small advertisement

Wednesday, December 31, 2008

berganti

kau begitu berharga untuk ku
kau telah memberikan kegembiraan padaku
kau jua memberikan kesedihan bagiku
aku tak mahu lepaskan kau
aku rasa sangat bahagia tika ini
tapi kau terpaksa tinggalkan aku
membawa diri

patutla kau beriya-iya nak kenalkan aku dengan dia
kau seolah-olah mempromosikan dia padaku
kau juga sanggup kata yang aku lebih baik bersama dia
padahal kau yang aku kenali dulu
bukan dia

tapi aku tahu
aku terpaksa terima hakikat ini
yang kau harus diganti

selamat tinggal 2008
dan selamat datang 2009

semoga kau mampu menceriakan hidup ku
dan memberikan rezeki yang baik kepada ku


Tuesday, December 30, 2008

gembira atau tidak

Kreng,kreng.... Kreng, kreng.

Bunyi telefon kat ofis dok melalak, suruh orang jawab call. Aku tak angkat pun, buat bodo je. Selalunya secretary ofis yang angkat. Aku dok diam je. Kecuali secretary tu ilang je, baru aku tolong angkat.

Berbalik kpd cite td,rupanya bos aku call. (Memang aku dah agak dah) Aku ingat dia cakap ngn secretary sorang je. Tup tup. Secretary tu pass kat aku plak. Aisey, nak bagi keja apa plak nih......

Morning
Dayang, our prinsipal will be.............................. (Bla, bla, bla)
(Bla, bla, bla) .......................
Ok. Yes..
(Bla, bla, bla) .......................

So I will send you to Korea to join them.

Erk...~ Biar betui. Aku mane penah pi oversea. Takat Langkawi ngan Penang tu ada la. (Eh, over the sea gak pe) Adoi....

Dayang, ok tak?
Aaaaaaaaaa, ok kot. Erk. Hehee.

Tu je response aku masa tu. Tah nak response macam mana lagi dah. Pasport tkde lagi ni. Sana tgh musim sejuk. Baju tebal apa pun tadak. Duit nk blanje mcmana ni. Aku pi sorang je ke??

Haaaa, aku pi sorang??????? Join orang Italy plak tu??? Erk..

Bole ke ni??


P/s: Bole bawak bonda or En. HZ tak?


;)

Friday, December 26, 2008

bila laki suka dgn pompuan

Member aku cite, yang ada sorang budak ni, dah timbulkan satu istilah baru. Ok, ok. Sebelum tu, aku bagi senario untuk korang pikir-pikir kan. [Tak sure pun senario ke ape, tapi layan je la ek]

Kalau jantan suka sama jantan, kita panggil geng-geng macam ni golongan gay. Betul tak?

Yang pompuan suka sama pompuan plak, kita panggil diorang ni spesis lesbian kn. Kan, kan? [Sambil angkat kening]

So kalau kita ni, yang pompuan suka dan sayang dekat laki, yang laki ni pun suka dan sayang kat pompuan tu, kita panggil kita ni golongan ape ek?

Kalau aku la, aku jawab. Golongan normal. Golongan apa lagi kan.

Tapi dengan EQ & IQ yang hebat dari budak itu, dia telah menimbulkan satu istilah baru dalam dunia aku.

Korang nk tau jawapannya??

Ala pikir la weh..

Ok, ok... Aku bagi jawapan dia k.

Istilah untuk golongan lelaki suka pompuan, pompuan suka laki ini dipanggil golongan........

.....

....

...

..

.

Gay
bian.

Bole terima tak jawapan tu kawan-kawan? Hehee. Terima ajela ye~


P/s: Mcm bunyi amphibian pun ade. Adoi, budak-budak zaman sekarang. Macam-macam idea diorang. Ni yang orang kata kreatif dan inovatif ni. ;)

Kondisi diri aku: Belom stabil. Masih weng! Perasaan yang masih berterabur. [Tolong kutipkan bole tak?] Adoi........~

P/s No 2: Sebab tu, olahan cite aku ni berterabur banyak. Maafkan ku ye!~

wishlist

Aku tak cuti arini. Bos aku ingin open ofis tatkala bangunan ni tengah sunyi kononnya. Ye, sangat gembira [baca: bosan]. Aku suka dengan cadangan bos aku tu. Terasa la kan bangunan ni mcm kami yang punya. Oleh itu, aku dah mula atur plan untuk arini.

