small advertisement

Wednesday, April 01, 2009

joker day

Adeh, aku tak pasti nape arini dipanggil April Fools'. Aku ade try google, terutama sekali kt wikipedia. Tapi langsung aku tak paham. Aku tak paham dengan istilah-istilah omputih tu. Maklumla bahasa omputih ni, bukan terer sangat pun.


Tapi satu april ni pun, banyak kenangan nya. Lebih-lebih lagi zaman sekolah rendah dulu. Ntah sapa yang mula kecoh pasal satu april ni. Kononnya ini ari yang kita bole kenakan dan sakat abis-abisan. Dengan syarat lepas kenakan orang tu, lepas kita sakat orang tu, kita kena cakap "April Fools". So, orang tu tak bole marah. Kalau marah pun, kawan-kawan lain akan back up yang arini memang ari untuk disakat-sakat.

Aku ni tak berani nak sakat lebih-lebih. Sebab kalau aku sakat lebih-lebih, aku takut ada orang report dekat tok dengan wan. Masa kecik-kecik dulu, aku duduk dengan tok dan wan. Kalau wan dapat tahu, aku ni nakal dekat sekolah, memang naya aku kena. Tok tak marah sangat tapi jangan plak nak melawak sampai kotor baju tu. Kalau kotor jugak, terima la habuan. Samada dengar leteran sepanjang ari atau tok merajuk tak bercakap dengan aku. Tak sanggup wey.

Yang aku berani buat time april fool, tkde pape sangat pun kalau dipikir-pikir balik. Setakat tampal kertas kat belakang badan kawan-kawan je. Tu pun aku tulis benda yang dikira baik jugak la. Ntah april fool ke tidak aku buat camtu. Ataupun aku yang fool sorang-sorang nak join jugak. Macam orang lain, tampal kertas yang ada kata-kata yang menyakitkan ati. Buli orang yang nerd-nerd ni dengan suruh buat aksi-aksi tak senonoh.

"Pukul la saya"
"Badan saya berbau, jangan dekat"
"Saya gemuk. Jangan kawan dengan saya"

Ntah apa lagi tah. Ikutkan aku memang tak suka. Tapi, apa aku bole buat. Aku nak pegi tolong nanti, kena buli balik pulak. Jadi, aku diam je. Ape punya kawan la aku masa tu.

Tapi bila dah besar, aku tak terikut dengan benda tu smua. Aku pikir, if aku tak kacau orang, buat pe orang nak kacau aku kan. So dari situ, mayb orang kata aku ni tk fun dah. Kononnya laaa... Aku tak amik kisah pun.

Bagi aku, arini macam ari untuk memperbodohkan diri sendiri kalau tak kena gaya melawak. Tapi untuk sape-sape yang berjaya memperbodohkan aku arini, korang memang genius la. Sebab aku dah prepare mind aku awal-awal lagi untuk terima segala jenis lawak tu.


Jangan jadi camni sudah. Yang ni aku tak prepare lagi.

7 comments:

  1. ramai ler yg kena fool arini..
    akak tak kena lagi

    ReplyDelete
  2. nasib sy je ni tk kne lg.
    sbb ade yg cuti, ade yg pegi meeting.
    klau tk, abis la...

    ;)

    ReplyDelete
  3. aku ingat aku sorang je tak phm ape menatang april fool yg sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. julietchun,
    klau ko buat poll tnya psl april fool ni, aku rasa rmai je yg tktau jugak.

    ReplyDelete
  5. walaupun korg xfaham makna April Fool, tapi aku lg xpaham kenapa korang nakal jugak nk sakat2 org...mcm bulan lain korang xde menyakat org lain je..huhu...
    lalalala..

    ReplyDelete
  6. zeze,
    bukan setakat sekali sebulan je, ari-ari pun sakat jugak. tkde makna wujud ari cmni.

    ;)

    ReplyDelete
  7. huh...tau xpe...hari2 adalah april fool...sama ada kenakan atau dikenakan..
    wahuahua..

    ReplyDelete

Hello!