small advertisement

Thursday, February 26, 2009

booolat

Semalam aku post satu shoutout di ****.

"Meza harus berdiet setelah makan."

Dan pagi ni, aku tengok ada sorang dua yang response dengan shoutout aku tu.

Shameer - pale hotak ko.. buat pe ko nak diet lagi?
Awesome - dietla...tahun ni dia nak nak belanja nasi minyak..
Ami - ntah nyer..kepala hangguk meza...nk tgl tulang ke?
Shah - ko xtau shameer...meza dah booolaaat...skrg...pipi dia dah mcm pompuan baru pas bersalin...hahahah

Dan aku tak tahu nk response macam mana kat diorang. Sebab nya, dulu aku memang kurus. Aku akui, kalau ditiup angin, kebarangkalian untuk tumbang tu, memang ade. Tapi sekarang, aku dah tembam dah. Dah berisi dari dulu. Ade sesetengah baju tu, aku terpaksa surrender to my mom. Macam baju kebaya, baju yang bersaiz S.

Oh ye, yang pasal Shah tu, dia memang bole komen camtu sebab aku baru jumpa dia ari sabtu lepas.

Budak-budak Master drpd universiti aku ada pameran kat PWTC sempena MTE. Dia, Suley, Miskol, Rizal terlibat sekali. So, aku amik kesempatan jumpa diorang la masa tu. Padahal mission utama, nak bagi balik buku kt Shah yang aku dah pinjam berzaman tu. ;)

Sampai-sampai je aku sampai kat booth diorang, Shah tego dengan perubahan diri aku ni, makin berisi, tembam. Ntah puji atau tidak, aku tak tahu. Tapi yang aku perasan ada unsur compliment bila dia ckp 1% comel telah up dari markah asal. Yang lain-lain pun ada tego jugak perubahan positif aku tu. Suke ati betul aku masa tu. Cuma part tembam tu je la yang tak brape nk bape suke. Sebabnya, tembam sangat ke?

Sekarang aku nak maintain fizikal aku ni ke, or diet?

Tapi kan.... Aku suka makan la sekarang ni. Semuanya pun nampak sodap!!!!! Nasi kandar, ketam goreng, sotong tepung, ikan bakar, sate, murtabak, roti naan, sup daging, kek kat Secret Recipe, Manhattan Fish, ......... Adoi, meleleh-leleh air liur aku time ni.

So macamane ni?

Tuesday, February 24, 2009

bukan bosan

aku tukar template lagi.

kali ni aku pilih template yang tenang dan ceria.

bagi aku la. untuk korang, aku tk tahu.

jap, ini bukan bermaksud aku cepat bosan dengan template sebelum ni.

cuma, aku memang perlukan warna-warna tenang sekarang.

supaya dapat menenangkan ati dan fikiran yang serabut ni.

ye, aku sentiasa berserabut.

jari yg tk ong ke?

Baru-baru ni, aku bersantai-santai bersama En. HZ di suatu restoran nasi kandar berhampiran KLCC. Pada masa yang sama, kami bercerita pasal hal-hal yang lalu, waktu kecik-kecik dulu, waktu di zaman sekolah dan.... Macam-macam cerita lah..

Tengah aku syok bercerita dengan dia, tiba-tiba dia mencelah..

"Taknak crite dekat blog ke"

Dan aku diam. Sebabnya, aku perasan, penyampaian aku dalam penulisan tidak sebaik sewaktu aku bercerita berdepan muka bertemu muka.

Aku ingat lagi, ada sekali dua aku diperli dengan cikgu sendiri. Kononnya cerita yang aku karangkan tu, seperti tak logik. Seolah-olah cerita fiksyen.

Sehari sebelum tu, ada kejadian kereta meletup di depan sekolah sebab enjin nya terlalu panas. Cikgu BM aku mintak kami sekelas ceritakan balik kejadian tu dari awal sehingga akhir dalam bentuk karangan sebagai homework untuk subjek BM memandangkan kejadian tu berlaku di depan mata kami.

Keesokkannya, tibanya masa BM, cikgu tu pun masuk mengajar. Dan selalunya homework yang dihantar untuk hari sebelum, akan di bagi balik kepada tuan masing-masing. Tapi sebelum cikgu tu mulakan proses bagi balik buku homework tu, cikgu tu sebut-sebut nama aku.

Cikgu tu komen, jangan buat cerita fantasi macam aku ni. Dan kemudian siap bacakan setiap satu ayat yang aku karangkan tentang kejadian kereta meletup tu. Tapi nasib la kawan-kawan aku bersetuju dengan isi-isi cerita aku tu. Cuma nya, aku terpikir-pikir. Diorang pakai isi yang sama atau tak? Kalau pakai isi yang sama, cikgu aku tu mesti perasan persamaan atau isi yang lebih kurang dengan isi aku tu. Ataupun diorang pakai isi lain supaya cerita nya lebih logik? Mungkinkah olahan mereka lebih baik sehingga kan nampak lebih nyata. Ntah, aku tak penah mintak baca karangan kawan-kawan aku plak masa tu.

Tapi sejak kejadian kna kondem dengan cikgu sendiri, gaya penulisan aku pun tak berapa nk ikhlas. Mungkinlaaa.. Takpun yang sebenar-benar nya aku memang takde bakat dalam penulisan. Dan aku memang perasan, gaya penulisan aku ni macam tak sabar-sabar nak ceritakan point nya. Tkde huraian, olahan... Tiba-tiba je dah sampai kat isi.

Memang tak feel nk baca karangan takde huraian. kn???

Monday, February 23, 2009

ku bilang kalau....

