small advertisement

Wednesday, April 29, 2009

memang blur sket, maap ler

Dulu masa aku sekolah-sekolah, setiap kali sampai satu Mei, aku suka sangat. Kononnya penghargaan untuk aku dan kawan-kawan 'bekerja' pegi sekolah ari-ari. Aku pun tak ingat, sapa yang ajar aku camtu. Tapi bukan aku yang terfikir idea cmtu la. Hehe.

Dan kadang-kadang terbawak dalam mimpi yang bila sampai satu Mei ni, satu Malaysia ni, kedai tutup, sekolah tutup, ofis-ofis tutup. Shopping mall yang paling besar pun tutup. Kiranya pegi mana-mana je tutup. Tapi itukan mimpi.

Dah besar sket, baru tau maksud sebenar hari pekerja tu. Still suka cuti cmni walaupun orang lain yang sibuk keje, kita pun cuti jugak walaupun kita ni student je.

Bila dah keje, masih lagi tertunggu cuti ari pekerja. Kononnya untuk meraikan tahun pertama aku menceburi dunia pekerjaan dan juga untuk merehatkan diri sendiri. Maklumla bila dah keja ni, mana la kita ada banyak cuti macam zaman-zaman belajar dulu kan. Kecuali cuti yang company bagi empat belas ari setahun tu. Dan macamla bos bagi kita nak cuti empat belas ari direct.

Itu semua tak penting pun. Yang paling penting sekarang ni adalah aku baru tau sejak setengah jam yang lepas, hari pekerja ni bukan setakat diraikan seluruh negara je tapi diraikan di seluruh dunia.

Ni pun aku bole tau sebab aku dapat email dari supplier kat Italy, yang diorang close office jumaat ni sempena ari pekerja. Masa yang sama jugak, kawan aku kat Korea, inform yang diorang pun nak close office jumaat ni sampai selasa.

Baru la aku buat sikit research kat wikipedia pasal ari pekerja ni. Dan setelah diteliti fakta-faktanya, terbukti la ini memang cuti international. Adeh..... Ye, aku blur sket bab-bab cmni. Hehee.


P/s: Aku rasa ade gak yang tak tau macam aku kot yang ari pekerja ni cuti international.
P/s (2): Klau dari kecik-kecik aku tau cuti international, aku mesti termimpi-mimpi satu dunia tutup kedai. Dasat-dasat!

7 comments:

  1. ye..sekurang-kurang nya ko blaja sesuatu..
    tp keje kat umah tak ble cuti..
    kena masak, cuci kain, cuci pinggan uwaaa

    ReplyDelete
  2. hehe. tlupa plak bab tu. ingt nk blik kg je jumaat ni.

    ;)

    ReplyDelete
  3. hahha. Dengar mcm rozita ckp tu. Keja2 mcm tu mana bleh cuti. On duty 24/7

    ReplyDelete
  4. saya baru tau la awak :D terima kasih untuk info :)

    ReplyDelete
  5. alang,
    keja cmtu mmg 24/7 tapi kalau dah kawen, lagi best. bole bganding bahu.
    hehe.

    sdb,
    sama-sama kasih.
    ;)

    ReplyDelete
  6. ok.. aku juge tergolong dlm org yg blur spt kamu.. hahahah!

    ReplyDelete
  7. natrah,
    kita ni mmg blur bab-bab putar belit ke situ.

    ReplyDelete

Hello!