small advertisement

Wednesday, February 11, 2009

Lappo, jangan la merajuk

Selepas pulang dari Korea, aku tak mampu untuk beri perhatian kepada blog. Jarang-jarang dapat singgah blog kawan-kawan virtual. Balik umah pun, jarang-jarang mengadap lappo. Sampai kan aku rasa lappo pn merajuk dengan aku. Lappo tu tak sehat. On kejap je, tup-tup dah tertido balik. berhibernasi. Terpaksa la menyusahkan En. HZ untuk tengok-tengokkan lappo nanti.

Arini plak, aku ada meeting di Melaka. Tidak harus menginap di sana. Bagi aku sempat saje nk pulang ke KL. Tapi dah menumpang bos, kenala ikut ragam nya. Dia kan suka merewang ke sana sini.

Aishh.... Pagi-pagi tadi, tunang Orang Manjung sms aku, tanyakan tentang result temuduga SPA kerana kami sama-sama menghadiri temuduga tu. Sama jawatan tapi berlainan kursus. Keputusan untuk jawatan dia, dah diumumkan. Tapi untuk jawatan aku, belom lagi. Berdebar betul nak tau macamana keputusan nya tu. Kami berdua dari awal lagi kalau ikutkan tak kesah dengan keputusan nya, kerana masing-masing dapat agak keputusan nya macamana nanti. Dan memang untuk tunang Orang Manjung, ramalan nya tepat. Dan ntah-ntah untuk aku pn, macam tu jugak. Huhuhu... Biarla, kalau ada rezeki, terima. Kalau takde rezeki, cuba lagi kan..

1 comment:

  1. sesekali bwk lah lappo ko tuh mkn angin baru dia tak merajuk.

    ReplyDelete

Hello!