small advertisement

Thursday, April 30, 2009

terima kasih cikgu, kerana kamu.....

Waktu aku di sekolah rendah, aku sudah mula dihantar ke tuisyen sejak aku berada di darjah tiga (kalau tak salah aku la). Yang aku masih ingat, tuisyen tu bermula pukul lapan sampai pukul sepuluh malam untuk dua subjek, dua kali seminggu. Bahasa Melayu dan juga Matematik. Nama cikgu tu, Cikgu Omar.

Dulu tuisyen, kat umah-umah je. Mana ada tuisyen dekat bangunan-bangunan atau rumah kedai ni. Pun takdela nak bercanggih macam sekarang ni.

Dalam kelas tu, tak ramai pun pelajarnya. Mungkin kurang dari sepuluh orang. Tapi aku selalu je jadi perhatian Cikgu. Sebab aku selalu jadi budak nakal, kacau orang lain buat keja. (padahal boring, keja dah lama siap).
Jadi,untuk elakkan dari aku kacau pelajar lain, Cikgu akan bagi latihan ekstra lagi-lagi masa subjek Matematik. Sampaikan masa tu, slibus dah abis dan Cikgu mintak aku siapkan keja sekolah darjah lima, padahal masa tu baru darjah tiga.

Kemudian, Cikgu Omar rekemenkan tuisyen yang lebih baik dekat aku. Tapi jauh sketla. Aku pun tak pasti nape masa tu, dia rekemenkan tuisyen kat situ. Tapi kat situ, subjek Bahasa Inggeris dengan Matematik.

Lepas tu, aku pergi menimba ilmu dekat tuisyen yang baru plak. Cikgu yang mengajar untuk subjek tu, Cikgu Mazlan. Kat tuisyen ni, pelajar dia ramai. Ada tiga meja makan yang penuh dengan pelajar. Aku agak-agak ada la dalam dua puluh lima orang kat kelas tu.

Kalau kat kelas Cikgu Omar tu, rata-rata pelajar nya dari sekolah yang sama, tapi kali ni, pelajar-pelajarnya datangnya dari sekolah yang berlainan. Cara Cikgu ni mengajar pun best. Bagi aku la, aku taktau plak orang lain rasa macam mana.

Sebelum bermulanya kelas Matematik, mesti ada kuiz untuk tempoh setengah jam. Ala-ala pop kuiz gitu. Selalunya sorang calon dari sebelah laki, sorang calon dari sebelah pompuan. Cikgu akan bagi sifir, sape jawab yang paling cepat dan tepat, dapat point. Kadang-kadang aku tengok keadaan tu macam cite koboi lawan sapa yang dapat keluarkan pistol dengan cepat dan tembak dengan tepat.

Bila sampai giliran aku, pastila aku menang. Series. Siap lepas jawab sifir tu, aku terkinja-kinja lompat. Konon puas dapat kalahkan team laki. Haha. Dan Cikgu selalu pilih aku untuk masuk pop kuiz tu. Saja la tu nak tengok gelagat aku.

Cikgu selalu puji yang aku ni bijak dalam Matematik. Apa sekali latihan Matematik tu, selalu aku siapkan cepat. Selalunya pun jawapan jarang salah banyak. Dan macam biasa, aku mula kacau pelajar lain.

Jadi suatu hari tu, Cikgu mintak aku datang tuisyen ari lain. Tuisyen untuk pelajar darjah enam. Padahal aku baru darjah lima. Aku datang beberapa kali je. Sebabnya, aku rasa aku ni kecik sangat kat dalam kelas tu. Dan takda pelajar darjah enam yang nak kawan dengan pelajar darjah lima.

So aku transfer balik masuk kelas asal. Dan bergembira balik macam biasa. Dan juga aku kembali terkinja-kinja bila jawab soalan pop kuiz tu.

Bila difikir-fikir balik, mungkin cara pengajaran mereka yang buatkan aku bertambah minat dengan Matematik. Buatkan aku dapat skor A untuk UPSR, PMR dan SPM. Dan sampai sekarang juga, aku selalu bermain-main dengan nombor. Macam dulu-dulu....