Aku ingat aku nak tolong kemas-kemas bilik blakang tu. Bilik blakang tu bole dikatakan cam bilik stor la jugak. Pape je, sumbat situ.Padahal asal usul, meeting room untuk client. Tapi sekarang, jumpa client kt pantri je. Lantakla. Bos aku memang suka lepak pantri.

Then aku ingat nak susun-susun file yang berlambak tu. Dokumen pun dah bercampur aduk. Dokumen client A ade kt file client B. Camtu la lebih kurang. Meja aku ni pun, nk kena kemas apa yang patut. Tengok meja aku memang cun, tapi kalau ade yang dah tak pakai, kasik buang je la kan.

Lagi, nak kena call courier service. Nak courier 2-3 dokumen. Nak kena call client, tnye pasal kick off meeting tu nk held bile. Haa, menatang ape kick off meeting tu. Aku first time dijemput. So mne la nk tau sgt. Heheee..

By the way, since pagi tadi aku dengar topik arini kat Hot.Fm pasal checklist yang tak kesampaian untuk tahun 2008, aku rasa cm banyak jugak. Erk, nak tau ke. Weh, malu arr... Sebab ada tu, mmg tkleh nak achieve lagi dah. Takpela, aku list kan apa yang aku achieve tahun ni walaupun ade yang tkde dalam checklist sebenar.
  • Grad+berkonvo bersama kawan-kawan - Walaupun, FYP aku tak meet objective. Failure.
  • Stay kt KL dengan bonda - Setelah 5tahun dok kt negeri-negeri utara
  • Dapat keje lepas 1st intebiu. - Aku tk prepare pape. By dat time, aku tk confident untuk dapat keje ksebab pikir pointer tak brapa memuaskan.
  • Dapat offer keje lagi lpas dh keje - Saje pi test power kt subang. [time dh keje 4bulan kt sini]
  • Kete - Bole kira bape kali aku bwk kete ni sbb aku beli, bonda yang pakai. [tkde dlm checklist]
  • Credit card - Tah la ni satu kejayaan ke ape. But, aku swipe+sign untuk bonda. Then bonda bayar. Huhu [Pun tkde dlm checklist]
  • Put on weight - Bertambah dari 45kg ke 49kg tapi perot plak cm buncit sket. adeh~
  • Snap pic whole family together
Ni plak harapan aku untuk tahun 2009.
  • Increment atau/dan bonus yang best sempena sale yang aku buat
  • Intebiu dgn gomen lulus, seterusnya diserapkan dalam gomen - Aku dah dapat offer intebiu untk post yg aku minat. Doakan semoga aku dapat ek.
  • Decrease amount loan PTPTN - biarla berkurang serib dua
  • Maintain current weight, perot tknk buncit - Kurus sgt pun mcm tk bape cun. Ahaks
  • Relationship among family members erat - Tkmau masam-masam muka lagi. Cepat tua.
  • Segala urusan dipermudahkan+ dimurahkan rezeki
  • Tknk terjebak dgn anasir-anasir tidak baik
  • Savings biar kencang sket
  • Tenang+gembira+ceria - Tkmau sedih-sedih. Buang masa jerk~
Dah dah la kot. Banyak-banyak pun,kalau setakat wishlist tapi tkde pape tindakan, tak jadi jugak kan. Emm.. Ye aku tau. Entri kali ni sedikit berterabur [ye, bukan sikit tapi banyak]. Tapi macam ni la entri nye kalau sekadar untuk luahkan perasaan yg dicelah-celah hati tu.

Erk. Tak paham? Tak paham tkpela. Aku pun tengah 'weng' sket ni. Huhuu~

Monday, December 22, 2008

nk cuti jumaat ni

Syoknya kalau ofis tutup jumaat ni. Bole merasa nak cuti panjang sket. Tapi elok la aku cadangkan suh tutup je ofis jumaat ni. Memandangkan tinggal 2 org je yg keje. Lain-lain dah cuti dah jumaat ni.

