small advertisement

Friday, September 26, 2008

pusing-pusing

Aku telah menghadiri satu sesi interview dengan satu anak syarikat S*me D*rb* di PJ tadi. Agak besar syarikat itu (baca:bangunan). Dan aku boleh katakan, aku sangat sukakan interior design dekat situ. Tapi bila pulak aku pandai sangat pasal interior design ni kan. Isk-isk.

Penemuramah aku tu, seorang lelaki cina. Agak straight to the point. Tapi kebanyakan soalan-soalan yang dia tanya tu, aku jawab pusing-pusing pulak. Aku jawab macam tu untuk menunjukkan aku ni boleh bercakap la. Kiranya skill tu ada. Tapi memang suka pusing-pusing sikit bila sampai ke fakta.

Agaknya aku ni kerap cakap pusing-pusing dan dia pun dah pening, sekejap je sesi interview tu. Lebih kurang setengah jam je (agaknya la). Jadi aku rasa, rezeki aku tak dapat bertapak di situ kot. Tapi siapa tahu kan, kot-kot esok lusa dia call untuk sesi interview kali kedua pulak. Doa-doakan je la.

Aku tak dapat pun, aku tak amik pusing (baca: kisah) sangat. Kalau berjaya, itu rezeki. Kalau tak berjaya, itu namanya pendedahan kepada pengalaman. Nama pun fresh, apa nak demand sangat. Lain la kalau kau dah jadi senior engineer. Boleh demand yang bukan-bukan kan. Jadi marila kita bersabar ye.

Thursday, September 25, 2008

kelam 2

aku tukar template.

aku tukar tajuk.

aku tukar apa yang patut di blog ini.

untuk selera aku yang makin kelam.

kelam

Aku sedang putus asa.

Aku buntu untuk menghadapi hari-hari yang mendatang, lagi-lagi untuk raya kali ini. Aku tak mengharapkan bantuan sesiapa. Memang tiada yang dapat bantu aku sebenarnya. Kecuali aku dan mereka. Tapi.... Tak mungkin terjadi perkara seperti itu.

Jam terus berdetik. Masa terus berlalu. Tapi keadaan itu, tak juga terus berlalu seperti diharapkan. Sampai bila aku nak biarkan dunia aku menjadi semakin kelam?Ya, aku memang buntu.

Friday, September 12, 2008

:: Gambar Comel ::

Kesian kan kat anjing ni. Sampai hati tuan dia dye bulu dia jadi camtu. Nasib comel. =P

:: Cuba Teka ::


Ini bukan racoon atau musang. Sila teka apakah nama binatang ini?


































































Jawapan: Panda Merah. Sila check sini untuk kepastian. Hehe

Thursday, September 11, 2008

:: Pengalaman di Bulan Puasa (4) ::

Semalam, aku pergi berbuka puasa dengan bekas coursemate aku di Mid Valley Megamall. Bekas coursemate aku di Uni*** dulu, Huda dan Didie. Turut serta, rakan seperjuangan mereka, Nadia. Bekas penuntut di U**M.

Aku jumpa dengan mereka dalam pukul5 petang macam tu. Diorang sampai-sampai je, terus singgah ke surau dulu. Tunaikn solat Asar. Selesai sudah, kami merayau-rayau dalam Jusco yang ada dalam megamall tersebut.

Dalam pukul 6petang macam tu, kami pun menuju ke Restoran Kenny Rogers Roaster. Ok, still ada table. Kat restoran ni, dia buat konsep, tempah, bayar dan makan. So kami pun pesan la. Yang layan amik order kami ni, seorang lelaki muda. Maybe usia sebaya je kot ngan kami semua.

Then kami pun order la. Quater meal set, 4set. Untuk setiap meal tu, kita bole pilih 3 jenis dishes. So kami ada yang berempat kena pilih 3dishes untuk setiap sorang. So, aku suggest amik semua dishes yang ada dalam menu tu. Memandangkan dishes dalam menu tu ada 12jenis. Dah alang-alang 4meal kali 3dishes jadi 12dishes. Kami pilih semua.

