small advertisement

Wednesday, December 17, 2008

mkn roti pun sedap

Tadi pagi, jarum pendek tunjuk di antara jam 8 ngn 9. Jarum panjang plak kt no 9. Ye, lambat sket dr selalu.. Keje? Ye, mestila pegi tapi lambat sket sebab aku kne singgah Menara Petronas jap submit document. Haah, Menara Petronas yang terkenal sebagai KLCC tuu..

Aku sampai-sampai je kt KLCC tu, aku tengok berduyun-duyun orang dok berjalan pergi ke taman. Ramai sungguh, rat rat la jugak. Dalam kepala otak aku ni, dah bermacam-macam teori dah. Alih-alih terlintas satu teori pasal fire drill. Aku rasa betul dah ni. Siap ada air botol berkotak-kotak kat tepi jalan.


Aku dah mati kutu dah. Nak jadi tunggul kat tgh-tgh jalan tu ke atau pun aku join diorg skali berkumpul kat taman. Tah camne, aku join jalan-jalan dan aku lepak je kt tepi taman.

Bomba pun membunyikan siren nya. Nenonenoneno.. Erk, betui ada kebakaran ke. Tapi relax je diorang ni jalan. Siap makan roti bagai. Tup-tup, aku baru perasan. Fire drill tu untuk menara Maxis je. Aisey, buang masa tul aku dok tgk adegan mkn roti tu td. (ye, aku lapa. tk breakfast lg time tu)

Bila aku masuk dalam bangunan KLCC tu, orang dok ramai macam tu gk. Tak sangka aku fire drill bole buat untuk satu menara je. Eh, bukan ke menara maxis tu berkembar dengan KLCC gak ke?

Agaknya kalau ada kebakaran kt KLCC tu betui2, orang yang kt dalam menara maxis dah lari selamatkan diri dah. Orang yang kt dlm KLCC, dok blur-blur je lagi. Ingatkan memain. Boley ke gitu?

3 comments:

  1. teringat tem skolah dulu bile ade latihan fire drill bleh ler lenggang kangkung je masa siren bunyi, tapi bile nampak cikgu disiplin bawak rotan kelam kabut pecut.

    ReplyDelete
  2. aku paling kesian sape yang duk tingkat paling atas kat klcc tu.sempat ke dia turun kebawah kalau betul betul tbakar?hehe...aku dioffer jaga maintenance kat klcc tapi malangnya ketika aku baru btukar kerja di tempat baru.huhu...

    salam kenalan...:)

    ReplyDelete
  3. julietchun,
    aku pun pelakon jugk kt sekolah dulu.dgn kwn2, kaki selalu sakit. tp dpn cikgu, kaki tk sabar2 nk lari 100m.

    suka bebel,
    kalau org biasa,tkde masalahnya nk trun bwh. mahunya org yg luar biasa ni, yg tiba-tiba nk terberanak, uish... pyh woooo!

    salam perkenalan juga.

    ReplyDelete

Hello!