small advertisement

Thursday, April 30, 2009

terima kasih cikgu, kerana kamu.....

Waktu aku di sekolah rendah, aku sudah mula dihantar ke tuisyen sejak aku berada di darjah tiga (kalau tak salah aku la). Yang aku masih ingat, tuisyen tu bermula pukul lapan sampai pukul sepuluh malam untuk dua subjek, dua kali seminggu. Bahasa Melayu dan juga Matematik. Nama cikgu tu, Cikgu Omar.

Dulu tuisyen, kat umah-umah je. Mana ada tuisyen dekat bangunan-bangunan atau rumah kedai ni. Pun takdela nak bercanggih macam sekarang ni.

Dalam kelas tu, tak ramai pun pelajarnya. Mungkin kurang dari sepuluh orang. Tapi aku selalu je jadi perhatian Cikgu. Sebab aku selalu jadi budak nakal, kacau orang lain buat keja. (padahal boring, keja dah lama siap).
Jadi,untuk elakkan dari aku kacau pelajar lain, Cikgu akan bagi latihan ekstra lagi-lagi masa subjek Matematik. Sampaikan masa tu, slibus dah abis dan Cikgu mintak aku siapkan keja sekolah darjah lima, padahal masa tu baru darjah tiga.

Kemudian, Cikgu Omar rekemenkan tuisyen yang lebih baik dekat aku. Tapi jauh sketla. Aku pun tak pasti nape masa tu, dia rekemenkan tuisyen kat situ. Tapi kat situ, subjek Bahasa Inggeris dengan Matematik.

Lepas tu, aku pergi menimba ilmu dekat tuisyen yang baru plak. Cikgu yang mengajar untuk subjek tu, Cikgu Mazlan. Kat tuisyen ni, pelajar dia ramai. Ada tiga meja makan yang penuh dengan pelajar. Aku agak-agak ada la dalam dua puluh lima orang kat kelas tu.

Kalau kat kelas Cikgu Omar tu, rata-rata pelajar nya dari sekolah yang sama, tapi kali ni, pelajar-pelajarnya datangnya dari sekolah yang berlainan. Cara Cikgu ni mengajar pun best. Bagi aku la, aku taktau plak orang lain rasa macam mana.

Sebelum bermulanya kelas Matematik, mesti ada kuiz untuk tempoh setengah jam. Ala-ala pop kuiz gitu. Selalunya sorang calon dari sebelah laki, sorang calon dari sebelah pompuan. Cikgu akan bagi sifir, sape jawab yang paling cepat dan tepat, dapat point. Kadang-kadang aku tengok keadaan tu macam cite koboi lawan sapa yang dapat keluarkan pistol dengan cepat dan tembak dengan tepat.

Bila sampai giliran aku, pastila aku menang. Series. Siap lepas jawab sifir tu, aku terkinja-kinja lompat. Konon puas dapat kalahkan team laki. Haha. Dan Cikgu selalu pilih aku untuk masuk pop kuiz tu. Saja la tu nak tengok gelagat aku.

Cikgu selalu puji yang aku ni bijak dalam Matematik. Apa sekali latihan Matematik tu, selalu aku siapkan cepat. Selalunya pun jawapan jarang salah banyak. Dan macam biasa, aku mula kacau pelajar lain.

Jadi suatu hari tu, Cikgu mintak aku datang tuisyen ari lain. Tuisyen untuk pelajar darjah enam. Padahal aku baru darjah lima. Aku datang beberapa kali je. Sebabnya, aku rasa aku ni kecik sangat kat dalam kelas tu. Dan takda pelajar darjah enam yang nak kawan dengan pelajar darjah lima.

So aku transfer balik masuk kelas asal. Dan bergembira balik macam biasa. Dan juga aku kembali terkinja-kinja bila jawab soalan pop kuiz tu.

Bila difikir-fikir balik, mungkin cara pengajaran mereka yang buatkan aku bertambah minat dengan Matematik. Buatkan aku dapat skor A untuk UPSR, PMR dan SPM. Dan sampai sekarang juga, aku selalu bermain-main dengan nombor. Macam dulu-dulu....

Baru-baru ni, aku terserempak dengan Cikgu Omar dekat kampung. Aku senyum dan salam Cikgu Omar. Cikgu masih ingat kat aku. Mahu tak ingat kalau setiap kali aku kat kg, aku mesti terserempak dengan beliau. Kami bersembang-sembang pasal aku belajar kat kolej, kehidupan aku tapi sampai satu bahagian tu, aku tersentak.

Cikgu Omar bagitau aku yang Cikgu Mazlan dah meninggal dunia beberapa bulan yang lepas. Padahal Cikgu Mazlan tu, masih muda. Umur beliau mungkin sebaya dengan bonda. Dalam empat puluhan. Beliau meninggal atas sebab penyakit kencing manis.

Masih ternampak-nampak muka arwah yang ceria dan suka menyakat aku tu. Dan masih ternampak-nampak saat arwah marah aku sebab gemar kacau pelajar lain. Tapi... Aku agak terkilan tak dapat nak sampaikan ucapan terima kasih aku untuk segala tunjuk ajar dari arwah.

Simpati aku dengan isteri dan anak-anaknya..... Anak-anaknya muda lima enam tahun dari aku. Tapi ajal maut di tangan Nya.
.
.
.
.
.
Al-Fatihah untuk arwah Cikgu Mazlan. Semoga beliau berada di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
.
.
.
.
.


P/s: Cikgu, saya sayang cikgu. Terima kasih banyak-banyak!

8 comments:

  1. trima ksih ckgu..kerana jdikan aku mnusia

    ReplyDelete
  2. Uwahhhh! sedih gak abg baca entri nie... tak sempat nak tulis pepanjang sbb sdg sebak skrg nie akibat terkenang kawan lain yangs enasib sseperti cerita ini.

    Aik!! panjang juga entri yang abg buat nie ... uwahhhhh memang sedih

    ReplyDelete
  3. al-fatihah buat cikgu..moga roh nya aman di sana bersama org2 yg beriman
    dunia ni hanya lah sementara, perkara baik akan di balas dgn baik jugak, di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  4. ab geldofg,
    nasib baik ada ari untuk meraikan cikgu-cikgu. tapi masih belum cukup.

    abgbent,
    jgnla sedih bang. ni pun saya tak letak feeling sepenuhnya untuk entri ni.

    ReplyDelete
  5. sebab tu masa dorang hidup kita kena selalu pi jumpakan, tak kiralah cikgu atau sedara mara atau kengkawan.

    ReplyDelete
  6. juliet,
    selalunya bila dah takda, baru kita nak ingat. baru rasa nak rindu.

    ReplyDelete
  7. al fatihah..

    dah lama sgt tak jumpa cikgu2..

    semoga mereka diberi pahala yg berganda

    ReplyDelete
  8. oOoo. Sekrang dah paham kenapa.hehe

    ReplyDelete

Hello!