small advertisement

Wednesday, January 14, 2009

denggi

Sejak Ahad lepas, En. HZ kurang sehat. Pada mulanya aku ingat gara-gara En. HZ pergi ke PD pada Sabtu tu. Beraktiviti yang sangat extreme. Berjemur dan bermain bola pantai sehingga sejam dua dan kemudian menyelam-nyelam di laut. Walaupun aku tak ikut, aku dah masak dengan perangai dia.

Hari Isnin tu, En.HZ mula lemah-lemah badan dan mula melawat klinik. Akhirnya diberi cuti sakit selama 2ari. Kemudian En.HZ kata dia mungkin menjadi suspek. Untuk sakit denggi. Aduhai. Mula la En HZ tak lalu makan, tido sepanjang ari, tak bermaya, cakap pun ala-ala mamai.

Semalam, keadaan dia still macam tu. Tido sepanjang ari, tak bermaya,... (sila ulang simptom-simptom di atas). Cuma sesekali aku bertanyakan khabar melalui sms atau panggilan telefon. Semalam pun aku ada hal yang membuatkan aku tak dapat nak jaga dia sepenuhnya (walaupun dari jauh).

Hari ni, pagi-pagi aku dapat sms dr En.HZ. Tengah melawat doktor di klinik. Beberapa minit kemudian, aku dapat sms lagi. Dah dimasukkan dalam wad pemerhatian di Hospital Klang. Memang dapat denggi. Aiihh, risau plak aku. Kat ofis ni, aku nak buat kerja pun tak senang. Bos panggil pun, aku bole buat derk. Pikir pasal En.HZ.

Last-last, aku ym kawan En.HZ untuk tolong jagakan dia bagi pihak aku. Dah macam blur dah nk buat macamana. Nak escape takat 2-3minit bole la tapi kalau nak ponteng keja, memang aku kena pelangkung punya. Keja tengah berlambak-lambak.

Em, sekarang aku dok berpikir-pikir, apa alasan aku patut bagi kat bos kalau aku nak pegi melawat En.HZ. Ada idea tak?

1 comment:

  1. guna la annual leave yg ada.. isk, seb bek cpt detect..

    ReplyDelete

Hello!