Baru-baru ni, aku terserempak dengan Cikgu Omar dekat kampung. Aku senyum dan salam Cikgu Omar. Cikgu masih ingat kat aku. Mahu tak ingat kalau setiap kali aku kat kg, aku mesti terserempak dengan beliau. Kami bersembang-sembang pasal aku belajar kat kolej, kehidupan aku tapi sampai satu bahagian tu, aku tersentak.

Cikgu Omar bagitau aku yang Cikgu Mazlan dah meninggal dunia beberapa bulan yang lepas. Padahal Cikgu Mazlan tu, masih muda. Umur beliau mungkin sebaya dengan bonda. Dalam empat puluhan. Beliau meninggal atas sebab penyakit kencing manis.

Masih ternampak-nampak muka arwah yang ceria dan suka menyakat aku tu. Dan masih ternampak-nampak saat arwah marah aku sebab gemar kacau pelajar lain. Tapi... Aku agak terkilan tak dapat nak sampaikan ucapan terima kasih aku untuk segala tunjuk ajar dari arwah.

Simpati aku dengan isteri dan anak-anaknya..... Anak-anaknya muda lima enam tahun dari aku. Tapi ajal maut di tangan Nya.
.
.
.
.
.
Al-Fatihah untuk arwah Cikgu Mazlan. Semoga beliau berada di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
.
.
.
.
.


P/s: Cikgu, saya sayang cikgu. Terima kasih banyak-banyak!

Wednesday, April 29, 2009

memang blur sket, maap ler

Dulu masa aku sekolah-sekolah, setiap kali sampai satu Mei, aku suka sangat. Kononnya penghargaan untuk aku dan kawan-kawan 'bekerja' pegi sekolah ari-ari. Aku pun tak ingat, sapa yang ajar aku camtu. Tapi bukan aku yang terfikir idea cmtu la. Hehe.

Dan kadang-kadang terbawak dalam mimpi yang bila sampai satu Mei ni, satu Malaysia ni, kedai tutup, sekolah tutup, ofis-ofis tutup. Shopping mall yang paling besar pun tutup. Kiranya pegi mana-mana je tutup. Tapi itukan mimpi.

Dah besar sket, baru tau maksud sebenar hari pekerja tu. Still suka cuti cmni walaupun orang lain yang sibuk keje, kita pun cuti jugak walaupun kita ni student je.

Bila dah keje, masih lagi tertunggu cuti ari pekerja. Kononnya untuk meraikan tahun pertama aku menceburi dunia pekerjaan dan juga untuk merehatkan diri sendiri. Maklumla bila dah keja ni, mana la kita ada banyak cuti macam zaman-zaman belajar dulu kan. Kecuali cuti yang company bagi empat belas ari setahun tu. Dan macamla bos bagi kita nak cuti empat belas ari direct.

Itu semua tak penting pun. Yang paling penting sekarang ni adalah aku baru tau sejak setengah jam yang lepas, hari pekerja ni bukan setakat diraikan seluruh negara je tapi diraikan di seluruh dunia.

Ni pun aku bole tau sebab aku dapat email dari supplier kat Italy, yang diorang close office jumaat ni sempena ari pekerja. Masa yang sama jugak, kawan aku kat Korea, inform yang diorang pun nak close office jumaat ni sampai selasa.

Baru la aku buat sikit research kat wikipedia pasal ari pekerja ni. Dan setelah diteliti fakta-faktanya, terbukti la ini memang cuti international. Adeh..... Ye, aku blur sket bab-bab cmni. Hehee.


P/s: Aku rasa ade gak yang tak tau macam aku kot yang ari pekerja ni cuti international.
P/s (2): Klau dari kecik-kecik aku tau cuti international, aku mesti termimpi-mimpi satu dunia tutup kedai. Dasat-dasat!

Tuesday, April 28, 2009

terima kasih kirana

Perasan tak shoutbox kt sebelah kiri tu. kirana: Dpersilakan amik award 'hati berwarna-warni' dari blog Kirana, ok! Why? Becoz u have coloured my life!"

Wah, dapat award. Walaupun aku ni masih baru lagi kat dalam dunia blogging. Dan entah nape aku rasa, aku masih belum layak dapat award ni. Tapi dah orang bagi, amik je la. Huhu.