Mood cuti-cutian + mood tk hingin buat keje pun dah menjelma. Orang lain sibuk cuti, dr 25hb ni sampai la 4hb Jan. Dekat-dekat 2minggu tu. Aku ni plak terkial-kial keje. Kn, kn? (Padan muka aku cuti dh abis)

Lagipun aku rasa... Aku rasa laaa... Company yang omputih handle, sah-sah cuti time jumaat ni. Tkde maknanya klau dtg ofis stakat nk tunggu fon call dari tah sape-sape kn. Ataupun dtg ofis untuk dengar bos nyembang.

Baik aku layan online dekat umah. Bole minum-minum, makan-makan. Tekun membaca blog orang tanpa gangguan. Tkde orang nak kacau dengan hal-hal bini diorang. Apa, korg ingt aku ni kaunselor part time ke?

Ye, aku tau. Aku ni pendengar yang baik. Bape kali tah, korang puji aku. Tapi kan, jauh di sudut ati aku ni, aku rasa ko ni orang yang kejam. Mintak aku bagi nasihat yang bukan-bukan. Bila aku bagi nasihat yang baik, tknak plak dengar. Kang aku sekeh kang. Baru tau.

Erk.

Dah terkeluar topik.

Ampun ye para pembaca.

Emosi plak aku bila tau gaji aku lambat kali ni. Padahal aku dah berangan plan macam-macam untuk cuti minggu ni. Kijam nye bos!!!~

Aku nak mogok lagi minggu ni.
Cuti ngn gaji nye pasal.

Ko tengok la nanti...

.
.
.
.
.
.
.
.

Haha. Macam berani sangat.

Saturday, December 20, 2008

jom jawab tag Yani

Semalam aku kne tag dgn kawan blogger ku, yani. Tapi tak berapa nak paham sgt soklan kt bawah ni. So aku jawab mcmane yang aku phm ek. hehe~

1.What is the relationship of you and him/her?
Blogger friend

2. Your 5 impressions towards him/her.
I thinks she cute, humble, kind, friendly, approachable person

3. The most memorable things he/she had done for you.
Accept me as her friend

4. The most memorable things he/she have said to you?
iii...salam perkenalan

5. If he/she become your lover, you will...
erk, no laaaa..

6. If he/she become your enemy, you will..
ntah, tak pikir pape pun lagi

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
aiyoo, cannot be laaa

8. If he/she become your enemy, the reason is...
one of us not respect to each other... [kot]

9. The most desirable thing to do on him/her is?
erk.....

10. The overall impression of him/her is...
friendly

11. How do you think the people around you will feel about you?
unpredictable but smile a lot

12. The character of you for yourself is?
being cool [hahahaaaa]

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
moody dan suka menyendiri [bonda slalu complain]

14. The most ideal person that you wanna be is?
mampu bagi komitmen sepenuhnya untuk segala tanggungjawab

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
walaupun aku ni diam je, tak bermakna aku tak suka korang

16. Ten people to tag:

1-ami 2-orang manjung 3- shena 4-azie 5-zaim 6-natashah 7-linie 8-teekay 9-yanti ghani
10. sesiapa yang membaca tag ni dan nak menjawabnya

(If u all bz...tak jwb pun takper k..)

17. Who is no. 2 having a relationship with?
encik Yazid

18. Is no. 3 a male or a female?
female. dh anak satu dah

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
erk. no 7 dh berpunya dah

20. How about no. 5 and 8?
masing2 dh berpunya kot

21. What is no. 1 studying about?
electrical engineering

22. Is no. 4 single?
single but not available

23. Say something about no. 6
no 6 ngn no 7 tu couple cam sehati berdansa tu. [hehehee]

Friday, December 19, 2008

aku suka!!!!

BOS AKU KELUAR JENJALAN SEPANJANG ARI

so, aku sangat suka. tapi nak buat apa ye?
blogging? friendster? make call? ngumpat?

eerk..... emm...

tapi kalau pegi shopping, lagi best kn?

ngeeeee~


p/s: tkde duit pun, sanggup gk pegi shopping ek =D

Thursday, December 18, 2008

edisi mengumpat

Aku nak mengumpat. Nak mengata sket-sket. Pun nak adu sket-sket. Erk, kalau rasa cam tk suke nk bersubahat, sila abaikan entri ni k. Buat tak nampak je.

