small advertisement

Saturday, April 18, 2009

bertunang

Salam, aku nk tunang 2/5 ni. jemput la dtg umah pkul 10a.m..

Chop-chop-chop.

Itu bukan aku. Bukan aku yang nak tunang. Orang lain. Tapi itu SMS yang aku dapat dari kawan sekolej aku tadi.

Bila aku dapat SMS dari dia tadi, aku memang tumpang gembira untuk dia. Cepat buat langkah seterusnya dan tak bertangguh lama-lama.

Padahal dia berkenalan dengan pakwe dia tu, kejap je berbanding aku yang bertahun-tahun ni. Nak buat camne. Dia dulu yang dapat seru.

Ye, aku ada sedikit jeles. Jeles tengok kawan-kawan pakat dah tunang dan kawen. Dan ada jugak yang dah beranak pinak. Anak pun dah bole anta gi tadika.

Tapi aku.... Kawan bukan main lama. Tapi, tak mampu nak melangkah ke peringkat seterusnya pun walaupun sekadar mintak pihak dia antar rombongan merisik.

Aishhh....

Mujur sekarang ni, masih ramai kawan-kawan yang belom kawen. Kalau tidak, merasa la aku dapat title andartu.

Erkk.... Mintak simpang.... Janganla ada sapa-sapa yang nak tabur garam, nak jadikan kata-kata itu masin. Masin? Apa punya turrr laa???

Tolongla... Aku takmau langsung dapat title cam gitu. Tak glamour ok. Masa tu nanti, adala dua tiga pengkritik yang nak komen pedas.

Ingat ni AF ke yang kau suka-suka nak komen bab kawen.

Jodoh ditentukan oleh Dia. Komen la camne sekalipun kalau belum sampai masa nya lagi.

P/s: Macam la aku ni tua sangat, risau tengok diri tak terkawen lagi. Padahal umur baru dua puluh empat tiga....
Ke inila masanya yang paling sesuai jadi queen control bini orang???

5 comments:

  1. Uik. Tak sabar nak kawin? hehe. InsyaAllah, ada jodoh tak kemana.

    ReplyDelete
  2. hehe. aku pun mcm ko. ramai kawan dah tunang/kawen. ada yang dah ada anak.

    tp aku, kwn dah dkt 6thn, tunang pun tak lg. hehe.

    jangan risau, kita sama.

    :D

    ReplyDelete
  3. alang,
    memang orang kata jodoh tak ke mana, tapi kalau tak usaha, lari jugak jodoh tu nnti.
    hehe

    diza,
    ya, kita satu geng. sabar je la jawabnya.

    ;)

    ReplyDelete
  4. arween,
    klau mcmtu, kne cool jugak la.
    tp arween nmpk awek muda.
    tk nmpk mcm 27 pun.

    ;)

    ReplyDelete

Hello!