Tapi mamat ni cam tak paham bahasa plak. Dia suruh kami list satu-satu dishes yang kami pilih. Dah pilih semua, letak je la semua. Aturkan je la nk bubuh cmne pun kt plate tu. Didie tolong list kan satu-satu untuk mamat tu. Alih-alih, "Tkpela, tkpela....", sambil dok geleng-geleng kepala. Macam kami pulak yang bersalah.

Pilih flavour untuk muffin plak. Ok, 2 muffin pisang, 2 muffin coklat. Untuk minuman plak, aku, Huda dengan Nadia pilih ice lemon tea (baca: teh 'o' ais limau). Dan Didie tengah berfikir-fikir nak pilih minuman apa. Taknak sejuk coz untuk elakkan daripada kesihatan diri yang kurang memuaskan.

Didie pilih Cappucino. Berlakunya servis yang aku rasa tah pape dari mamat tu:

Didie: Saya nak Cappucino la. (Sambil menunjukkan jari di gambar Cappucino yang ada dekat menu)
Mamat tah pape: Cappucino apa?
Didie: Cappucino ni la.
Mamat: Yela, Cappucino ke Americano? (Nada suara dah tinggi sikit ni)
Didie: Cappucino la. (Dah nak terjerit-jerit dah minah ni)
Mamat: Yela, yela. (Sambil gelengkan kepala lagi. Eleh, nak cover malu la tu)

Bole la plak, mamat tu serve kami macam tu. Nak argue bagai. Betapa hampehnya. Bukan ke setiap tempat perniagaan ada etika "Customer always right"? Dah abis order tu, tah camne kami pun selamba je kluar. Lupa bab nak bayar. Tapi lepas tu, aku perasan waiter yang kat front line tanya kt mamat tadi tu, dah bayar ke belom customer ni. Dengan nada yang macam bosan, "Beloom.." Ai, nyampah aku aih dengan mamat ni.

Dah selesai bayar tu semua, kami pun merayau kembali. Mulanya masa mamat tu nak amik order kami ni, kami ingat nak trus je lepak-lepak kt situ terus. Taknak rayau-rayau. Tapi dah dia just nak amik order je, tak tunjuk meja pape pun......

Kami merayau macam nak gila dalam Mid Valley tu. Naik turun escalator, kluar masuk Jusco. Dekat pukul 7petang, baru kami pergi ke restoran tu. Ada waiter yang tunjuk meja kat kitorang.

Dah duduk kat meja, masing-masing muka macam penat. Hehe. Dalam tengah menunggu masa untuk berbuka puasa tu, kami tengok mamat yang amik order kami sebelum ni, memang jenis kasar. Letak pinggan kat meja pun macam nak hempas-hempas. Meja kami apa tah lagi..

Em, dekat-dekat jam 9malam, kami beransur. Berpisah di stesen komuter KL Central. Diorang bertiga menuju ke Padang Jawa. Aku pula menuju ke Ampang Park. Mak aku menunggu di situ.

Sebenarnya, aku agak menyesal ajak diorang makan kat restoran tu. Bikin tak puas ati je... Aku taknak pergi makan kat situ lagi dah selagi mamat tu ada...

P/s: Penah gak keja kat Kenny Rogers, tapi respect la customer. Kita ni waiter je. Bukan nya owner restoran tu, yang nak berlagak-lagak. Patutnya aku adu je kat manager restoran tu. Apa punya lembab aku ni..... Isk!!!

Tuesday, September 09, 2008

:: Pengalaman di Bulan Puasa (3) ::

Ahad petang, aku lepak di umah angah Li (pakcik aku). Dan aku tukang menyibuk tengok tok ngan angah Su masak-masak kat dapur. Aku nak tolong-tolong pun, nampak cam nyemak ada la. Dapur tu pun bukan luas sangat pun.

Ntah apa yang dimasak tok ngan angah Su aku tu, aku pun tak brapa tau. Tapi layan jela nyibuk. Hehee. Masa yang sama gak, aku kena layan sepupu aku yang kecik tu. Cari mainan dia yang selalu hilang dalam beberapa minit je dia pegang. Adeh.. Nasib la, aku dah paham dia cakap apa. Kalau tak, pening la kepala otak aku nak layan kerenah dia.