Aku nak mengumpat ni. Series. Tak tahan dah ni. (Nk ngumpat pun siap bgtau dulu) Ok, ok. Yang aku nak cite ni psl sorang laki. Tapi suke buat perangai tonggeng-tonggeng kan bontot. Tak sesuai k. Tolong la............ Agaknya sebab tu bontot pun tonggek sket kot. Series!!

Laki yang sama, tapi suka sangat menyembang. Tak larat aku nak dengar dia nya sembang. Bole pitam wey. Lariiiiik!

Sembang punya sembang, bole sambung kt telefon. Nasib aku tak kena lagi.

Haa tapi... Ada tapi ye. Bila menyembang, ko jangan la berharap nak sampuk apa yang dia sembang. Berangan la. Kalau dia tanya, what is ur opinion? Korang jangan la bagi pendapat yang bukan-bukan. Bagi pendapat yang relevan je. Yang sedapkan ati dia. Kalau tak... Em, sentapla dia ngan korang.

Apa je yang dia tnya, korang pun jangan memandai-mandai nak jawab. Jangan tunjuk kebolehan yang ada. Jawab ya atau tak je. Sebabnya, once dia tau korang ade kebolehan, merasa la korang jadi mangsa keadaan selepas itu. Contoh: Jangan memandai kata tau psl komputer ke, nk repair cooler ke. Nanti dia tak panggil technician. Tapi dia panggil korang je.

Pasal bab menyembang ni, topik kegemaran dia ialah pasal bini dia. Pergh, favourite. Bukan memuji bini, tapi kutuk bini. Apa punya laki daaa...

Dia juga sangat berbangga dengan perkara-perkara tak elok (bagi aku la tak elok, bg orang myb normal kot) yang penah dia buat zaman muda-muda dulu. Zaman tak kawen lagi. Tapi sekarang pun apa kurangnya.

Riak. Eh, sama je ngan kes bangga tu kan. Riak dengan segala kejayaan.

Erk, aku ni mengumpat ke. Listkan keburukan laki tu eh. Hahahaaa.. Betapa aku tak sukenya laki ni. Tapi nak buat cmne. Terpaksa la aku reda jugak. Nape reda?

Baca bawah ni. Belek betul-betul. Korang mesti tak caya.






























































































Laki itu ialah bos aku sendiri.

P/s: Hebat aku ni. Kutuk secara terbuka. Mau nya dia terlayan entri ni, mampus aku. La tu gak dia cakap.....

U're FIRED!!!!!!!
=p

Wednesday, December 17, 2008

mkn roti pun sedap

Tadi pagi, jarum pendek tunjuk di antara jam 8 ngn 9. Jarum panjang plak kt no 9. Ye, lambat sket dr selalu.. Keje? Ye, mestila pegi tapi lambat sket sebab aku kne singgah Menara Petronas jap submit document. Haah, Menara Petronas yang terkenal sebagai KLCC tuu..

Aku sampai-sampai je kt KLCC tu, aku tengok berduyun-duyun orang dok berjalan pergi ke taman. Ramai sungguh, rat rat la jugak. Dalam kepala otak aku ni, dah bermacam-macam teori dah. Alih-alih terlintas satu teori pasal fire drill. Aku rasa betul dah ni. Siap ada air botol berkotak-kotak kat tepi jalan.


Aku dah mati kutu dah. Nak jadi tunggul kat tgh-tgh jalan tu ke atau pun aku join diorg skali berkumpul kat taman. Tah camne, aku join jalan-jalan dan aku lepak je kt tepi taman.

Bomba pun membunyikan siren nya. Nenonenoneno.. Erk, betui ada kebakaran ke. Tapi relax je diorang ni jalan. Siap makan roti bagai. Tup-tup, aku baru perasan. Fire drill tu untuk menara Maxis je. Aisey, buang masa tul aku dok tgk adegan mkn roti tu td. (ye, aku lapa. tk breakfast lg time tu)

Bila aku masuk dalam bangunan KLCC tu, orang dok ramai macam tu gk. Tak sangka aku fire drill bole buat untuk satu menara je. Eh, bukan ke menara maxis tu berkembar dengan KLCC gak ke?

