small advertisement

Friday, April 24, 2009

bagai menunggu bulan jatuh ke riba.

Bagai menunggu bulan jatuh ke riba.

Aku tak kisah andainya bulan yang ku harapkan selama ini tak jatuh ke riba. Kerana selama ni, puas sudah bulan menerangi hidup aku, menyokong segala tindak-tanduk ku dan mungkin menyayangi aku dengan sepatutnya. Bulan juga telah membuatkan aku menikmati kejadian oleh Nya.

Dia memang jauh dari aku. Walau macamana aku nak capai bulan, akan ada bermacam halangan. Jadi, aku hanya akan tengok dia dari jauh. Biarkan dia memantulkan cahaya kepada orang lain, yang mungkin mereka lebih memerlukannya dari aku.

Ujan akan menyinggah sekali sekala pabila malam. Untuk melambangkan kesedihan ku padanya. Ataupun kesedihan dari bulan. Kadang-kadang tu, petir dan guruh akan bersama ujan. Untuk membantu meluahkan segala isi tersirat yang ada.

Lebih puas bila petir dan guruh ada bersama ujan. Lebih banyak yang dapat diluahkan. Dan apabila ujan, petir, guruh puas menyinggah dalam hidupku, pelangi akan datang menemani aku. Untuk menenangkan jiwa aku itu.

Bulan masih tidak lari dari hidup ku. Mungkin sekali-sekala, bulan akan menyorok di sebalik awan. Ataupun tenggelam di sebalik cahaya matahari. Tapi aku tau, bulan akan sentiasa ada di sisi aku.

Dulu, ramai yang beranggapan bulan itu tidak cantik tapi bagi aku, bulan sangat cantik. Setiap kali, aku menatap wajah bulan, terasa ati senang. Seolah-olah, semua masalah-masalah aku diserap oleh dia.

Sekarang ni pula, ramai yang mula perasan keistimewaan bulan di hati ku. Ramai yang memuji kuasa pantulan terhadap diri aku. Tapi....

Bagai menunggu bulan jatuh ke riba.....

9 comments:

  1. Oh bulan
    enggan layan diriku lagi
    ketika airmata membasahi pipi

    Malam sgt indah bila diterangi cahaya bulan dan ujan rintik. :D

    ReplyDelete
  2. julietchun,
    bermadah plak ko di sini.
    thanks cz memahami.

    ain,
    selamat datang!!

    ReplyDelete
  3. Bulan ekk..??

    Hmmm... kenapa ekk suka bulan? aku bukan jenis yg meratap bulan time malam tp mmber aku suka. AKu puas tanya best sgt ke?

    Aku suka bintang lagi.

    ReplyDelete
  4. wana,
    aku pun suka bintang jugk.tp klau mlm ni tgk bintang, esok nk tgk bintang yg sama, dh tk jumpa blik dh.
    hehe.

    adusss...jiwang plak aku skrg ni

    ReplyDelete
  5. jiwang lah hang ni. klau nak sngat bulan tu. amik lah. gi naik roket amik bulan tu. ke bulan yang hang ckap ni bulan yang duk kt UITM shah alam?? ??????

    ReplyDelete
  6. tn,
    jiwang? mood jiwang dtg. nk buat cmne.

    ReplyDelete
  7. sangat deep ni.
    perasaan itu hanya awak saja yang tahu :)

    ReplyDelete
  8. sdb,
    ye. hanya kita yg tau apa yg kita rasa. susah utk org luar tau.

    ReplyDelete

Hello!