small advertisement

Saturday, January 31, 2009

demam o0 demam

Isnin, 26/1:
Tkde mood nak keluar rumah. But terpaksa. Kena ke rumah angah, untuk anta souvenir. Sambil-sambil tu, bole tengok orang TV3 buat shooting kt umah angah. Tapi cite ape eh? Lupa la. Cuma tau, Nabila ade skali.

Selasa, 27/1:
Pun tkde mood nk kluar. Tapi bonda nk window shopping. Kne ikut jugak, temankn bonda. Klau tak, mrajuk nnti. Lagi-lagi, aku ade melarang bonda dari membeli handbag kt Korea aritu.

Rabu, 28/1:
Dh mula kerja. Dh mula sakit tekak. Tghari kluar lunch dengan bos dan collegue dekat Manhattan Fish Market. (Lagi) Pandai sangat pergi order ice lemon tea. Blasah pulak mkn makanan berminyak.

Khamis, 29/1:
Arini sakit tekak, disusuli selsema. Buat keje pun dh gaya cam nak nangis. Syahdu syahdan sudah. Pun blur-blur buat keje. Anta email tapi lupa letak attachment. Dah letak attachment, lupa nk send kt sapa. Aiihhh.. Dan petang tu aku ditimpa ujan, ketika meredah ke kereta.

Jumaat, 30/1:
Selsema aku parah. Batuk mula menyinggah. Kohkohkoh... Tak merdu langsung. Suara pun sudah bertukar menjadi makin sayu. Jadi aku MC!!! Tapi.. Ade tetapinya.. Aku kena anta document kt Petronas, KLCC. Agak-agak nye,klau dh sampai KLCC tu, sehat tak? Sehat woo... Siap beli baju sehelai. Hehe..

Sabtu, 31/1:
Bertekad nak dok umah. Nak rest. Jangan sape-sape ajak aku kluar. Tapi klau takat nak lepak2 makan, ajak la eh. Huahuahuaaa!

Tuesday, January 27, 2009

time keje tkde semester break ke?

Adoi.
Esok kne keje ek?

Aku ingat nk usulkan kertas keje buat semester break bagi pekerja-pekerja yang berdedikasi.

Takkan time jadi student je ade semester break kn?

Monday, January 26, 2009

sronoknya pulang ke umah sendiri

Aku dah balik dari Korea semalam. Nanti bila aku rajin, aku update cite-cite pasal Korea tu dan sedikit gambar di sana.
Sekarang ni, aku nak rehat-rehat jap. [Padahal ada agenda lain, hehe]

Jumpa nanti.

Sunday, January 18, 2009

kes-kes yang perlu dirisau

Berdebar-debar plak ati aku ni. Pikirkan hal seminggu ni. Luggage dah kemas. Tapi cukup ke persediaan aku ni. Ataupun ada yang aku terlepas pikir?

Esok malam, flight pukul 11.50 malam, aku dan bonda akan berlepas meninggalkan Malaysia dan menuju ke Korea Selatan. Sebenarnya, kami kena pergi Busan. Tapi ada misunderstood skit, so flight sampai Seoul je.

Masa dapat tahu tu, cuak weh. First time, out of the country tapi dah ada problem menunggu kat sana. Memula tu, ingat nak mintk kompeni book flight dr Seoul ke Busan. Sejam perjalanan dan kos perjalanan untuk aku dan bonda, RM800+ pergi dan balik.

Oh ye, lepas sejam dapat tau pasl misunderstood tu, baru aku lapor kt bonda. And as usual, bonda dah gelabah. Tapi aku bagitau kat bonda, untuk amik subway line dr Seoul ke Busan. Dengan penuh yakin k. Padahal aku dah pening-pening dah ni. Tup-tup, lepas beberapa minit kemudian, bonda sms, 'kita naik bas nk?' Aku dah pelik-pelik dah. Siap bagitau lagi, '5 jam perjalanan. Bole la kita tengok view' Wah semangat rupanya bonda aku ni. Siap buat research.

