small advertisement

Thursday, March 26, 2009

selamat menjalankan tugas

Semalam dah diumumkan keputusan perwakilan umno. Aku suka dengan keputusan Datuk Seri Shahrizat menjadi Ketua Wanita Umno yang baru. Bukan tak suka Tan Seri Rafidah, tapi elok la diberi kepada lapisan yang lebih muda. Dan bonda memang suka abis dengan Datuk Seri Shahrizat sejak-sejak berlakunya satu kejadian tu.

Untuk Ketua Puteri pulak, aku memang tak berapa familiar dengan ahli-ahlinya. Bukan maksud aku yang aku ni aktif politif, tapi aku rasa puteri-puteri umno tak aktif seperti pemuda umno. Ataupun pemuda umno memang bijak mempopularkan diri. Hek!~

Aku agak kecewa dengan keputusan Ketua Pemuda Umno dengan majoriti yang kecil. Aku mengharapkan Berani Berubah yang mendapat jawatan tersebut berbanding Setiakawan. Dari dulu lagi aku memang sokong dan sukakan Berani Berubah. Cuma aku dapat rasakan mungkin semangat Setiakawan yang lantang membuatkan Setiakawan lebih diterima berbanding Berani Berubah.

Nampaknya aku kenala mendaftar jadi ahli Umno lepas ni. Mana tau, satu undi bole merubah segala keputusan selepas tiga tahun nanti.

Apehal pun, tahniah kepada semua exco-exco perwakilan Umno yang baru dilantik semalam. Selamat menjalankan tugas dan jangan tinggal janji je.

Em... Apa-apa je la Labi...

P/s: Ntah nape aku bersemangat dengan hal politik ni.. Pengaruh sapa la agaknya...

5 comments:

  1. bagi ler yg muda plak tunjuk cara memimpin. Ko cpt pegi daftar jd ahli puteri.

    ReplyDelete
  2. julietchun,
    jomla join puteri skali. pakat ramai-ramai daftar.

    ReplyDelete
  3. smalam cik ween ngan daddy sanggup berjaga dan membebel dpn tv tgk keputusan perwakilan

    hmmm kecewa tan sri rafidah kalah
    bkn sebab die ex bos cik ween
    tp knp mesti dipilih ketua yg akan membimbing wanita dan umno tetapi dalam pilihanraya terang2 die tak diterima rakyat

    pendapat cik ween
    kalau nak jadi ketua sesuatu pergerakkan
    biarlah die diterima oleh rakyat jugak kan
    kalau tak mcm mane nak membanting usaha
    menjanjikan kemenangan kepada parti

    hmmmm

    ketua puteri bukan calon pebret... btol headline paper semalam
    mmg berlaku kejutan

    ini pendapat cik ween shj yer :D

    ReplyDelete
  4. cik ween,
    setuju jugak dengan pendapat cik ween tu. tp nk buat cmne, kita tgk dr jauh aje. macam-macam jadi sekrg ni.

    ReplyDelete
  5. Aku tak sokong k.j menang. dahla majoriti kecik jek.. hampeh

    ReplyDelete

Hello!