small advertisement

Wednesday, October 29, 2008

minggu akhir oktober

Minggu ni, aku berseorangan di pejabat. Temanku yang seorang tu, cuti seminggu. Jadi, aku agak risau akan menjadi mangsa untuk mendengar hal personal dia. Alhamdulillah, setakat ni untuk dua hari bekerja, aku sangat sibuk dengan kerja ku. Dan dia sibuk dengan kerja nya. [bukan ada kerja sangat pun, tapi dia menyibukkan diri dia tu]

Jadi, aku sangat seronok.

Minggu ni juga, En. HZ sibuk dengan persediaan untuk peperiksaan yang akan dihadapinya. Aku sangat faham dengan keadaan itu. Aku juga bekas seorang pelajar. Tapi aku tak serajin dia. Jadi, mari kita doakan semoga En. HZ mampu menjawab soalan-soalan di dalam kertas peperiksaan itu nanti dengan cemerlang.

Dengan kejayaan dia juga, boleh aku berbangga di kemudian hari. Kan?


#Kepada teman sepejabat, balik pejabat nanti, jangan lupa bawak muruku untuk ku. Kalau tak, aku nak merajuk.
#Kepada En. Hz, selamat jawab peperiksaan. Abis
exam nanti, jangan lupa bawak syg dating. Kalau tak, syg nak merajuk.

Friday, October 24, 2008

dua hari bersama 'Italia Uomo'

Uomo? Sapa la gamaknya tu. Uomo tu sebenarnya bahasa Itali yang bermaksud lelaki. Ye, dah dua hari aku teman Mat Itali ni. Bukan pergi berjalan-jalan. Tapi temankan Mat Itali ni jumpa orang-orang penting yang berkaitan dengan kerja dia dan temankan dia buat presentation dekat 2-3 syarikat. Untuk dia promote produk syarikat tempat dia kerja, berkenalan dengan pesaing produk tu, dan bermacam-macam lagi.

Komen aku tentang Mat Itali ni, memang dia seorang yang baik. Serius!!! Bos aku kerap kali marah-marah, tak puas hati dengan Mat Itali ni. Depan-depan Mat Itali ni, bos aku selalu kata bodo*. Memangla cakap Melayu, dia tak faham. Tapi bukannya dia tak boleh siasat apa maksud bodo* tu kan.

Yang bos aku ni marah-marah sebabnya, Mat Itali ni banyak soalan tentang pelanggan yang pakai produk dia ni. Tak salah kan, kita nak tau pelanggan kita ni macam mana. Dia pun kena jugak bagi laporan kat bos dia sendiri untuk trip dia ni.

Yang pasal bos aku ni tak puas hati dengan Mat Itali ni lagi, sebabnya apa yang bos aku ni cakap Mat Itali tak faham-faham. Memang la tak faham, kalau orang tanya lain, kau cakap lain. Macam mana nak settle masalah tu. Tolong aku sikit..... Alih-alih, aku kena jadi translator untuk kedua-dua belah pihak. Adei...

Ye, aku sangat kesian kat Mat Itali tu. Pertama kali datang Malaysia, dah dilayan macam tu. Bos aku ni pun tak bawak dia jalan-jalan dalam bandar ni. Cuma bawak minum di bar biasa ja.

Nasib aku ni jenis duduk rumah malam-malam. Kalau tak, mungkin aku bawak Mat Itali ni jalan-jalan di sekitar bandar. Temankan Mat Itali shopping cenderamata untuk anak bini dia. Ajak rasa makanan tempatan.

Walaupun, dia pulang petang esok, tapi jadual Mat Itali tu pada siang esok padat. Jadi, tak mungkin sama sekali aku sempat nak temankan dia jalan-jalan kan.

Namun, aku harus minta maaf kat Mat Itali tu andai tiba-tiba dia minta aku temankan dia esok hari sebab aku sendiri pun ada plan aku jugak untuk petang esok. Hehee~

Wednesday, October 22, 2008

jom fettucini

Petang tadi, prinsipal aku dari Itali sampai ke pejabat aku. Tinggi.. Alah, kalau dah orang putih, takkan nak kemetot plak. Klau iye kemetot, memang aku kena cerita kan.

Cuma aku nak komen, aku nampak Mat Itali ni, seperti skema, tak cukup pengalaman, orang yang merendah diri. Tapi aku rasa, berlawanan sama sekali dengan pandangan aku tu. Dia sebenarnya seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidangnya, sangat berpengalaman, dan orang yang agresif.

