, tapi selalu takde geng nak main boling.
  2. aku bukan jenis yang ingat tajuk cite, tajuk lagu, nama artis. kalau aku tau tajuk cite, lagu ngn artis, tu maknanya aku minat sangat dengan diorang.
  3. susah nak jumpa aku kalau korang tak buat appoinment dua minggu sebelum. bunyik cam aku ni vip plak.
  4. aku suka kat somebody ni, tapi cinta dihalang. erk!~
  5. nak sangat tukar keje jadi engineer or teaching engineer, tapi belum ada rezeki kot. ada sape2 nak offer keje kat aku.
  6. setiap malam berangan nak bawak volvo s40 milik sendri. heh!~
  7. dolu-dolu masa aku kat sekolah, aku talkative. tapi semakin meningkat usia ni, makin jadi pendiam.
  8. kalau dolu-dolu aku tak suka makan ikan. sekarang minat jugak makan ikan. tapi ikan laut sahaja.
  9. kalau aku suka sangat satu-satu lagu tu, aku bole layan lagu tu sampai dua tiga tahun. setakat ni ada dua tiga lagu walaupun taktau tajuk. hahaa
  10. aku tengah teringin dan ngidam nak makan sotong tepung & ikan bakar kat perlis sana. meleleh ayaq liuq walaupun dok pikiaq camni.
Chop! Apa yang aku listkan kat atas tu, ada kaitan dengan soklan dia tak? Layan je la.. huhu.

5 penerima award seterusnya dan describe la tentang mereka:
  1. alang - kawan baik yang selalu ada tika susah dan senang
  2. susudalambotol - mama wannabe yang comel
  3. julietchun - acik kepada anak buahnya yang sempoi
  4. ashraff - ketua kelas aku kat matrikulasi. kepoyoannya masih terserlah. =P
  5. arween - blogger yang ceria. tak penah aku baca entri yang berbau sedih.
Sengaja aku pilih penerima award ni, untuk lebih mengenali diorang dan pendapat diorang pasal aku. Kadang-kadang aku rasa mereka ni misteri. Hehehee...


P/s: Wey Nat, macih banyak-banyak untuk award ni. Aku tak layak pun nak dapat. Hehe.. terharu you!

Thursday, May 21, 2009

siren dan hailer

Semalam, jalan kat depan hentian bas yang aku dok lepak tu, sesak dengan kete-kete. Biasala, tu timing orang balik keje. Semua terburu-buru nak balik umah. Masa yang sama jugak, ada la sebiji lori berenti di seberang jalan. Ada parking tapi dia tak masuk.

Jadi, lori tu jugak membantu menambahkan kesesakan jalan tu. Lepas beberapa minit camtu, aku dengar siren. Tercari-cari jugak siren apa. Sebab bukan bunyi neno-neno-neno tu, tapi bunyi 'ren' yang pendek.

Rupanya dari kete polis. Lepas bunyi 'ren' tu, diam sekejap. Kendian, polis tu pun dah mula pin-pin-pin kat lori tu. Drebar lori tu baru kelam kabut nak start enjin, baru nak alihkan lori tu.

Masa yang sama, polis tu dah start tegur dari dalam kete kat drebar lori ni dengan pakai hailer. "Parking ada, nape tak masuk" Dan aku tertanya, itu kuasa polis ke ataupun kuasa hailer.

Hailer tu bole pasang kat kete orang awam tak? Kalau bole pasang, dan semua kete pun pasang hailer kat kete masing-masing, ko rasa-rasa time traffic jam tu, ada tak orang yang nak rapping? Takpun test suara nyanyi ke?

Wednesday, May 20, 2009

give up je la..



Katakan taknak kepada rokok. hikhikhikhik!~

selam bersama ikan



Kelmarin, aku tonton satu dokumentari pasal ikan-ikan di dasar lautan dekat tivi. Rasa tenang je tengok ikan berenang ke sana sini. Comel dan berwarna-warni. Dan-dan teringin nak selam ke dasar laut, nak main-main dengan ikan tu semua.

Tapi takut plak bila aku selam ke dalam, tapi aku, tak timbul-timbul. Maklum la paling dalam air yang penah aku selam pun, setakat semeter je. Tu pun dah cukup dalam. Bila kaki tak capai dasar, dah mula panik semacam. Itu aku, tak tau korang camne.

