small advertisement

Tuesday, September 09, 2008

:: Pengalaman di Bulan Puasa (3) ::

Ahad petang, aku lepak di umah angah Li (pakcik aku). Dan aku tukang menyibuk tengok tok ngan angah Su masak-masak kat dapur. Aku nak tolong-tolong pun, nampak cam nyemak ada la. Dapur tu pun bukan luas sangat pun.

Ntah apa yang dimasak tok ngan angah Su aku tu, aku pun tak brapa tau. Tapi layan jela nyibuk. Hehee. Masa yang sama gak, aku kena layan sepupu aku yang kecik tu. Cari mainan dia yang selalu hilang dalam beberapa minit je dia pegang. Adeh.. Nasib la, aku dah paham dia cakap apa. Kalau tak, pening la kepala otak aku nak layan kerenah dia.

Tok ngan angah Su masak nasi beriyani, ayam masak merah, sup gearbox, pecal, masak sardin, acar timun dan gulai daging. Kononnya masak special sebab adanya kehadiran aku kat situ. Tapi melampau sangat banyaknya.

Aku makan nasi beriyani bersama ayam masak merah dan gulai daging. Lauk yang lain-lain, aku dah tak mampu nak layan. Minuman pula air longan. Comei-comei je buah longan tu (baca:kecik) tapi banyak sangat diorang tuang untuk aku. Tak sempat aku nak habiskan minuman, sepupu aku yang sorang tu, dah hidang aiskrim untuk aku. Sedaaaap. Tapi bila perut dah penuh, terpaksa makan slow-slow. Tak pasal aku termuntah nanti.

Ada betik yang telah dipotong terhidang atas meja. Itupun aku teringin nak melantak (baca:makan). Tapi aku tunggu dulu sampai perut aku lega. Dah lega, sempat lagi makan betik secorong (baca:sepotong). Lepas tu, aku lepak-lepak di depan tv, sedar tak sedar aku dah terlelap.

Celik-celik mata, tok hidang kuih samosa dengan pisang goreng depan aku. Ai, makan lagi!! Aku pun makan slow-slow, nak amik hati tok aku ni. Kang kecik ati plak kan. Hehe. Tapi sedap la plak kuih samosa tok aku ni. Makan lagi sampai betul-betul tak mampu nak makan lagi dah. Huhuuu

Finally, jam 10.30mlm, aku pun balik ke umh dengan bantuan angah Li. Wan dan sepupu aku yang sorang tu ada skali. Penat-penat. Penat makan.. Jadi, marila kita tido plak. Hehee

Nanti aku sambung dengan crita puasa lain plak.

P/s: Tok tu nenek perempuan, Wan tu nenek lelaki. Aku pasti berlaku kekeliruan di situ. Oh ye, untuk sahur, aku makan nasi sikit je. Masih terasa kekenyangan. Dasatkan keadaan perut aku malam tu

2 comments:

  1. Actuly ni crita pasal berbuka puasa ke or melantak time berbuka. Kena edit skit tajuk tu. Tak sesuai.hehee. Yg paling menarik dalam citer ni pasal mainan ilang dalam tempoh brapa minit.Waaaaaa,dasyat2. Silap mata ke apa.hehehe.

    ReplyDelete
  2. Mlas nk edit coz kejadian ni terjadi di bulan puasa.. Rasanya tajuk entry pengalaman puasa sampai ke hujung bulan ni. hehe

    ReplyDelete

Hello!