P/s to Kirana: Sebenarnya dah salah collect award. So award yang tak sepatutnya collect tu, dah dikembalikan semula. Cuma tempek apa yang dianugerah je. Huhu. *malu-malu-malu*

berteka-teki

Aku tau ada blogger yang tercari-cari artikel dua puluh lima april. Aku hanya publish untuk dua ari dan semalam, aku keluarkan dan simpan untuk koleksi peribadi aku.

Minta maaf ye. Ada sebab tersendiri aku buat macam tu.

Untuk orang yang meninggalkan komen kt artikel tersebut, yang menamakan diri dia sebagai kawan sekolah lama, aku keluarkan dari blog ini bukan sebab kecik ati dengan komen kau. Aku tak amik pusing langsung dengan komen kau tu.

Bagi aku, komen kau yang macam tu, menunjukkan yang kau punyai perasaan hasad dengki dengan kami berdua. Sepatutnya kau sebagai kawan, akan mendoakan kebahagiaan kami bukan keretakkan hubungan kami.

Kalau kau nak mendoakan keretakkan hubungan kami, kau tidak sepatutnya mengaku kau kawan aku. Kau tidak layak diperlakukan sebagai kawan.

Dan kau yang menamakan diri sebagai kawan sekolah lama, kau juga pengecut sebab kau takut nak tinggalkan nama kau yang sebenar. Ataupun yang sebenarnya kau harapkan aku supaya berteka-teki siapa diri kau kan.

Maaf, aku tiada masa nak fikirkan siapa diri kau. Masih banyak perkara yang perlu aku fikirkan dalam hidup aku ni.





P/s: Ini kawan makan kawan ada la......

Saturday, April 25, 2009

toilet signs


Gambar ni semua aku dapat dari email. Itupun aku dah tapis sket sebab ada yang berunsur 18SX. Tak sesuai...


Friday, April 24, 2009

kita dan mereka

video

Korang rasa apa yang aku rasa bila tgk video ni?

Jadi lepas ni, sila berikan teladan yang baik dan elok kepada budak-budak.

Tak kisah la budak umo lima tahun ke lima belas tahun sekali pun.

Anda mencorak peribadi mereka!!!

bagai menunggu bulan jatuh ke riba.

Bagai menunggu bulan jatuh ke riba.

Aku tak kisah andainya bulan yang ku harapkan selama ini tak jatuh ke riba. Kerana selama ni, puas sudah bulan menerangi hidup aku, menyokong segala tindak-tanduk ku dan mungkin menyayangi aku dengan sepatutnya. Bulan juga telah membuatkan aku menikmati kejadian oleh Nya.

Dia memang jauh dari aku. Walau macamana aku nak capai bulan, akan ada bermacam halangan. Jadi, aku hanya akan tengok dia dari jauh. Biarkan dia memantulkan cahaya kepada orang lain, yang mungkin mereka lebih memerlukannya dari aku.

Ujan akan menyinggah sekali sekala pabila malam. Untuk melambangkan kesedihan ku padanya. Ataupun kesedihan dari bulan. Kadang-kadang tu, petir dan guruh akan bersama ujan. Untuk membantu meluahkan segala isi tersirat yang ada.

Lebih puas bila petir dan guruh ada bersama ujan. Lebih banyak yang dapat diluahkan. Dan apabila ujan, petir, guruh puas menyinggah dalam hidupku, pelangi akan datang menemani aku. Untuk menenangkan jiwa aku itu.

Bulan masih tidak lari dari hidup ku. Mungkin sekali-sekala, bulan akan menyorok di sebalik awan. Ataupun tenggelam di sebalik cahaya matahari. Tapi aku tau, bulan akan sentiasa ada di sisi aku.

Dulu, ramai yang beranggapan bulan itu tidak cantik tapi bagi aku, bulan sangat cantik. Setiap kali, aku menatap wajah bulan, terasa ati senang. Seolah-olah, semua masalah-masalah aku diserap oleh dia.

Sekarang ni pula, ramai yang mula perasan keistimewaan bulan di hati ku. Ramai yang memuji kuasa pantulan terhadap diri aku. Tapi....