Jadi, untuk aku amik feel main-main dengan ikan yang berwarna-warni tu, aku suka la ke Pet World. Belek je ikan tu. Aku rasa berjam pun bole nak mengadap ikan kat situ. Tapi larat la plak encik boipren nak temankan aku kan.

Emm..

Aku ingat nak pi layan ikan comel tu kat aquarium besar sket la. Tak puas tengok kat Pet World tu. Aquarium diorang tak besar mana. Kecik. Setakat sedepa lebar, tiga kaki panjang je.

Emm..

Apa kata kita pi tengok ikan-ikan laut kat Aquaria. Kat KLCC nun. Baru terasa selam dan tenggelam bersama ikan-ikan lautan tu. Jom kita pi. Time dapat gaji nanti, teman aku layan tengok ikan kat Aquaria k.




Tapi CHOP!!! Tiket bayar sendiri-sendiri tau.




Tuesday, May 19, 2009

untuk pening-peningkan kepala


11 SHIPS OR 3 SHIPS & 8 ARCHES?

DO YOU SEE FACES OR ALL HOUSES?
PEOPLE OR FACES?

HOW MANY HORSES IN THIS PICTURE? SHOULD BE 7

A PICTURE PUZZLE
HOW MANY PEOPLE THERE?

SEE MORE THAN ONE DEER?

WHERE DOES IT END?

DO YOU SEE FOUR PEOPLE?

WHO IS THE TALLEST?

FACE OR LIAR?
DO YOU SEE WORD 'LIFT'? OR A BUNCH OF BLACK SPLOTCHES?

DO YOU SEE BABY?



duit-duit, dimana kau duit.

Petang semalam, mood aku sangat bagus. Sebab aku main game dengan chatting depan bos selamba. Ye, selamba je. Sebab bos aku sibuk sembang dengan click aku dari tengahari sampai time nak balik.

Bila dia sibuk sembang dengan click aku tu, ibarat heaven untuk aku. Bukan heaven yang tu, tapi bahagia la sket-sket. Dalam lima belas minit nak ke pukul lima, aku baru report dekat bos ada request dari buyer untuk satu projek. Baru la dia suh aku anta request tu dekat supplier yang berkaitan. Tapi dia sambung sembang lagi.

Tapi arini, aku rasa moody plak nak datang ke tempat keje. Baru terpikir, bila bos aku nak kasi appraisal. Nak dekat setahun dah aku keje sini, appraisal takde, apetah lagi bonus. Makin ari, makin bertambah expenses aku. Tak pernah aku rasa dalam bulan tu, gaji aku ada lebih berpuluh. Mesti ngam-ngam ada empat-lima ringgit je. Kadang-kadang tu, siap overbudget.

Dulu aku angan-angan cukup beberapa bulan, aku nak beli something untuk diri aku. Kiranya adiah untuk diri sendiri sebab dah abis study, dah bekerja. Tapi sampai sekarang, takde pun untuk diri sendiri. Siap kena tuduh lagi yang aku ni boros.

Awal-awal dulu, aku ngaku, aku boros sikit. Tapi sebulan dua je. Masa tu pun, belanjawan aku tak macam sekarang ni. Kenapa ye. Aku kena rombak balik ni cara belanjawan aku kalau bos aku tu berkira sangat nak kasi appraisal.




P/s: Time ada keja, aku buat keja. Time takde keja, baru aku main game.

Monday, May 18, 2009

changing tyre




Lepas ni, hati-hati ye kawan-kawan.

*clueless*

aku emo
aku penat
ingin menyendiri
.
.
.
.
.
.
nak main game jap. hiburkan ati

Saturday, May 16, 2009

pandangan kecantikan setiap individu

Kecantikan memang dikaitkan dengan pompuan. Kalau dikaitkan dengan lelaki, kurang sesuai la gamaknya. Kecuali la kalau dia geng auw-auw, memang respek abis kecantikan diorang tu.

Semalam, aku layan tengok rancangan Oprah tu. Dekat channel hallmark kat astro. Topik yang dibincangkan memang menarik. Kecantikan yang dilihat oleh setiap pompuan. Aku cite ikut apa yang aku paham je la ye.

Mula-mula diorang tunjuk jelitawan-jelitawan dekat Jepun sana. Memang tak dinafikan, kulit diorang tu halus dan licin ibaratkan kulit telur. Kat sana, diorang mengamalkan minum kolagen sebelum tido, untuk nampak muda dan kekalkan kecantikan kulit. Kalau sapa nak try kolagen ni pun bole, ada je jual kat Malaysia ni. Tapi sila bersabar dengan harganya ye.