Tok ngan angah Su masak nasi beriyani, ayam masak merah, sup gearbox, pecal, masak sardin, acar timun dan gulai daging. Kononnya masak special sebab adanya kehadiran aku kat situ. Tapi melampau sangat banyaknya.

Aku makan nasi beriyani bersama ayam masak merah dan gulai daging. Lauk yang lain-lain, aku dah tak mampu nak layan. Minuman pula air longan. Comei-comei je buah longan tu (baca:kecik) tapi banyak sangat diorang tuang untuk aku. Tak sempat aku nak habiskan minuman, sepupu aku yang sorang tu, dah hidang aiskrim untuk aku. Sedaaaap. Tapi bila perut dah penuh, terpaksa makan slow-slow. Tak pasal aku termuntah nanti.

Ada betik yang telah dipotong terhidang atas meja. Itupun aku teringin nak melantak (baca:makan). Tapi aku tunggu dulu sampai perut aku lega. Dah lega, sempat lagi makan betik secorong (baca:sepotong). Lepas tu, aku lepak-lepak di depan tv, sedar tak sedar aku dah terlelap.

Celik-celik mata, tok hidang kuih samosa dengan pisang goreng depan aku. Ai, makan lagi!! Aku pun makan slow-slow, nak amik hati tok aku ni. Kang kecik ati plak kan. Hehe. Tapi sedap la plak kuih samosa tok aku ni. Makan lagi sampai betul-betul tak mampu nak makan lagi dah. Huhuuu

Finally, jam 10.30mlm, aku pun balik ke umh dengan bantuan angah Li. Wan dan sepupu aku yang sorang tu ada skali. Penat-penat. Penat makan.. Jadi, marila kita tido plak. Hehee

Nanti aku sambung dengan crita puasa lain plak.

P/s: Tok tu nenek perempuan, Wan tu nenek lelaki. Aku pasti berlaku kekeliruan di situ. Oh ye, untuk sahur, aku makan nasi sikit je. Masih terasa kekenyangan. Dasatkan keadaan perut aku malam tu

:: Pengalaman di Bulan Puasa (2) ::

Hari ini sudah 9hari berpuasa. Dan dah bermacam-macam dugaan yang dihadapi lagi, selain daripada pengalaman hari tu.

Untuk hari ketiga berpuasa, aku request balik awal drpd bos aku tu. Ye, berjaya request. Tapi muka macam tak suka je. Aku pun buat derk je. Dan untuk hari-hari seterusnya, aku pun balik awal dalam pukul 4.30ptg. Awal setengah jam je sebenarnyadari selalu. Walau macamana sekali pun, tekad di hati, ada kerja ka, takdak keja ka, aku nak balik pukul 4.30 jugak. Lantaaaaaakkkkk!

Sabtu lepas, aku date dengan Hubby. Kami plan nak berbuka dekat Mid Valley. Sampai2 kat sana, layan main boling jap, tengok2 jam still awal lagi. Jadi, aku cadang kat Hubby, pergi shopping kat Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang. But sebelum tu, aku take away few pieces sushi drpd Sushi King. Tak berapa sesak sangat dari Mid Valley ke Kg BAru tapi sesak yang bole tahan bila nak dekat ngan Jalan Raja Alang tu.

Nak cari parking tu pun satu azab jugak. Tapi Hubby managed to find a parking in front of Asrama Puteri Wilayah. Dan dah sampai kat bazar tu, aku ingatkan panjang dan best la bazar tu. Tapi biasa je. Rata-rata jual ayam golek, nasi ayam, murtabak. Mungkin menarik bagi korang, tapi bagi aku biasa ja. Kuih-kuih pun sikit je pilihan yang ada. Kiranya aku beli kepak ayam madu. Hubby plak beli murtabak ngan roti jala.

Lepas shopping, kami berdua pun menuju ke Restoran Lotus Binjai yang terletak berdekatan stesen LRT Ampang Park. Kat situ, kami makan ala-ala lauk berhidang. Lauk sotong, telur sebiji dengan tomyam campur dan sebagai pencuci mulut, air bandung. Sedap semuanya. Tapi bila bayar, Masya-Allah.... Mahaaalllll! RM34.80. Apa punya cekik darah daaa... Tau la sotong memang mahal tapi jangan la charge sampai RM16 sepinggan. Isk-isk.....