Itu satu kes. Kes kedua pulak. Aku check kat web tadi, weather kat Busan ngan Seoul berbeza-beza. Maksud aku, kat Busan tu ala-ala panas sket. Tapi kat Seoul nanti, ala-ala snow. Pening aku. Nak bawak winter clothing ke or baju biasa-biasa je. Winter clothing tu dah la tebal gile kalau lipat-lipat masuk dalam luggage. Makan ruang sangat.

So, nak tak nak. Kenala prepare untuk both weather gak. Karang kalau sejuk, tak tercapai nak beli winter clothing kat sana. Mana nak tau, mahal ke apa ke. Ye, aku memang budget k.

Kes ketiga, bole ke aku tahan tak makan nasi untuk 3-4ari ni. Lama weh. Kalau dah perut tu, perut melayu. Memang nak kena cari nasik gak. Angah aku bagi saranan untuk bawak makanan segera banyak-banyak. Tapi larat ke nanti. Roti, maggi cup, maggi cup, roti. Sekali sekali merasa Rendang Ayam brand Ibrahim. (Peket makanan dalam kotak, panaskan ngan air panas, dan terus makan)

Kes keempat, aku ni dihantar untuk tambah pengalaman tentang skop keja aku. Tengok dengan real segala produk yang kompeni aku supply. Dan tau macamana dia punya proses. Masalahnya, aku ni jenis berat mulut nak bertanya. Selalu berlagak macam paham. Mungkin sebab, skop keja aku ni, yang bukan minat sangat nak join.

Kes kelima, yang join untuk meeting ni, orang Itali dan mesti la orang Korea. Aku takut ada hal komunikasi. Aku dengar orang Korea ni, tak brapa mahir dengan bahasa Inggeris lagi-lagi dengan dialek diorang kan. Yang Itali tu pulak, dialek dia pun pekat gak. Aku ni plak, terkontang-kanting nak cakap Inggeris balik. So, macamana ni?

Apahal pun, yang paling penting. Mintak tolong korang doakan aku dan bonda aku ni, selamat pergi dan selamat pulang.

Saspens giler ni!!!!!!

Wednesday, January 14, 2009

Kenny Rogers Offer

Emm.. Aku tengah cuba boikot barangan US tapi ada je dugaan yang mendatang. Macam tadi pkul 10.51 pagi, aku dapat 1sms from someone. Ada promotion kat Kenny Rogers kononnya. Cam pelik je aku rasa.

HURRY!!
Buy KenNy's quater meal and you will get another quater meal FREE!! Available at all kenNy r0gers r0asters at 15th JANUARY 2009!! We want y0u to be healthy..

Aku pun siap sms balik orang tu, betul ke promotion ni (walaupun takde niat nak makan kat situ). Dia pun balas sms aku.

Yes. 15 january je tau dr 10am hingga 10pm.


Aku rasa penyataan dia betul ni. Memang ada promotion. Aku yakin sangat sebab dia sekarang manager kat salah satu restoran Kenny Rogers kat tgh KL tu. Tapi.... Kalau aku pegi makan kt situ, kiranya dah tolak markah untuk assignment boycott US la kan.

Apesal la, kita ni bergantung harap dengan diorang sangat?

denggi

Sejak Ahad lepas, En. HZ kurang sehat. Pada mulanya aku ingat gara-gara En. HZ pergi ke PD pada Sabtu tu. Beraktiviti yang sangat extreme. Berjemur dan bermain bola pantai sehingga sejam dua dan kemudian menyelam-nyelam di laut. Walaupun aku tak ikut, aku dah masak dengan perangai dia.

Hari Isnin tu, En.HZ mula lemah-lemah badan dan mula melawat klinik. Akhirnya diberi cuti sakit selama 2ari. Kemudian En.HZ kata dia mungkin menjadi suspek. Untuk sakit denggi. Aduhai. Mula la En HZ tak lalu makan, tido sepanjang ari, tak bermaya, cakap pun ala-ala mamai.

Semalam, keadaan dia still macam tu. Tido sepanjang ari, tak bermaya,... (sila ulang simptom-simptom di atas). Cuma sesekali aku bertanyakan khabar melalui sms atau panggilan telefon. Semalam pun aku ada hal yang membuatkan aku tak dapat nak jaga dia sepenuhnya (walaupun dari jauh).