Ditagged oleh Diza.
Nowadays, there're so many "IF".. "WHY" there're so many "IF"?!

1. If you can be an animal, what will you be?! Why?!

Panda Bear. Comel dan independent.

2. If you robbed the bank, what do you want to do with the money?! Why?!

Banyak sangat impian. Tapi cam tk halal je nanti. Hahahaaa

3. If you can teleport yourself to any places in the world, where do you want to be? Why?!

Mau croboh itu rumah yg tak berapa putih. kasi kelam kabut sket.

4. If you are in X-Men or Brotherhood of Evil Mutants, who are you in the team? Why?

Ala.. aku tk khatam nama-nama dlm team tu. so abaikan la ye

5. If you know that you are dying, what is the last meal that you want?! Why?!

Nk tok aku masak nasi ayam. dh tentula sedap. ape lagi.. (meleleh plak air liur aku ni)

6. If you can kill only 1 person in this world, who is that person?! Why?!

Weh, bole bunuh-bunuh ke? Zaman apa la ni.

7. If you can choose either want to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice?! Why?!

24jam lebih suspense dr 100 tahun. br nk sedar diri+insap.

8. If you can date a celebrity, who is that person?! Why?!

Stakat ni, tkde celebrity yg mampu menggamit jiwa.

9. If you can have only 1 thing in this world, what should that be?! Why?!

Mne bole weh. Bukan masalah tamak. Tapi saling memerlukn satu sama lain kn.

10. If you have an opportunity to TAG 7 of your friends, who are they?! Why?!

Ami, Orang Manjung, Julietchun, Yanti, kau, dia, awak. suka ati aku la nk pilih sape...

Thursday, February 19, 2009

saya ingin menjadi seperti Teletubbies

Slalunya di pagi-pagi ari, aku cuma breakfast dengan kuih je. Itupun sebiji je. Tak rasa nk makan. Still ade mood nk sambung tido kononnya.

Tapi minggu ni, click aku tego. "U nk cipta rekod ke minggu ni?"
Aku, "Rekod apa?" Tiba-tiba aku rasa macam dialog dalam cite PRamlee yang 3 Abdul tu plak.
Dia,"Ari-ari makan nasi lemak."
Aku,"Eh, ye ke? Mana de. Memang selalu makan nasi lemak kn."

Padahal aku baru perasan yang minggu ni aku mmg melantak nasi lemak ari-ari. Hahaaa~ Apa agaknya virus yang datang nyerang ni aku ni?

Dan sepanjang ari, aku akan rasa ingin mengunyah makanan. Aku pun baru perasan, lepas lunch pun, makanan sentiasa di sisi aku. Hahaaa...

Habis la... Tak lama aku akan jadi macam Teletubbies. Kepala kecik, badan lebar dan sangat riang ria. ;)

Monday, February 16, 2009

mamat yg disumpah seranah di pagi ari

Bengang tul aku pagi tadi. Adjust timing dah sedang elok dah. Kluar umah pukul 7.50 pagi. Sebelum pukul 8.30, mesti dah sampai ofis walaupun aku mula kerja jam 9 pagi. Tapi tadi, ada mamat berbaju seragam putih, seluar itam jadi pak pacak di tgh-tgh jalan. Mengawang-gawang kan tangannya.

Adanya lampu isyarat tu, untuk memudah dan melancarkan keadaan trafik. Jadi, kenapa nak mamat tu jugak jadi pak pacak di situ. Disebabkan pak pacak tu la, aku terpaksa tunggu berbelas minit untuk seberang jalan.

Aku rasa, bukan aku sorang je yang rasa bengang. Kalau tak, takde la berlaku nya kejadian pesta hon-mengehon kan.

Dan disebabkan beberapa minit tu, aku tersangkut di jalan raya untuk ke ofis. Nasib la, perjalanan yang tak seberapa jauh tu. So, sempatla sampai di ofis sebelum jam 9. Cuma nya, kalau selalu aku bole feeling-feeling nk mkn pagi, tapi tadi cam kelam kabut. Dah tak tenang dah.

Jadinya, mood aku jugk sedikit terganggu arini.

Wednesday, February 11, 2009

Lappo, jangan la merajuk

Selepas pulang dari Korea, aku tak mampu untuk beri perhatian kepada blog. Jarang-jarang dapat singgah blog kawan-kawan virtual. Balik umah pun, jarang-jarang mengadap lappo. Sampai kan aku rasa lappo pn merajuk dengan aku. Lappo tu tak sehat. On kejap je, tup-tup dah tertido balik. berhibernasi. Terpaksa la menyusahkan En. HZ untuk tengok-tengokkan lappo nanti.

Arini plak, aku ada meeting di Melaka. Tidak harus menginap di sana. Bagi aku sempat saje nk pulang ke KL. Tapi dah menumpang bos, kenala ikut ragam nya. Dia kan suka merewang ke sana sini.

Aishh.... Pagi-pagi tadi, tunang Orang Manjung sms aku, tanyakan tentang result temuduga SPA kerana kami sama-sama menghadiri temuduga tu. Sama jawatan tapi berlainan kursus. Keputusan untuk jawatan dia, dah diumumkan. Tapi untuk jawatan aku, belom lagi. Berdebar betul nak tau macamana keputusan nya tu. Kami berdua dari awal lagi kalau ikutkan tak kesah dengan keputusan nya, kerana masing-masing dapat agak keputusan nya macamana nanti. Dan memang untuk tunang Orang Manjung, ramalan nya tepat. Dan ntah-ntah untuk aku pn, macam tu jugak. Huhuhu... Biarla, kalau ada rezeki, terima. Kalau takde rezeki, cuba lagi kan..