Agaknya kalau ada kebakaran kt KLCC tu betui2, orang yang kt dalam menara maxis dah lari selamatkan diri dah. Orang yang kt dlm KLCC, dok blur-blur je lagi. Ingatkan memain. Boley ke gitu?

Tuesday, December 16, 2008

makcik cleaner nak jadi director filem,bole tk?

Seorang wanita India dok intai-intai kat muka pintu ofis aku. Muka cam nak mencuri. Tapi aku tau, dia tengah intai, tgk bos aku tu ade ke tidak.

Aku pun bukak kn pintu untuk dia. Oh ye, pintu ofis aku tu sentiasa berkunci dan kne bukak secara manual. Tkde punat atau remote yg bole bukak dari jauh. Ofis tak canggih ok. Punch card pun tkde. Oops, ape plak aku nk cite sbnrnya ni....

Bos tkde la Fatima.
Ya ka?? Horeyyy!!! Amboi, suka sungguh aih. Oh ye, makcik F ni cleaner yang datang mengemas kt ofis aku ni, 2 kali seminggu.

CLICK!! Baru sebut kata tkde, tup tup dh masuk. Bukan kata makcik F je tk suke bos aku ni ade, aku pun sekali.

Fatima! Apa crita? Sapa bos aku kt makcik F ni.
Itu hali....... Makcik F membuka crita. Bos aku ni suka sangat dengar crita. Mengalahkan orang pompuan yang dicop busy body. Series!

Ntah ape tah yang makcik F ni crita. Tapi bos aku kemain suka. Gelak terkekeh-kekeh. Nyampah pun ada.

Tah camne, bos aku keluar jap. Ade hal ape tah. Aku pun tnya kt makcik F ni, crita apa yang best sgt tu. Mcm crita kt panggung lagaknye.

Sekali dia cakap, Itu celita saya suka-suka buat. Bagi itu bos, ati suka juga.
Adeh, macam tu pun bole eh. Pesal la makcik F tu susah payah bikin crita untuk bos. Bukannya bos aku kasi gaji extra pun. Increment pun hampeh.

Macam-macam pesen la orang kt dunia ni.

Nota: makcik F ni India tp nama ja cm malay sket.
Nota2: makcik F buat crita sbb tkmau bos aku ni kacau dia buat keja.
Nota3: Bos. F nk buat keja ni. Jangan kacau bole? Cakap dlm ati je. Aku tak rajin nk campur hal org ni. Hehee

rindu untuk cubit

Encik Beruang Nakal.
Sila pulang ke bandar secepat mungkin.
Kekasihmu ini merindui kamu.
Rindu sangat.

Cepat pulang.
Melayani kerenah dirinya.
Cepat pulang.
Hiburkan hatinya.

Walaupun dia selalu berkecil hati dengan diri mu.
Tapi hanya kamu yang dia rindui.


Cepat pulang ye.


Dia...
Dia tak sabar nak cubit kamu sebenarnya.
Ye.
Dia rindu untuk cubit isi-isi kamu yang gebu itu.

P/s: Sape suruh kamu tu comel sangat di mata dia. Kn slalu kne cubit... =p

Monday, December 15, 2008

penghujung november (2)

Beriya kononnya aku nak cite pasal aktiviti aku aritu. Tapi tak tercerita lagi sampai ke saat ni. Ok,ok.

Aritu former housemate aku kt kolej aritu, turun KL. Aku describe dulu pasal diorg ni.

Nama: Ami Terbolah (Bukan nama sebenar)
Asal: Kelantan.
Sebab datang KL: Ade hal famili dan jumpa aku+Limau Kasturi

Nama:Limau Kasturi (Pun bukan nama sebenar)
Asal: Currently keje kt Ipoh tapi Johorian
Sebab datang KL: Nk jumpa aku ngn Ami Terbolah sambil-sambil shopping spree

Mula-mula, aku pegi pick up Limau Kasturi kat Puduraya, dalam pkul11 cmtu. Pastu kami naik train, blik umh aku. Nk letak beg. Pdhal bukn beg besar pun. Juz nak tambah kekosongan tangan untuk membawa beg shopping. Hehe.

