small advertisement

Friday, March 27, 2009

bersama neopets


Ada tak sesiapa yang rajin layan game online neopets ni?

Kalau ada, korang memang bole geng ngan aku. Hahaa~

Aku bukannya baru-baru ni mula berjinak-jinak dengan game online ni. Dari zaman kat kolej lagi dah. Kalau orang lain sibuk main game, Worms, Counter Strike, aku plak sibuk layan game neopets ni. Berjam-jam pun bole lagi-lagi internet kat kolej tu dua puluh jam sehari berfungsi. Laju ke tak, aku tak amik kesah. Sebab kadang-kadang tu, lebih kepada susun atur hidup neopets ni.

Actually, benda ni lebih kepada kita bela binatang virtual. Kita bole pilih binatang yang comel-comel yang ada, bole pilih kesihatan, kekuatan, ketangkasan, warna, jantina dan nama untuk binatang yang kita pilih tu.


Profile neopets aku: Ada kedai, galeri, koleksi trofi.
(Bukan nak menunjuk, tapi nak tunjuk betapa bestnya bende ni kalau pandai main)

Dalam neoworld (dunia neopets) ni, bukan setakat main game je, kita bole battle sesama neopets, bole berkenalan dengan neoepet lain, kumpul duit, antar neopets untuk holiday, neopets tu pun bole sakit-sakit, kumpul barang-barang neopets dan bermacam-macam lagi la...

Koleksi plushies aku dalam NeoWorld

Selama aku main selama empat tahun lebih ni, aku sempat berkenalan dengan dua-tiga pemain neopets yang ada di negara lain, satu dekat UK, Singapura dan India. Dan ada jugak ada tiga-empat pemain neopets di dalam negara yang sempat berkenalan.

Oh ye, walaupun neopets ni lebih difokuskan untuk golongan kanak-kanak dengan warna-warna yang ceria, karakter yang comel, tapi siapa tahu entah-entah pakcik-makcik umur empat puluh - lima puluhan pun ada main jugak kan. Huhu..

Jadi untuk sapa-sapa yang abis modal untuk buang masa kat ofis atau kat umah, join la benda ni (klik kat banner atas sekali tu). Bukan kena bayar pun. Free aje. Kalau rasa-rasa lost dengan neopets ni, roger aku. Aku akan cuba tolong korang sebaik mungkin. hek!~


3 comments:

  1. alah shomey nyer
    takper nnt cik ween free
    cik ween nk jengah jugak

    ReplyDelete
  2. ingatnya neopots ni ada kat game biasa je.

    ReplyDelete
  3. arween,
    mmg comei pun. sesuai utk pompuan & budak-budak je kot.
    hehee.

    ;)

    julietchun,
    macam-macam ada. siap bole berfantasi kaya raya kt NeoWorld ni.

    (,")

    ReplyDelete

Hello!