Bagai menunggu bulan jatuh ke riba.....

Thursday, April 23, 2009

cik darling!!!!

Tadi ada orang majuk sebab aku tak buh link dia kat blog aku.

Sori ye cik darling!

Jangan majuk.

Nanti saya blanja awak sushi kfc eh.

Sungguh.

Tapi dengan syarat, darling jangan majuk ye.

Dan saya akan letakkan link darling dekat blog saya.

Hikhikhik...


P/s: Kalau nk pujuk, kne la gatai sket. =P

benci-nta


Lyrics | Faizal Tahir lyrics - Bencinta lyrics

Susah tul nak bencinta ni.

Itu salah, ini pun salah.

Wednesday, April 22, 2009

manusia dan buah

Perbandingan - Hubungan antara Manusia & Buah........
Hubungan antara manusia & buah-buahan:
1)Jangan suka mendedah tubuh...
-Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
(Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.)

2)Setia terhadap pasangan ..
-Jadilah seperti pohon pisang.
(Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.)

3)Kecantikan dalaman...
-Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
(Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.)

4)Jaga kesucian dalam bergaul...
-Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

5)Selalu bertindak adil ...
-Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
(Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.)

6)Semakin tua semakin bijaksana.
-Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

7)Jangan bermuka-muka...
-Jadilah seperti buah manggis.
(Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.)

8)Menjadi banyak manfaat...
-Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

Opsss! Jgn marah yaaa...hehehe….
p/s: ader org tersenyum la...

Tuesday, April 21, 2009

gout: elak dan amalkan

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk "kristal asid urik" pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa..
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam , mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29.. Elakkan menonton bahan pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33.. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong , Australia dan England
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42.. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
43. Kurangkan makanan bersantan
44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:
1.. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak jagung
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

P/s: Copy paste dari email..... Wallahualam.

Monday, April 20, 2009

pics lagik


Aku pulang KL dulu ya...


Area tol Ipoh


Dah sampai KL dah.....
Selamat kembali ke hiruk pikuk dan kota pembangunan

Ntah nape, sampai KL je, dah rasa berserabut balik.

Hehehee

pics dari kg



Kaktus ni aku tengok cam tak bape stabil je. Tapi still berdiri gagah.


Kagum tengok kete ni yang dah diubahsuai. Dari depan lagi cun.
Ni pun aku curi-curi snap untuk view belakang.


Laluan yang kerap aku pakai masa aku kecik-kecik dulu.
Berulang alik dari umah tok ke umah nenek.

P/s: Sori, gambar tak berkualiti sket. Almaklumlah, pkai kamera kat handphone aje.



Sunday, April 19, 2009

tukar-tukar kaler

video

Rasa kejam bila tengok orang ni main-mainkan iguana ni. Tapi, comel sebenarnya. Rasa cam nak bela jugak je. Pun teringin nak test-test tapi takde la kejam macam kat dalam video tu..

Hehe.

Saturday, April 18, 2009

bertunang

Salam, aku nk tunang 2/5 ni. jemput la dtg umah pkul 10a.m..

Chop-chop-chop.

Itu bukan aku. Bukan aku yang nak tunang. Orang lain. Tapi itu SMS yang aku dapat dari kawan sekolej aku tadi.

Bila aku dapat SMS dari dia tadi, aku memang tumpang gembira untuk dia. Cepat buat langkah seterusnya dan tak bertangguh lama-lama.

Padahal dia berkenalan dengan pakwe dia tu, kejap je berbanding aku yang bertahun-tahun ni. Nak buat camne. Dia dulu yang dapat seru.

Ye, aku ada sedikit jeles. Jeles tengok kawan-kawan pakat dah tunang dan kawen. Dan ada jugak yang dah beranak pinak. Anak pun dah bole anta gi tadika.

Tapi aku.... Kawan bukan main lama. Tapi, tak mampu nak melangkah ke peringkat seterusnya pun walaupun sekadar mintak pihak dia antar rombongan merisik.

Aishhh....

Mujur sekarang ni, masih ramai kawan-kawan yang belom kawen. Kalau tidak, merasa la aku dapat title andartu.