Selain dari minum kolagen tu, diorang jugak cuci muka dengan tahi burung. Ye, tahi burung ye kawan-kawan. Bukan tahi burung sebarangan la. Apa tah namanya tapi lupa sudah. Tahi burung tu pun diproses dulu dan dijadikan serbuk. Campurkan dengan air, dan sila cuci muka anda dengan tahi burung tu. Ada tak yang sanggup? Huhu.

Kendian, diorang bincang-bincang plak yang orang kt amerika ni, suka rambut panjang. Jadi pompuan amerika ni rajin sambungkan rambut lain dekat rambut original. Cuba teka rambut tu datang dari mana? India mari.

India kan terkenal dengan ritual botakkan rambut sebab nak nazar untuk tuhan depa kan. Depa cukuq-cukuq kepala tu, pastu rambut-rambut tu, tak dibuang ye tapi dijualkan kat amerika ni. Mahal plak tu. Memang buat duit sungguh. Yang amerika ni pun, pakai la kat kepala depa plak. Ada sorang minah tu, macam geli-geli plak bila pikir kat kepala dia ada rambut orang India. Hehehee..

Seterusnya, difokuskan kat Utara Siam. Aku rasa kat area-area kemboja kot. Ada satu kaum ni, Kayan, suka buh gelang loyang dekat leher. Kononnya untuk menyerupai nenek moyang depa iaitu seekor naga. Benda loyang ni, depa dah start pakai seawal umur lima tahun!!! Macamana la perasaan pakai loyang tu. Bukan ringan tau. Berkilo jugak la beratnya.
Next. Panjang plak aku berceloteh.

Selama ni, aku selalu respek dengan pompuan kat Iran. Tapi sekarang, pandangan aku terhadap diorang dah berbeza. Iran adalah negara Islam tapi aku tak paham nape, pompuan Iran ni sanggup buat pembedahan hidung. Suatu kebanggaan kalau hidung tu dibedah. Aku rasa hidung diorang tu dah cukup mancung dah. Apa lagi yang nak dibaikikan? Ada sorang tu kata, pompuan Iran sanggup balut hidung dia sampai dua tahun untuk tunjukkan kat orang yang dia buat pembedahan idung. Gila apa???

Tapi berbeza dengan satu lagi negara Islam, Mauritania. Sebabnya sangat berbeza dengan tempat lain, ukuran badan seperti 32-25-32 yang selalu diidam-idamkan, tapi kat sini kalau anda gemuk dan montel, anda menjadi idaman setiap lelaki kat sini. Pompuan gemuk itu cantik dan seksi. Dasat kan? Selalunya kalau kita ni terlebih makan ke, orang dah pandang-pandang serong kan. Tapi kat sini, kalau korang diet yang akan dilayan macam tu. Jadi, dari kecik lagi dah, budak pompuan akan dipaksa makan banyak. Kalau termuntah balik makanan tu, diorang paksa jugak makan lagi lepas tu.

Pompuan Mauritania ni jugak sanggup amik dadah untuk bagi berat tu bertambah. Oh tidak... Apa nak jadi la.... Dahla kat sana tu, makanannya manis dan berlemak. Tak takut ke dapat penyakit kencing manis ke, sakit jantung ke. Adeh-deh-deh.

Selain dari gemuk, kalau pompuan tu didatangkan berpakej bekas bini orang atau berstatus janda, lagi laku k. Lagi banyak kali berjanda, lagi la menjadi idaman lelaki kat sana. Wah... Memang bertentangan lansung dengan keadaan yang berlaku kat sekeliling aku ni.

Jadi, kalau kau seorang pompuan yang risaukan berat badan bertambah, over-weight, risau tak dapat jodoh sebab gemuk, kau merupakan gadis idaman oleh jejaka Mauritania. Bole la mulakan persiapan pindah ke sana.... heheheee =D





P/s: Aku banyakkan minum air suam dan senyum je untuk kekal muda. Korang macam mana?




kreatif yg tk bertempat








Aku tak teringin lansung nak cuba naik basikal kat atas ni. Ada yang tinggi sangat tu mesti nak kena pakai tangga. Yang dalam bulatan tu, bole pegi mana je. Dok tang tu je la. Macam-macam...