small advertisement

Friday, April 10, 2009

saya pun penat jugak

Lepas aku abis keje jam lima setengah petang, aku akan menunggu bonda dekat depan ofis seperti selalu. Masa aku tengah menunggu bonda, ada sebijik kete kancil ni, ntah dari mana, parking betul-betul depan aku. Dengan keadaan yang kelam kabut.

Di dalam nya, ada seorang lelaki yang menjadi pemandu kete tu. Kat blakang tu, ada stroller yang telah dilipat. Aku agak, lelaki ni berfamili dan mungkin datang untuk pick-up bini dia.

Kemudian, aku tengok dia kelam kabut cari handphone, untuk buat call. Dan aku dengar dengan sangat jelas perbualan dia. Sebab masa tu, cermin kereta dah diturunkan sepenuhnya. Tapi aku dengar perbualan sebelah dia saje laa...

Awak!! Awak kat mana?
Lama dah saya tunggu awak kat bawah ni. Cepat sket turun. Penat dah bla, bla, bla.....

Amboi, baru je sampai. Dah kata, dah lama tunggu dia kat bawah. Siap komplen lagi penat la itu la ini la... Nyampah tul aku tengok cara laki tu.

Beberapa minit kendian, turun la seorang pompuan yang bertudung. Muka dia nampak masam, penat. Dan dia pun masuk ke dalam kete kancil tu. Jadi aku agak pompuan ni, bini dia dan dia ni la yang menjadi mangsa kne dengar segala rungutan laki tu.

Tapi, aku baru perasan. Akak tu jadi driver plak. Bukan laki tu. Aishhh... Bole plak tadi elok je drive. Then, bole plak suh akak tu bawak kete. Tak gentleman la camtu.

Akak tu masuk dalam kete, diam je. Tak merungut pape. (Aku tengok dari gaya bibir, bercakap atau tidak) Dia salam cium tangan laki tu. Letak handbag kat tepi dia. Tapi gaya laki tu pulak, macam nak campak-campak je handbag akak tu. Laki tu pun cam dah mula nak rungut-rungut sesuatu.

Aishhh..... Drama seterusnya aku tak tau. Coz akak tu dah berdesup bawak kete meninggalkan aku. Agaknya dia perasan kot aku dok tengok diorang. Mungkin malu ataupun tak patut biarkan aku tengok drama tu berlarutan.

Aku berharap yang aku dielakkan dapat laki camtu dan aku berharap dapat lelaki yang mampu bersabar lagi-lagi dengan kerenah aku ni. Aku hanya mampu berdoa tapi Dia lebih mengetahui segalanya.

Wallahwualam.

7 comments:

  1. Aku rasa dorang tetibe tau ko ada blog sebab tu cepat2 dorang larikkk sebelum ko snap gamba,kekekeke.

    ReplyDelete
  2. julietchun,
    aku ade la jugak pegang hp kamera time tu. tp tk ingt lansung nk snap pic. mayb jugak kot jadi punca.

    hehee.

    ReplyDelete
  3. sedih nya dpt laki cenggitu..

    ReplyDelete
  4. kak ita,
    untuk akak tu, sabar je la jawabnya.
    laki tu peri*d kot. huhu.

    ReplyDelete
  5. ye meza..
    ramai lelaki yg ingat, org pompuan ni, tak tau letih..pada hal balik keje kena masak, jaga anak..kena layan laki lg..
    tp kita buat ngan sabar..

    ReplyDelete
  6. a.b geldofg,
    wah, promote diri nampak.

    kak ita,
    pompuan ni flexible abis.
    tu pn tk dihargai lagi.

    ReplyDelete

Hello!