Erkk.... Mintak simpang.... Janganla ada sapa-sapa yang nak tabur garam, nak jadikan kata-kata itu masin. Masin? Apa punya turrr laa???

Tolongla... Aku takmau langsung dapat title cam gitu. Tak glamour ok. Masa tu nanti, adala dua tiga pengkritik yang nak komen pedas.

Ingat ni AF ke yang kau suka-suka nak komen bab kawen.

Jodoh ditentukan oleh Dia. Komen la camne sekalipun kalau belum sampai masa nya lagi.

P/s: Macam la aku ni tua sangat, risau tengok diri tak terkawen lagi. Padahal umur baru dua puluh empat tiga....
Ke inila masanya yang paling sesuai jadi queen control bini orang???

Friday, April 17, 2009

ponteng jom

Aku ponteng keje arini.

Yep, memang sempoi.
Sebelum pukul sembilan, aku sms bos,

I can't make to the office today, got something to do at my hometown. I'm very sorry and thanks.

Haha. Memang sempoi. Tapi sebelum aku ponteng, aku dah siapkan dan abiskan semua kerja aku semalam. Aku dah siapkan kerja aku sampai keja untuk ari rabu depan. Kiranya tak masuk keje sampai rabu pun, tkde hal la. Tapi, macam la ofis tu aku yang punya kn.

Haha.

Dasat, dasat.

Yap, memang aku balik kg arini. Saja nak berubah angin. Sengaja pilih arini, sebab pikir ada pasar malam dekat area kg aku tu. Nak beli murtabak, sate, putu mayam, kacang rebus dengan pelam.

Bunyi cam menu biasa. Tapi kalau dah tringin yang kat kg jugak, memang camtu la. Korang cakap pe pun, tak lut. Erk, bukan ngidam tapi teringin. Pape je laa...

Tapi kan, murtabak dia dah naik harga la. Dulu dua inggit lapan posen, skarang dah tiga inggit. Sate plak, dulu secucuk tiga posen je. Sekarang ni, dah empat posen secucuk. Adeh.. Kopak duit aku.

Masa aku jalan-jalan kat pasar malam tu, tiba-tiba ada sorang pompuan tego aku. Muka macam cam tapi dulu muka nakal sekarang muka cam ala-ala ayu gitu.

Sekali, kawan sekolah rendah aku la. Sudah lama aku tidak ketemu dia. Dan pastila kali terakhir time aku darjah enam dulu. Memangla patut kau berubah personaliti. Aku ni je kot, masih seperti dulu. Masih nak bermanja-manja dengan tok dan wan.

Dan aku agak suprise, dengan berita dia sudah kawen dan anak satu, keje kat kastam plak tu. Wow.. Aku ni?? Baru je nak keje... Aishhh...

Below, some of the pictures yang aku snap masa aku dalam bas pulang ke kg. Ni semua pic time aku awake. Coz sebelum tu, aku sibuk melayan mimpi sebaik saje bertolak dari Jalan Duta. Hehe...

(,")


Lokasi: Kat tepi highway Kuala Kangsar - Taiping


Kampung aku ni, boleh dikatakan terletak dekat tiga sempadan negeri, perak, penang dan kedah. Line border yang ketara, sungai ni yang menjadi border.


Stesen bas yang ade kat kampung aku ni.



Thursday, April 16, 2009

dedicate to someone

I wish that I can turn back time.
And he will be with me.
Hope things not gonna happened like this way.
If earlier, he did not left me.
I wish I can stay with him.
I wish I can be his precious.
I wish he never forget me.
I wish he can love me back.

But that only my wish.
And should be fulfill few years ago.
Not now.

But,
I still hope that he will come back.
Even though there is nothing left for him.
But still,
I need him.

Gosh,
I miss to love him.
I miss to hug him like old time.
I miss....