Alih-alih sampai umah, pintu papan terkunci. Lupa mau pesan kt housemate aku tu. So kami pun pergila Jusco. Yang tak berapa jauh dr umah. Lunch jap. Pastu bonda aku kutip kami berdua dan anta kami kt Times Square. Bagus tul la bonda aku bab-bab anta ni. Rajin!!!

Sampai kat Times Square dalam seminit dua, aku decide untuk bawak Limau gi Sg Wang. Dah alang-alang nk merayau kan. Masuk2 je, singgah kedai SEED. Dah pun start shopping. Wow. Pantas. =P

Tapi Limau tak selesa dengan suasana Sg Wang tu. Crowded sangat! So kami beralih arah ke Times Square balik. Pusing punya pusing. Sampai penat la. Singgah minum jap kt Aunty Anne tu. Pastu pusing lagi. Sementara tu, kami dok tunggu Terbolah ni datang. Tapi tk sampai2.

Pastu dah lewat petang, barula si Terbolah ni sampai ngn adiknye. Pegila mkn kt tpt fav kami dua, Sushi King. Oh ye, officially jadi tpt fav selepas 1st time mkn kt situ,tp masa tu kat Penang la. Bole gitu? Ala cm McD la jugk. Merata-rata ade.

Mkn punya mkn. Aku dh penat dh time tu. Tk larat. So aku byk diam je. Tapi Limau ngn Terbolah, still lagi rancak bcerite. Lepak-lepak layan gamba jap, sambil layan minum teh ijo jap.

Pastu pusing2 jap. Lepak plak kt Aunty Anne.. Lagi. Aku tk mkn. Still kenyang. Diorg mkn roti dengan penuh semangat dan sembang2 lg. Then, start adegan tangkap gambar blatar belakangkan pokok Fir (Krismas kn).

Time tu kt 1st floor. Trun plak kt bwh. Snap lagi. Masa tu plak, ade pelancaran Mega Sale. Snap lagi. Alih2 dah pkul10 lebih ke dekt2 kul11 dh.

Blik umh jap. Rest. Pastu dlm kul12, send plak Terbolah ngn adiknya ke Menara Duta plak. Lpas anta, pusing2 ngn Limau kt dlm KL. Hajat nk tengok nyah. Tapi cuti kot. Hehee.

Smpai umah kul1 lebih. Tapi aku tdo kul bape tau? Kul3. Sebab kul2 cmtu, bonda plak ajak sembang. Wah2....... Penat. Bangun awal, tdo bukn main lambat. Tapi tkleh lawan Terbolah nye time tido arr.. Hehee....

Untuk next day, sambung ari lain. Tk larat taip. Ngeeeeeeeeeeeeeeee~

P/s: Cite aku ni mcm tkde kemuncak, tkde penamat. Memang laaa.... Taip pun kelam kabut. Buat keje mencuri taip time kije. Padaaaannn!

Sunday, December 14, 2008

no title needed




i need someone to talk with


*sad*


*lonely*


why i feel those feeling now?


oh Tuhan, kau jauhkan la segala perasaan negatif dari fikiran dan hati ku ini

*amin*

Friday, December 12, 2008

ucapan susulan

11/12/2008, Lunch time: Linie - Happy belated birthday [Lunch same2]
After office hour: Kavita - Dayang, happy belated birthday to u.

12/12/2008, 9.30am: Kasturi - Mezaaaa!!!!!! Happy belated birthday. So sorry. [Via Phone]

Dah terlepas pun, masih dpt wishes dr korang. Aku masih terharu. Yelah, kalau dah terlepas, tak wish pun aku dah tak kesah. Nway, thanx again frenz!!!!


P/s: Bos aku nampak aku dpt bunga aritu. Tau pun birthday aku. Tapi sampai la ni, tk wish2. Tkde perasaan gamaknya. Wonderingif his daughter feel the same?

Wednesday, December 10, 2008

perang ucapan

Tepat jam 12 tghmalam 10 DIS, bermulanya perang ucapan...

