small advertisement

Monday, April 06, 2009

rambut ekor kuda

Dulu masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu berambut pendek, ala-ala boy cut. Maybe atas sebab ayah harapkan anak lelaki tapi keluarnya anak pompuan kot. Jadi la cam gitu.

Bonda plak bagi alasan, yang aku ni tak bole langsung berambut panjang. Kononnya bila rambut tu dah panjang sket, mesti aku demam.

Asal rambut panjang, demam. Asal demam je, sebab rambut tu panjang. Camtula kononnya.

Sampaila aku dah masuk tingkatan tiga, baru aku mula simpan rambut panjang. Tapi tkde pun demam nya. Ok je. Sehat walafiat.

Walaupun dah start berambut panjang masa tu, aku jarang sangat nak tayang keanggunan rambut tu. Aku banyak buat pony tail or sanggul.

Cuma sekali sekala, aku buang tebiat dengan tayang abis keanggunan rambut aku tu lepas dah iron rambut yang panjang sampai ke pinggang tu. Perasan abis la konon,rasa dah macam ala-ala avril lavigne. Masa tu pun, memang tgh up si avril ni.

Tapi mana larat nak gi iron ari-ari kan. So kembali buat pony tail sampai la aku masuk kolej. Bila dah kat kolej, aku start buat hair style rambut pendek balik.Tapi tkdela sependek macam zaman-zaman sekolah rendah dulu tu.

Zaman kat kolej tu pulak, rambut paling panjang pun, lepas sket dari bahu je. Kononnya time study rimas nak berambut panjang. Leceh nak bela. Dan rambut banyak gugur atas sebab tensen study.

Bermula dua tiga minggu lepas, datang plak mood yang nak berubah. Takmo lagi buat pony tail. Takmo lagi stail yang ala-ala bosan tu. Takmo stail yang buatkan aku nampak tua dari umur sebenar. Tak rock la kan.

Jadi aku pun berniat dan berazam nak tukar stail. Aku pun buatla sket research pasl hair style ni. Banyak tul fesyen-fesyen nye. Tapi tula, sesuai ke ngn muka aku ni. Siap suai padan kan tengok okey ke tak. Dahla muka aku ni cm bulat dan bersegi. Lagi la kan.(agak susah nak cari peten yang sesuai dengan muka bersegi)

Dan aku ingat nak highlight sket. Bagi nampak lebih berseri. Tapi kang tok terkejut plak tengok cucunya dapat penyakit apa sampai rambut pun dah berkarat. hehe.

Lepas dah puas pening kepala tengok peten rambut kat web,aku pun pegi la tanya pendapat hair stylist yang aku rasa hebat (kena puji ni, sebab bole dapat murah klau diorg yang tlg buatkan) peten stail yang macamana sesuai dengan aku.Dan aku ada la bagitau dia, apa yang aku nak, apa yang aku taknak dan muka aku ni bersegi.

Dia pun cong-ceng-cong-ceng cite dengan aku, stail yang sesuai dengan muka aku ni. Macam tu, macam ni. Itu ini.

Tadaaaa~

Jadi inila rupa baru aku. . Mungkin bagi korang, takde pape sangat pun tapi bagi aku benda macam ni memang satu perubahan yang sangat besar bagi aku. Dan sebenarnya aku tak sure, bape lama aku bole bertahan dengan stail rambut mcm ni.

Ntah-ntah, bertahan dalam seminggu je kot.

Tapi stail pony tail memang cun hape.





Hikhikhikhik....


5 comments:

  1. HUIYOOO...
    SYABAS...
    TAHNIAH...
    BERANI AKHIRNYA...
    AKU MASIH MENUNGGU MASA YG SESWAI...
    HAHAHHAAA..

    ReplyDelete
  2. zeze,
    bila berani sket, sket je la perubahan nye.
    klau berani banyak, sure lagi dasat perubahannya.
    ahaks.

    ;)

    ReplyDelete
  3. julietchun,
    erk. santek ke? macih-macih.

    ReplyDelete
  4. Rambut ekor kuda? Comei2.Haha. Apapun,Selagi rasa selesa,So u can do wut u want. Ignore wut others people think. Oit,Anda telah diTAG. Silap copy paste n jawab soklan tu.hahaha.

    ReplyDelete

Hello!