When you have no light to guide you
And no one to walk to walk beside you
I will come to you
Oh I will come to you
When the night is dark and stormy
You wont have to reach out for me
I will come to you
Oh I will come to you
Sometimes when all your dreams may have seen better days
And you don't know how or why, but you've lost your way
Have no fear when your tears are fallin
I will hear your spirit callin
And I swear that I'll be there come what may

Cause even if we cant be together
Well be friends now and forever
And I swear that Ill be there come what may
When the night is dark and stormy
You wont have to reach out for me
I will come to you
Oh I will come to you
We all need somebody we can turn to
Someone who always understand
So if you feel that your soul is dyin
And you need the strength to keep tryin
I'll reach out and take your hand

When things happened
There must be reasons
At least one

But
For me I only knew
Since that day
My heart became so hard
Became sarcastic
Became very stubborn
Matured
No feelings at all
When talk about other feelings

Just to hide what I felt long time ago
Just don't want to let people
Knew bout my suffer
My sad feeling
Deep inside my heart

I just pretend my life is good
My feeling is ok
Being cool in front of people

But
Really, I felt
Like I'm getting sick

Because
I have a lot of things
To ask him

No, no
Enough
The time has pass by
No need to ask
But
.
.
.
.
.
.
Please come back
Be with me



Tuesday, April 14, 2009

bila kami berempat

Empat dan lima haribulan april yang lepas, kami berempat (aku, kas, ami dan erlina) berkumpul kat KL. Dengan lebih tepat berkumpul kat umah aku. Hehe.

Kas ngn Lina dari Ipoh. Ami plak dari UPM. Ala dekat aje tapi payah jugak nak jumpa si Ami ni. (padahal aku yang payah nak jumpa dia. Huhu)


Tak banyak gambar yang snap sebab ada macam-macam halangan. Tapi kekal dalam memori ingatan. Kan? =P

Waahhh, tak puas lepak dengan korang. Terasa seperti begitu cepat bumi ini mengelilingi matahari. Ahaks!~

bonanza di sushi king

Semalam dah bermula Sushi King Card Bonanza. Dan semalam jugak pergi melantak sushi kat Queens Park.

Mula-mula tu, siap beratur bagi nama sebelum bole enter ke dalam kedai sushi king tu. Lamaaaa la jugak sebelum dapat giliran.


Dah masuk-masuk tu, duduk-duduk je. Trus rembat piring scallops. Yang atas belt tu, memang penuh dengan sushi tapi bukan yang menarik sangat. Macam udang, ketam, sekali-sekali je diorang keluarkan. Wanted item kan.

Diorang bagi tempoh sejam untuk bonanza ni. Bunyi memang macam kejap je. Tapi larat ke perut tu nak belasah sushi banyak-banyak kan. Hahahaaa..

Endingnye, sebelas plate je yang menjadi santapan. Tu pun bukan makan sorang. Makan berdua. Ooh perot.... Memang terasa kenyang.

Cuma tak puas dari segi tak dapat nak melantak udang tu banyak-banyak. Rugi-rugi.

Monday, April 13, 2009

trust

Sometimes, it is good to share our feeling, our opinion to others.

Especially when we are down, when we feel we are alone even though people are around you, when really need someone to share our problem.

But, not all people can take what we gonna share. Not all people will understand our problem.

But still, you need someone to share the feelings.

Otherwise, you will be explode.

Me......

Yes, me.

I always share my problem with my family and friends. But not all the problems, I can share with.

And maybe not the same problems, will share with family members.

Will share different problems with different peoples.

Depends, how close the relationship are or how much the trust has been build in the relationship.

Because you can not trust everybody surround you and you have to maintain border.

Otherwise they may enter your private areas.

Sometimes, I hope that not all the stories or problems that has been shared will be leaking to the others.

As it may make you drowning with the problems more.

But,
.
.
.

Yes... I love my family. I love my friends.

But,
.
.
.
.
.

I have my right to choose my path of life.

I have my own reasons to do that.

And I can not trust you 100% anymore if you can not put the same thing to me.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I hate when I can not do anything even my voice is loud enough....

headset



New headset from Samsung? Believe it or not??

P/s: Taknak aku pkai headset cam gitu. Rasa cam orang ngintai lubang telinga kita plak. Macam-macam tul sekarang ni ye. Tapi ada yang berminat?