Aku sangat suka orang macam tu. [Jangan ada salah faham di sini, kau baca dulu] Aku suka kerana Mat Itali ini, meng'kondem'kan bos aku terang-terangan. Bos aku ingat, Mat Itali ni boleh ditipu-tipu. Boleh diputarbelit fakta yang ada. Alih-alih, Mat Itali yang lebih bijak ini, keluarkan fakta yang lebih berasas dan jitu. Aku sangat suka!!!

Cuma, esok aku kena ikut sekali untuk hadiri meeting bersama jurutera-jurutera atau senior-senior di syarikat-syarikat besar. Aku rasa segan nak ikut apabila fikirkan aku tak cukup pengetahuan mengenai produk syarikat Mat Itali ni. Aku bole senyum je kalau ada sebarang pertanyaan daripada pihak-pihak terbabit.

Tapi, kalau tak pergi, sampai bila aku nak duduk bawah tempurung kan. Tempurung tu pun lama-lama boleh tenggelam bersama-sama tanah. Jadi aku akan ikut jugak. Dan akan senyum kalau ada sebarang pertanyaan yang di luar bidang aku. Senyum yang macam kerang busuk ke. Bole tak camtu?

Tuesday, October 21, 2008

kejadian demi kejadian: siri 2

Kejadian 10:
Pagi-pagi lagi dah melawat menara berkembar untuk hantar dokumen. Dah nama pun pagi, tak sempat pun nak window shopping memandangkan kedai pun tak bukak lagi. Kedai yang jual makan pagi je yang dah bukak. Tapi berangan la nak makan. Mahal beb. Bole buat modal makan nasi lemak RM1 berkali-kali.

Sampai pejabat jam11. Terus aku buat-buat sibuk dengan kerja yang ada. Sebab? Bos aku dah masuk. Amboi, awalnya masuk arini. Ada pape ke?
Ye, dah boleh collect gaji dah. Orang pertama yang collect gaji, mesti la dia. Nama je bos, tapi modal sentiasa tak cukup. [Versi mengumpat di sini, hehee]

Jam3. Bos dah keluar pejabat. Agaknya ke mana la tu. Pada fikiran aku, nak menabur duit dekat dot.dot.dot. Huhuhuuu. Selalunya dia yang paling lambat balik/keluar pejabat. Sungguh!

Tapi aku masih suka. Lagi! Kerana aku diperlakukan sebagai seorang pekerja biasa. Bukan teman mendengar luahan. Lega nya......!

Monday, October 20, 2008

kejadian demi kejadian

Kejadian 1:
Isnin lepas, aku ponteng kerja. Alasan, period pain. Aku pun melawat Doktor untuk dapatkan surat MC dan ubat. Balik umah, layan baca paper dan tunggu petang untuk ambil bonda pulang rumah pula.
Sebab ponteng: Malas nak ngadap bos.

Kejadian 2:
Selasa, aku ponteng lagi. Ambil EL pulak. Malas nak melawat Doktor tu lagi.
Sebab ponteng: Bonda pun ponteng jugak. Tapi bonda ada hal kt town. Aku temankan je.

Kejadian 3:
Rabu, aku bagi small presentation untuk salah satu prinsipal di tempat aku kerja. Tapi slide show aku tinggalkan di rumah. Aku mintak tempoh sehari. Tapi... Dah tentu aku tak dapat peluang tu. Maka aku persembahkan dengan begitu mengancam (Baca: Hampeh). Rakan sekerja memuji tapi aku langsung tak termakan puji-puji itu. Ianya sekadar kata-kata untuk memikat hatiku yang tengah geram dan merah (Baca: marah).

Walau bagaimana pun, aku ditinggalkan untuk menjaga pejabat seorang diri selepas bos aku ingin ke bandar untuk membayar bil telefon peribadi. Ya, dia bawa konconya bersama.

Kejadian 4:
Khamis, aku dilayani dengan agak sopan arini. Tidak ada lagi peristiwa mendengar cerita peribadi. Aku suka!

Kejadian 5:
Konconya cuti. MC. Bos suruh buat kerja sikit lalu bos aku pun halau aku balik pada jam 11 pagi.
Alasan halau yang palsu: Tiada kerja di pejabat. Kalau ada pun, sambung Isnin depan.
Alasan halau yang sebenar: Bini bos aku datang ofis. Dengar cerita, kuat cemburu. Jom kita elak.
Dengan itu, aku pun pergi dating bersama En HZ. Hahahaa

Kejadian 6:
Aku pergi dating lagi dengan En HZ. Petang tu pulak, keluar dating bersama bonda. Masing-masing membeli sepasang sandal bertumit wedges. Caaaaantiiikkkkkk! (Baca: Cantikla sangat!!)