Hari ni, pagi-pagi aku dapat sms dr En.HZ. Tengah melawat doktor di klinik. Beberapa minit kemudian, aku dapat sms lagi. Dah dimasukkan dalam wad pemerhatian di Hospital Klang. Memang dapat denggi. Aiihh, risau plak aku. Kat ofis ni, aku nak buat kerja pun tak senang. Bos panggil pun, aku bole buat derk. Pikir pasal En.HZ.

Last-last, aku ym kawan En.HZ untuk tolong jagakan dia bagi pihak aku. Dah macam blur dah nk buat macamana. Nak escape takat 2-3minit bole la tapi kalau nak ponteng keja, memang aku kena pelangkung punya. Keja tengah berlambak-lambak.

Em, sekarang aku dok berpikir-pikir, apa alasan aku patut bagi kat bos kalau aku nak pegi melawat En.HZ. Ada idea tak?

Sunday, January 11, 2009

emosi

baru aku perasan
sejak bermulanya hari-hari di tahun 2009
entri aku selalu beremosi

aishh
aku kena stabilkan emosi aku ni
kalau tidak
bole dapat darah tinggi woo
takpun heart attack



.
.
.
.
jom jalan-jalan!!

taknak support, tolong dok diam bole?

Aku angin betul kalau ada orang yang tak nak memahami penderitaan rakyat-rakyat Palestin tu.

Lagi-lagi orang tu adalah orang Islam jugak.

Boleh dia komen, 'Biarla diorang tu kat sana. Ala, besar mana je negeri tu. Nak pergi tunjuk perasaan buat pe.'

Orang macam ni, penting diri sendiri je. Sekarang ni takpela, negara kita aman damai.

Kemudian ari, siapa yang tahu. Kan?

Tuesday, January 06, 2009

entri menyampah

dia ni buat-buat tahu ke
or memang bodoh
ataupun
memang tahu
tapi saja buat-buat bodoh

tadi
dia suruh aku chase supplier
tapi
nak chase apanya
kalau pkul 3.30 japgi baru diorang masuk keja
.
.
aishhh
.
.
nak suruh aku call jugak ha-nun-ta-wau kt ofis tu ke
suruh buat keja?
sah-sah
aku sendiri terkujat
kalau ada orang angkat call time tu

em..

wahai bos ku sayang
[yakkss]
nanti tepat jam 4.30
[yang ni aku tipu pasal 'tepat' ni]
supplier akan send documents tu semua
through email

bole tak sabar jap?
.
.
.
em..
.
.
mana aku tau?
aku tau la
dah memang setiap kali aku request
apa-apa document
masa ari sebelum,
dia akan send
keesokkan arinya area pukul 4-5
.
.
.
ha,
kan dah malu sendiri


tu la
lain kali alert!
jangan nak belasah marah je!!
bukannya aku baru keja semalam!!!

.
.
.
.
geram, geram!


Sunday, January 04, 2009

makan malam pertama 2009

THANKS A LOT ENCIK HZ

for our dinner at

MANHATTAN FISH MARKET



sempena my birthday yang hampir sebulan lepas

hehee. sebulan pun sebulan laa....

better than never!~

xxx



p/s: En. HZ, macam mana kita bole lupa nk snap pics dishes td. masing-masing lapar ek?

Thursday, January 01, 2009

perasaan di hari pertama 2009

Entri pertama aku untuk tahun 2009 ialah lirik lagu daripada Linkin Park. Aku tau, lagu ni dah lama dah. Tapi lirik lagu ni ada kena mengena dengan feeling aku arini.

Shadow of the day

I close both locks below the window.
I close both blinds and turn away.
Sometimes solutions aren't so simple.
Sometimes goodbye's the only way.

And the sun will set for you,
The sun will set for you.
And the shadow of the day,
Will embrace the world in grey,
And the sun will set for you.

Pink cards and flowers on your window,
Your friends all plead for you to stay.
Sometimes beginnings aren't so simple.
Sometimes goodbye's the only way.

And the sun will set for you
The sun will set for you
And the shadow of the day
Will embrace the world in grey
And the sun will set for you

And the shadow of the day
Will embrace the world in grey
And the sun will set for you

And the shadow of the day
Will embrace the world in grey
And the sun will set for you