small advertisement

Tuesday, February 24, 2009

jari yg tk ong ke?

Baru-baru ni, aku bersantai-santai bersama En. HZ di suatu restoran nasi kandar berhampiran KLCC. Pada masa yang sama, kami bercerita pasal hal-hal yang lalu, waktu kecik-kecik dulu, waktu di zaman sekolah dan.... Macam-macam cerita lah..

Tengah aku syok bercerita dengan dia, tiba-tiba dia mencelah..

"Taknak crite dekat blog ke"

Dan aku diam. Sebabnya, aku perasan, penyampaian aku dalam penulisan tidak sebaik sewaktu aku bercerita berdepan muka bertemu muka.

Aku ingat lagi, ada sekali dua aku diperli dengan cikgu sendiri. Kononnya cerita yang aku karangkan tu, seperti tak logik. Seolah-olah cerita fiksyen.

Sehari sebelum tu, ada kejadian kereta meletup di depan sekolah sebab enjin nya terlalu panas. Cikgu BM aku mintak kami sekelas ceritakan balik kejadian tu dari awal sehingga akhir dalam bentuk karangan sebagai homework untuk subjek BM memandangkan kejadian tu berlaku di depan mata kami.

Keesokkannya, tibanya masa BM, cikgu tu pun masuk mengajar. Dan selalunya homework yang dihantar untuk hari sebelum, akan di bagi balik kepada tuan masing-masing. Tapi sebelum cikgu tu mulakan proses bagi balik buku homework tu, cikgu tu sebut-sebut nama aku.

Cikgu tu komen, jangan buat cerita fantasi macam aku ni. Dan kemudian siap bacakan setiap satu ayat yang aku karangkan tentang kejadian kereta meletup tu. Tapi nasib la kawan-kawan aku bersetuju dengan isi-isi cerita aku tu. Cuma nya, aku terpikir-pikir. Diorang pakai isi yang sama atau tak? Kalau pakai isi yang sama, cikgu aku tu mesti perasan persamaan atau isi yang lebih kurang dengan isi aku tu. Ataupun diorang pakai isi lain supaya cerita nya lebih logik? Mungkinkah olahan mereka lebih baik sehingga kan nampak lebih nyata. Ntah, aku tak penah mintak baca karangan kawan-kawan aku plak masa tu.

Tapi sejak kejadian kna kondem dengan cikgu sendiri, gaya penulisan aku pun tak berapa nk ikhlas. Mungkinlaaa.. Takpun yang sebenar-benar nya aku memang takde bakat dalam penulisan. Dan aku memang perasan, gaya penulisan aku ni macam tak sabar-sabar nak ceritakan point nya. Tkde huraian, olahan... Tiba-tiba je dah sampai kat isi.

Memang tak feel nk baca karangan takde huraian. kn???

2 comments:

  1. takpe.. tulis blog xde sape nk komplen.. pedulik hape.. blog kite..
    =)

    btw lirik kt seblah tu, aku ingat.. ade mase2nye ko dok ulang lagu tu berploh kali mase kite 1 umah dolu.. and aku akn kte, 'huiyooo.. layan lagu jiwanggg'.. hahaha.. miss those moments la.. *sad*

    ReplyDelete
  2. nat,
    me too. miss those moment.asal dengar lagu Avril, aku ingat ko. bila nmpk SIMS, ingat ko. huhu..

    FYI, sampai skrg aku dok layan lagu tu. lagu tu je yg mdamaikan ati aku ni.

    ReplyDelete

Hello!