small advertisement

Sunday, January 18, 2009

kes-kes yang perlu dirisau

Berdebar-debar plak ati aku ni. Pikirkan hal seminggu ni. Luggage dah kemas. Tapi cukup ke persediaan aku ni. Ataupun ada yang aku terlepas pikir?

Esok malam, flight pukul 11.50 malam, aku dan bonda akan berlepas meninggalkan Malaysia dan menuju ke Korea Selatan. Sebenarnya, kami kena pergi Busan. Tapi ada misunderstood skit, so flight sampai Seoul je.

Masa dapat tahu tu, cuak weh. First time, out of the country tapi dah ada problem menunggu kat sana. Memula tu, ingat nak mintk kompeni book flight dr Seoul ke Busan. Sejam perjalanan dan kos perjalanan untuk aku dan bonda, RM800+ pergi dan balik.

Oh ye, lepas sejam dapat tau pasl misunderstood tu, baru aku lapor kt bonda. And as usual, bonda dah gelabah. Tapi aku bagitau kat bonda, untuk amik subway line dr Seoul ke Busan. Dengan penuh yakin k. Padahal aku dah pening-pening dah ni. Tup-tup, lepas beberapa minit kemudian, bonda sms, 'kita naik bas nk?' Aku dah pelik-pelik dah. Siap bagitau lagi, '5 jam perjalanan. Bole la kita tengok view' Wah semangat rupanya bonda aku ni. Siap buat research.

Itu satu kes. Kes kedua pulak. Aku check kat web tadi, weather kat Busan ngan Seoul berbeza-beza. Maksud aku, kat Busan tu ala-ala panas sket. Tapi kat Seoul nanti, ala-ala snow. Pening aku. Nak bawak winter clothing ke or baju biasa-biasa je. Winter clothing tu dah la tebal gile kalau lipat-lipat masuk dalam luggage. Makan ruang sangat.

So, nak tak nak. Kenala prepare untuk both weather gak. Karang kalau sejuk, tak tercapai nak beli winter clothing kat sana. Mana nak tau, mahal ke apa ke. Ye, aku memang budget k.

Kes ketiga, bole ke aku tahan tak makan nasi untuk 3-4ari ni. Lama weh. Kalau dah perut tu, perut melayu. Memang nak kena cari nasik gak. Angah aku bagi saranan untuk bawak makanan segera banyak-banyak. Tapi larat ke nanti. Roti, maggi cup, maggi cup, roti. Sekali sekali merasa Rendang Ayam brand Ibrahim. (Peket makanan dalam kotak, panaskan ngan air panas, dan terus makan)

Kes keempat, aku ni dihantar untuk tambah pengalaman tentang skop keja aku. Tengok dengan real segala produk yang kompeni aku supply. Dan tau macamana dia punya proses. Masalahnya, aku ni jenis berat mulut nak bertanya. Selalu berlagak macam paham. Mungkin sebab, skop keja aku ni, yang bukan minat sangat nak join.

Kes kelima, yang join untuk meeting ni, orang Itali dan mesti la orang Korea. Aku takut ada hal komunikasi. Aku dengar orang Korea ni, tak brapa mahir dengan bahasa Inggeris lagi-lagi dengan dialek diorang kan. Yang Itali tu pulak, dialek dia pun pekat gak. Aku ni plak, terkontang-kanting nak cakap Inggeris balik. So, macamana ni?

Apahal pun, yang paling penting. Mintak tolong korang doakan aku dan bonda aku ni, selamat pergi dan selamat pulang.

Saspens giler ni!!!!!!

8 comments:

  1. waaa...jelesnye...jelesnye.... nak ikot pergi korea..

    jangan lupa bawak balik pakwe korea ang cun2..hihi

    ReplyDelete
  2. ab geldofg,
    terima kasih untuk doa kamu.

    cujen,
    mmg tringin nk bwk blik pakwe korea. tp ntah diorg tu yg nk ikut atau tk. hehe.

    ReplyDelete
  3. tolong risau nih..


    tapi kalau orng lelaki langkahnya panjang..kalau pompuan x tau la kan.

    nnyway, kalau x paham apa diorang cakap, tgk bawah ok? (dengn hrapan ada subtitle mcm dalam tv)

    ReplyDelete
  4. Mg slmt pegi dan slmt kembali. Sungguh saspen nak bercerita ngan org itali dan korea yg mmg ssh nak phm bhs tu yer, ko belasah je ckp Indon ke, Jepun ke, tak pun ckp Jawa...kakakaka.

    ReplyDelete
  5. wey.. take care eh..
    perghh... sonok siott jln2..
    huhuhuhuh..
    jgn riso sgt, bunda kn ade..
    at least, ko ade sumbodi la kt cc ko..
    xde terkontang knting sorg2..

    ReplyDelete
  6. razor,
    kan bagus klau setiap kali diorg tu ckp ade subtitle. lega sket.

    arween,
    siok-siok jugak. tp seharian ada meeting ngn org sana.

    julietchun,
    tu la aku ingt nk ckp bahasa aku je.nway, thanx for the pray.

    natrah,
    mula-mula bonda tknk ikut. alih-alih aku buat cite psl korean silk, mau lak nk ikut. hahaaa

    ReplyDelete

Hello!