12.00am: Mr. HZ - Selamat hari jadi sayang. Semoga sayang happy selalu, dilimpahkan rezeki, sentiasa cantik dan comel, ...... (bla, bla, bla) [Via phone]

12.06am: Farah Hanan - Allo ma fren slamat ari tue. Br msk 23taun.Smoga drahmati slalu,mrh rezeki n gj masyuk leh blanje ak nnt.nway welcme 2 da club erk.lmbt bnr ko join tgk ak bln 3 da join da. [Via SMS]

12.08am: Zahril - Now dh 10 dec.. Well.. Happy 23 birthday my dear sis.. Now u r big gurl.. May Allah bless u now, 2row n 4ever.. [Via SMS]

12.25am: Afiq - Slm..SLAMAT MNYAMBUT HARI RAYA QARBAN N HAPPY BIRTHDAY TO miza -=;) afiq doa kan miza bhgia,pnjang umur n murah rezki [Via SMS]

7.54am: Natrah - Meza, happy burfday! [Via SMS]

8.46am: Bonda - Happy Birthday kak. Sori td tk ingat. [Via SMS]

10.20am: Shashi - Now I can wish U. Here is for u. [Kt ofis]



*Flowers from Shashi*

12.05pm: Syuk - Kak, jangan marah tau. Nak cakap satu bende ni. Dengar ni kak. Hepi beday kak! Selamat panjang umur!.... (bla, bla,bla) [Via phone]

6.29pm: Natashah - Wah, siap ade bunga lagi ni. Happy beday. [Berselisih masa nak balik keje]

7.43pm: Ami Nurul - Happy birthday to u, Happy birthday to u, Happy birthday to meza, Happy birthday to u. ...... (bla, bla, bla) [Via phone- nyanyian yang penuh keceriaan]

7.50pm: Tok & Wan (Nenda) - Selamat hari jadi. Baru teringat............... (bla, bla, bla) [Via phone]

9.50pm: totoindustry - selamat menyambut hari ulangtahun melawat bumi kali ke 23 [Via YM]

10.50pm: Huda - meza!!!! selamat hari jadi... semoga panjang umur murah rezeki... sory la.. alaun da hbs.. x bleh bg hadiah.. hehehehe [Via YM]

11.05pm: Didie - yo my dear. hepi besday [Via YM]

11.58pm: Suley - Hye meza..hepi buffday..moga pnjg umur n mrh rezki [Via SMS]



Ucapan-ucapan di atas tu, ada yang aku edit, ade gak yang aku lupa apa yang diorang cakap. Maafla ye. Hehee. Tapi arini aku tak celebrate pun sebab sibuk. Mungkin aku postpone ke ari minggu kot. =P

P/s: Terima kasih wahai kawan-kawan yang ucap selamat kat aku ari ni. Aku terharu bila korang ingat hari jadi aku ni. Serius!!!!

Tuesday, December 09, 2008

ponteng lagi

Aku ponteng kerja lagi.
Untuk meluangkan masa bersama nenda tersayang.
Hehee.
Dan musibahnya, hari ni, 3-4 kali officemate aku call. Tanya pasal keja yang aku pass dekat diorang tu.
Bos aku pun apa kurangnya, 2 kali call aku.
Sekali, tanya tentang kat mana aku locate file client yang sorang tu.
Sekali lagi, call cuma nak bagitau yang aku dapat extension date untuk kerja yang aku dah siapkan.
Aku rasa cam orang penting je arini.



Penting ke?





He He He...



P/s: Selamat Menyambut Hari Raya Qurban!!!~
P/s Orang Manjung: Selamat bertunang. Selamat berseri... Wey, pinjam pakai sat cincin diamond. Nk amik aura. =P

Wednesday, December 03, 2008

penghujung november

Nanti aku ceritakan pasal aktiviti aku pada tarikh di ni. Tapi aku rasa korang semua pun dapat agak apa aktiviti aku berdasarkan gambar di bawah ni. Hehee~ Cuma korang tak dapat agak, dengan siapa yang aku keluar aritu. Jeng-jeng-jeng. Tungguuuuuuuuuuuuu......

Aktiviti pada 29 November 2008



Aktiviti pada 30 November 2008



Antara barangan yang aku shopping sempena kempen Malaysia Savings Sale





P/s: Total belanjawan bagi keempat-empat barangan di atas RM111. Percaya tak? =P