small advertisement

Tuesday, October 21, 2008

kejadian demi kejadian: siri 2

Kejadian 10:
Pagi-pagi lagi dah melawat menara berkembar untuk hantar dokumen. Dah nama pun pagi, tak sempat pun nak window shopping memandangkan kedai pun tak bukak lagi. Kedai yang jual makan pagi je yang dah bukak. Tapi berangan la nak makan. Mahal beb. Bole buat modal makan nasi lemak RM1 berkali-kali.

Sampai pejabat jam11. Terus aku buat-buat sibuk dengan kerja yang ada. Sebab? Bos aku dah masuk. Amboi, awalnya masuk arini. Ada pape ke?
Ye, dah boleh collect gaji dah. Orang pertama yang collect gaji, mesti la dia. Nama je bos, tapi modal sentiasa tak cukup. [Versi mengumpat di sini, hehee]

Jam3. Bos dah keluar pejabat. Agaknya ke mana la tu. Pada fikiran aku, nak menabur duit dekat dot.dot.dot. Huhuhuuu. Selalunya dia yang paling lambat balik/keluar pejabat. Sungguh!

Tapi aku masih suka. Lagi! Kerana aku diperlakukan sebagai seorang pekerja biasa. Bukan teman mendengar luahan. Lega nya......!

No comments:

Post a Comment

Hello!