Kejadian 7:
Ahad, kawan bonda memberi bantuan kewangan berbentuk buku kepada ku. Dia suruh aku jual buku-buku nya. Untung nanti, kira kemudian. Ada untung ke nanti?

Petang, menziarah keluarga nenda ku. Melayan kerenah sepupu ku yang berumur hampir 4tahun. [Penat seh layan sembang ngan dak kecik]

Kejadian 8:
Isnin, macam pertama kali dalam sepanjang aku kerja di situ, aku bagi lebih 80% tenaga dan usaha aku untuk syarikat. Bos pun dah mula mintak kerja-kerja disiapkan dengan cepat. Betul-betul terasa tekanan bekerja. Selama ni, berehat saja. Serius!
Petang, bini bos datang lagi. Tak ada pula bos aku halau balik. Tapi, bos aku bagus betul. Maklumla takkan la nak cerita hal peribadi di depan isterinya tu. Aku suka lagi.

Kejadian 9:
Selasa, iaitu esok {21/10/2008}. Pagi-pagi lagi, aku kena melawat menara berkembar di bandar, untuk menghantar dokumen. Jadi, marila kita window shopping lepas anta dokumen tu. Huhuhuu~









Ntah apa-apa entri kali ni. Gasak la kejadian oi....!

Monday, October 13, 2008

husband for sale

A store that sells husbands has just opened in New York City , where a woman may go to choose a husband. Among the instructions at the entrance is a description of how the store operates. You may visit the store ONLY ONCE !

There are six floors and the attributes of the men increase as the
shopper ascends the flights. There is, however, a catch . . .. you may choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a floor, but you cannot go back down except to exit the building! So, a woman goes to the Husband Store to find a husband.

On the first floor the sign on the door reads:


Floor 1 - These men have jobs and love the Lord.


The second floor sign reads:

Floor 2 - These men have jobs, love the Lord, and love kids.

The third floor sign reads:


Floor 3 - These men have jobs, love the Lord, love kids, and are
extremely good looking.

"Wow," she thinks, but feels compelled to keep going.

She goes to the fourth floor and sign reads:

Floor 4 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead good looking and help with the housework.

"Oh, mercy me!" she exclaims, "I can hardly stand it!"

Still, she goes to the fifth floor and sign reads:

Floor 5 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead gorgeous, help with the housework, and have a strong romantic streak.

She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the
sign reads:

Floor 6 - You are visitor 4,363,012 to this floor. There are no men on
this floor. This floor exists solely as proof that women are impossible to please.

Thank you for shopping at the Husband Store. Watch your step as you
exit the building, and have a nice day!

Please send this to all men for a good laugh and to all the women who
can handle the truth!

Thursday, October 09, 2008

kelam 3

Aku bukan taknak cerita tentang kelam yang aku hadapi ini. Tapi, aku sendiri tak tahu nak bermula dari mana.

Hint yang aku boleh bagi, ianya mengenai keluarga ku. Aku kira, kau sudah tahu apa yang aku maksudkan sebenarnya.

Untuk raya, aku bahagi sama rata waktu yang ada. Sampaikan aku sendiri pun letih menjadi anak patung yang ditolak ke sana sini.

Untuk puaskan kedua-dua belah pihak. Untuk sama-sama rasa adil. Mujur sewaktu raya, salah satu pihak tolak ansur untuk bergambar bersama. Kalau tak, jenuh aku nak pujuk kedua-dua pihak tu.

Esok lusa ni, aku akan jadi anak patung lagi. Ditolak ke sana sini. Aduhai...... Bila la mereka ini nak simpan keras kepala masing-masing jauh dari diri mereka ni?

Kawan-kawan, maafkan aku kalau seringkali aku menolak pelawaan untuk berjumpa/ berlepak bersama walaupun setelah sekian lama kita tak berjumpa. Sampaikan ada yang membawa diri ke Terengganu. Maaf ya!

Wednesday, October 08, 2008

mari merisik orang Manjung!

Soalan lazim yang ditanya selepas anda remaja?
1) Kau dh tunang belum?
(Jika jawapannya belum) Bila kau nk bertunang?
(Jika jawapannya ya) Bila kau bertunang?
2) Bila kau nk kawen?
3) (Apabila baru je kawen) Bila nak ada anak ni?
4) Anak dah ada brapa ramai?
5) Cucu dah ada ke?

