small advertisement

Saturday, November 15, 2008

chatting yang merapatkan aku dan dia

Suatu malam, ketika aku masih belajar di salah sebuah matrikulasi, kawan baik ku,F pada masa tu, ajak aku ke CC (cyber cafe) kat bawah kompel kami. (Kompel tu merujuk kepada kolej kediaman) Kami memang rajin ke CC. Bole dikatakan seminggu tu 2-3kali la jugak. Yelah, dah itu je salah satu hiburan yang kami ada. Manala kami nak bole keluar merayau kat luar matrikulasi. Peraturan macam peraturan di sekolah berasrama. Ada warden tu semua. Lagipun, kami ni tak pandai pasang strategi nak escape dari asrama ni.

Dah, dah.... Jangan nak merapu.. Kembali ke cite asal.

Ok, ok. Kami pun pegi la CC tu. Brother tu pun kasi la pakai PC sorang satu. Buat pe nak share share. Kami mampu la... Heh! Kemudian, masing-masing buat hal sendiri. Ko check email ke, bukak gambar lucah ke, memang aku tak amik tau. Macam tu gk si F ni. Tapi biasala adegan terjerit-jerit. Seolah-olah CC tu macam umah sendiri.

Weh, ko masuk room mana?... Aku
Aku masuk room *****.... F (sebenarnye aku tk ingat pun dia cakap masuk room mana)

Eh, jangan salah faham. Ni cite pasal room kt MIRC tu aka channel. Lepas tu apa dialog seterusnya memang aku tak ingat. Dan aku ni memang cepat lupa. Tapi kami selalu lepak dekat channel sekolah kami. Kadang-kadang letak nick je kat situ. Oh ye, kami dulu belajar satu sekolah berasrama. Cuma aku outsider sejati, dia plak insider sejati.

Ntah macam mana, aku terperasan satu nick dekat channel sekolah aku tu. Dalam hati aku, apa mimpi agaknya, tetiba mamat ni online. Jarang tengok dia online. Aku pun tego la mamat tu. Memandangkan aku takde teman untuk berbual.

Aku: Hai
Mamat: Hai
Aku: Kenal aku tk?
Mamat: Ni sape?
Aku: Takkan tak kenal kot.
Mamat: Yelah, ni sape. Aku tak penah tengok nick ko pun.
Aku: Akula. Assistant ko. Kat kelab penyelenggaraan dulu.
Mamat: Ha. D***** H****** bt J*****

Pergh, dia ingat nama aku. Siap ngan binti. Ooops, aku rasa la dia taip skali ngn binti. Tak ingat sangat. Huhuu.. Tapi pehal pun, aku tersangat teruja bila dia eja nama aku dengan perfect skali. Jarang orang spell nama aku dengan sempurna macam tu. Lagi-lagi yang tak rapat kan. Mesti nak tertuka tempat R dengan M. Oh ye, bermula saat itu, kami berdua rapat. Dan lebih kurang dua bulan kemudian, kami pun couple sampai la sekarang ni.

Ye, aku tengah bercerita pasal En. HZ. Nanti kalau aku rajin, aku cerita tentang saat-saat nak berjumpa kali pertama dengan En. HZ dekat sekolah. Ye, kat sekolah. Bukan kat matrik. Kenangan dekat sekolah plak. Rindunya kat sekolah dulu.

Info: Mlm tu, F pun ade chat dengan kawan En. HZ, Am*n. Kawan sekolah kami jugak. Kiranya kami berempat sekolah bersama. Tapi hubungan diorang setakat malam tu je. Tak berpanjangan. Sekarang Am*n ade awek dekat UiTM. F plak single sekarang ni. Ada sape-sape nak adjust F?

P/s: Aku ingat-ingat lupa dialog chatting tu. Tapi lebih kurang macam tu la. Nobody is perfect, kn?

No comments:

Post a Comment

Hello!