Friday, April 10, 2009

saya pun penat jugak

Lepas aku abis keje jam lima setengah petang, aku akan menunggu bonda dekat depan ofis seperti selalu. Masa aku tengah menunggu bonda, ada sebijik kete kancil ni, ntah dari mana, parking betul-betul depan aku. Dengan keadaan yang kelam kabut.

Di dalam nya, ada seorang lelaki yang menjadi pemandu kete tu. Kat blakang tu, ada stroller yang telah dilipat. Aku agak, lelaki ni berfamili dan mungkin datang untuk pick-up bini dia.

Kemudian, aku tengok dia kelam kabut cari handphone, untuk buat call. Dan aku dengar dengan sangat jelas perbualan dia. Sebab masa tu, cermin kereta dah diturunkan sepenuhnya. Tapi aku dengar perbualan sebelah dia saje laa...

Awak!! Awak kat mana?
Lama dah saya tunggu awak kat bawah ni. Cepat sket turun. Penat dah bla, bla, bla.....

Amboi, baru je sampai. Dah kata, dah lama tunggu dia kat bawah. Siap komplen lagi penat la itu la ini la... Nyampah tul aku tengok cara laki tu.

Beberapa minit kendian, turun la seorang pompuan yang bertudung. Muka dia nampak masam, penat. Dan dia pun masuk ke dalam kete kancil tu. Jadi aku agak pompuan ni, bini dia dan dia ni la yang menjadi mangsa kne dengar segala rungutan laki tu.

Tapi, aku baru perasan. Akak tu jadi driver plak. Bukan laki tu. Aishhh... Bole plak tadi elok je drive. Then, bole plak suh akak tu bawak kete. Tak gentleman la camtu.

Akak tu masuk dalam kete, diam je. Tak merungut pape. (Aku tengok dari gaya bibir, bercakap atau tidak) Dia salam cium tangan laki tu. Letak handbag kat tepi dia. Tapi gaya laki tu pulak, macam nak campak-campak je handbag akak tu. Laki tu pun cam dah mula nak rungut-rungut sesuatu.

Aishhh..... Drama seterusnya aku tak tau. Coz akak tu dah berdesup bawak kete meninggalkan aku. Agaknya dia perasan kot aku dok tengok diorang. Mungkin malu ataupun tak patut biarkan aku tengok drama tu berlarutan.

Aku berharap yang aku dielakkan dapat laki camtu dan aku berharap dapat lelaki yang mampu bersabar lagi-lagi dengan kerenah aku ni. Aku hanya mampu berdoa tapi Dia lebih mengetahui segalanya.

Wallahwualam.

Tuesday, April 07, 2009

baik dan buruk untuk kesihatan

ROTI (KHUBZ)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

JINTAN MANIS (ANISUN)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

EPAL (TUFFAH)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

ASPARAGUS (HIYAWN)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

PISANG (MAWZ)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

BARLI (SYA'IR)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

SELASIH (MANIS RAYHAN)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

MENTEGA (ZUBDAH)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

BUNGA KUBIS (QUNNABIT)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

CHAMOMILE (BABUNAJ)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

LOBAK MERAH

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

BIJI HITAM (HABB AL SAUDA)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

BIJI KOPI (QAHWAH)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

AYAM (DAJAJ)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

KULIT KAYU MANIS (DARCHINI)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

LIMAU KULIT TEBAL, WARNA KUNING PUCAT, KURANG MENGANDUNGI ASID (UTRUJJ)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

TIMUN (QITTA')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

JINTAN PUTIH (KAMMUN)

Jintan putih (kammun) khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

TAMAR KERING (TAMR)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

TERUNG (BADHIJAN)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

TELUR (BAYDAH)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

'ENDIVE' (HINDIBA)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

FENUGREEK (HULBAH) / HALBA

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

BUAH ARA FIG (FIN) / BUAH TIN

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

IKAN (SAMAK)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

BAWANG PUTIH (THUM)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

MINYAK SAPI (SAMN)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

HALIA (ZANJABIL)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

INAI (HENNA)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

MADU LEBAH(A'SAL)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

KEKACANG (A'DAS)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

SALAD (KHASS)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

DAGING (LAHM)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.


P/s: Dapat dari email. So pandai-pandai la baca bnde ni. Hehe~