Dan lagi, lagi, dan lagi.....

Khabar angin seorang kawanku nk bertunang makin menjadi kenyataan.. Kerana aku baru tahu majlis merisik telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Tahniah kawanku!

P/s: Bila pulak nak sampai giliran aku ni? Orang Manjung, nanti doakan untuk giliran aku pula ye. Mana tau tuah orang Manjung terkena kat aku pulak. Heee~ Orang lain pun doakan la jugak untuk aku. Makin ramai yang mendoakan, makin hari akan termakbul jugak doa tu. Kan?

Monday, October 06, 2008

jarang-jarang

*Untuk dikongsi bersama.
Selamatkan makhluk Allah ini daripada ditelan zaman. Kura-kura bercangkerang lembut (soft-shell turtle)
Hanya ada beberapa ekor yang masih wujud. Yang berusia 80tahun ke atas.

#Aku risau bila fikirkan banyak makhluk-makhluk Allah yang hampir pupus di muka dunia ini. Suatu petanda yang kian nyata. Tapi bila aku nak insaf ni?

Thursday, October 02, 2008

baju-bajuan

Antara barangan yang aku beli sewaktu membeli belah di jualan murah dan juga untuk persiapan raya.
Baju kurung: Persiapan untuk raya la konon. Maaf, bahagian baju je yang menarik untuk dipertonton.

Baju kemeja: Aku gemar baju dari Walt Disney untuk kekal comel. Hee~

Baju shirt: Ni salah satu pembaziran. Takyah beli pun takpe.

Wednesday, October 01, 2008

aku sudah dewasa

Tengahari tadi, aku beraya ke rumah pakcik aku di Amp*ng U*ama dengan mami ku. Aku pergi beraya dengan mobil baru ku tu (baca: kereta). Ye, aku baru beli kereta. Baru je ambik dekat yard K*a Naz* kat Rawang sana. Memang bau yard lagi.

Tahun ini juga, terlalu banyak perubahan yang aku lakukan untuk diri aku ni. Dengan serba sedikit bantuan daripada orang sekeliling aku seperti mami dan tok aku. Bantuan dari segi moral dan finance.

Raya kali ni juga, aku dah mula bagi duit raya dekat nenek (baca: mak tok aku iaitu moyang), tok dan wan aku. Dan aku juga mula bagi duit raya dekat sepupu-sepupu aku ni (Sorang sekolah menengah, sorang lagi tadika pun belum). Meskipun mak bapak diorang ni kaya dan agak berkira sikit, tapi tak kisah la. Aku kan dah bekerja.

Kali ni pun, aku pun ada buat facial treatment dekat Le*n*rd Dr*ke, yang memang tak pernah aku angan-angankan nak jenguk masuk pun. Sebab dulu aku fikir, aku tak mampu nak bayar. Kalau sebelum ni jugak, aku berbelanja ikut suka hati untuk raya. Tapi kali ni, aku sediakan budget untuk diri sendiri.

Dulu, kalau aku pergi beraya rumah kawan-kawan mami aku tu, dengan begitu pasti aku akan dapat duit raya. Series tau! Sekurang-kurangnya RM2. Tapi sekarang, tak ada apa-apa pun. Cuma wujud dialog-dialog yang aku mula bosan. "Tak sangka dah besar anak R*s ni, dah keje dah. Kereta pun dah ada".

Baru aku sedar aku ni memang dah membesar menjadi seorang dewasa. Bukan lagi seorang budak di zaman sekolah lagi. Yang punyai tanggungjawab dan komitmen lebih besar berbanding di zaman sekolah dulu.

Tapi, aku ni kan comel. Acapkali orang kata aku ni macam budak belasan tahun, tak ada rupa umur 2*. Jadi, macamana aku nak ngaku aku ni dah tua kan. Haih~

persiapan

Akan aku update barang-barang yang aku beli dan mungkin juga aku akan ceritakan sedikit mengenai aktiviti ku untuk persiapan raya kali ini.

Ye, tension tu tension jugak, tapi waktu macam ni patut kita lupakan hal-hal yang kelam tu. Dan ubati dengan membeli belah di jualan murah. Hee...

lagu yang tak ditelan zaman

Selamat Hari Raya oleh Saloma

Selamat Aidilfitri

Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan


lebaran ini

Kawan-kawan,

Izinkan kedua tapak tangan bertaut memohon maaf,
Untuk kata yang terlanjur,
Janji yang terabai,
Hati yang berprasangka dan semua sikap yang menyakitkan.

Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.