small advertisement

Monday, October 20, 2008

kejadian demi kejadian

Kejadian 1:
Isnin lepas, aku ponteng kerja. Alasan, period pain. Aku pun melawat Doktor untuk dapatkan surat MC dan ubat. Balik umah, layan baca paper dan tunggu petang untuk ambil bonda pulang rumah pula.
Sebab ponteng: Malas nak ngadap bos.

Kejadian 2:
Selasa, aku ponteng lagi. Ambil EL pulak. Malas nak melawat Doktor tu lagi.
Sebab ponteng: Bonda pun ponteng jugak. Tapi bonda ada hal kt town. Aku temankan je.

Kejadian 3:
Rabu, aku bagi small presentation untuk salah satu prinsipal di tempat aku kerja. Tapi slide show aku tinggalkan di rumah. Aku mintak tempoh sehari. Tapi... Dah tentu aku tak dapat peluang tu. Maka aku persembahkan dengan begitu mengancam (Baca: Hampeh). Rakan sekerja memuji tapi aku langsung tak termakan puji-puji itu. Ianya sekadar kata-kata untuk memikat hatiku yang tengah geram dan merah (Baca: marah).

Walau bagaimana pun, aku ditinggalkan untuk menjaga pejabat seorang diri selepas bos aku ingin ke bandar untuk membayar bil telefon peribadi. Ya, dia bawa konconya bersama.

Kejadian 4:
Khamis, aku dilayani dengan agak sopan arini. Tidak ada lagi peristiwa mendengar cerita peribadi. Aku suka!

Kejadian 5:
Konconya cuti. MC. Bos suruh buat kerja sikit lalu bos aku pun halau aku balik pada jam 11 pagi.
Alasan halau yang palsu: Tiada kerja di pejabat. Kalau ada pun, sambung Isnin depan.
Alasan halau yang sebenar: Bini bos aku datang ofis. Dengar cerita, kuat cemburu. Jom kita elak.
Dengan itu, aku pun pergi dating bersama En HZ. Hahahaa

Kejadian 6:
Aku pergi dating lagi dengan En HZ. Petang tu pulak, keluar dating bersama bonda. Masing-masing membeli sepasang sandal bertumit wedges. Caaaaantiiikkkkkk! (Baca: Cantikla sangat!!)

Kejadian 7:
Ahad, kawan bonda memberi bantuan kewangan berbentuk buku kepada ku. Dia suruh aku jual buku-buku nya. Untung nanti, kira kemudian. Ada untung ke nanti?

Petang, menziarah keluarga nenda ku. Melayan kerenah sepupu ku yang berumur hampir 4tahun. [Penat seh layan sembang ngan dak kecik]

Kejadian 8:
Isnin, macam pertama kali dalam sepanjang aku kerja di situ, aku bagi lebih 80% tenaga dan usaha aku untuk syarikat. Bos pun dah mula mintak kerja-kerja disiapkan dengan cepat. Betul-betul terasa tekanan bekerja. Selama ni, berehat saja. Serius!
Petang, bini bos datang lagi. Tak ada pula bos aku halau balik. Tapi, bos aku bagus betul. Maklumla takkan la nak cerita hal peribadi di depan isterinya tu. Aku suka lagi.

Kejadian 9:
Selasa, iaitu esok {21/10/2008}. Pagi-pagi lagi, aku kena melawat menara berkembar di bandar, untuk menghantar dokumen. Jadi, marila kita window shopping lepas anta dokumen tu. Huhuhuu~









Ntah apa-apa entri kali ni. Gasak la kejadian oi....!

1 comment:

  1. waaaa. Byk nye crite yg abg dah terlepas dengar n pandang. Sory eh DeAr. Im soo busy right now. Take a good care ya.

    ReplyDelete

Hello!