Lastly, take away lauk ayam masak hitam dekat Restoran Pelita untuk sahur. Untuk mak ngan aku bersahur. Aiyo, bulan puasa ni untuk memperbaiki kewangan diri sendiri menjadi lebih baik atau yang lebih buruk?

Friday, September 05, 2008

:: Pengalaman di Bulan Puasa ::

5hari sudah berlalu. Masih ada 25hari untuk ditunaikan. Tapi puasa aku setakat ini tidak begitu memberansangkan. Maksud aku, terlalu banyak dugaan yang perlu dihadapi.

Untuk hari pertama, almost perfect puasa aku ni, coz cuti sempena Hari Kemerdekaan yang jatuh pada hari Ahad. Bila datangnya hari kedua, agak perit jugak. Bukan apa, dekat ofis ni, ada Melayu murtad. Selamba badak je orang tu bagitau kt aku yang dia datang haid padahal dia tu jantan. Bukannya pompuan. Dan bancuh air dengan penuh semangat kat pantry. Dua tiga cawan plak tu.

Aku pulang seperti biasa. Jam 5ptg. Dan akhirnya terimalah azab. Bas smpai di bus stop dalam 5.30ptg mcm tu. Dalam bas tu, aku tgk cuaca kt luar hujan renyai2. So aku decide pakai kaedah panjang untuk elak drpd kena hujan. So aku pun stop la kt KL Sentral, dengan plan nk naik Putra LRT ke Masjid Jamek. Pastu, tukar plak amik Star LRT ke Maluri.

Tapi, plan tu terbatal, bila aku tgk terlalu ramai orang yang beratur di stesen Putra LRT tu. Paaaaanjang sgt. Mesin auto yang ada pn, out of service la. Kaunter manual dengan satu mesin auto je yang berfungsi. Dengan itu, terjadi la plan B.

Aku pn menuju ke mesin auto untuk public transport yang lain iaitu Komuter. Aku pun picit lokasi yang ingin dituju iaitu Bank Negara, pastikan kuantiti untuk tiket tu iaitu Dewasa-1, pilih perjalanan samada sehala atau pergi balik. Pastila aku pilih sehala. Kemudian, bayar nilai tiket yang dipaparkan kt LCD. Aku pun bayar RM1. Menuju ke tingkat bawah tanah dan menunggu tren ke Rawang di platform 4. Jam menunjukkan kira-kira pukul 6.10ptg.

Tren sampai lepas 5minit kemudian, dan naik. Tk sesak sangat tapi cuak plak memikirkan pukul brapa nk smpai rumah. Smpai je kt Bank Negara, rush pegi ke Star LRT Bandaraya yang terletak bawah sikit dari stesen Komuter Bank Negara tu. Turun tangga, naik tangga, masukkan kad LRT, naik tangga lagi, dan duduk di kerusi. Semppppuuuuuuutttt. Nk cakap sepatah pn, tak mampu dah.

Dh smpai kt stesen Star LRT Maluri, ingtkan nak amik teksi balik umah. Masa tu dah jam 6.45ptg. Tapi bila tengok Taxi Stand, panjaaaaang sgt org beratur. Tah bila nak smpai, so aku pn decide jalan kaki. Yerp, jalan kaki ok. Dr stesen LRT smpai ke rumah. Tepat jam 7ptg, aku sampai rumah. Dah flat ok.

Dan akhirnya, berbuka puasa selepas 20minit berehat (menunggu berbuka yang sebenarnya). Memang terror la hidup aku hari ini.. Korang mcm mana? Better ke worst?

Monday, September 01, 2008

:: Beli & Belah ::

Di bawah ni, antara barang-barang yang telah aku beli dan belah selepas aku berjumpa ami dan pada hari ahad. Ada 1-2barang, aku tak sempat nk snap gambar coz ada sedikit masalah teknikal.
Selipar yang dipakai serta-merta
Beg ala-ala Chinese Style
Baju Nicole

Pandangan Sisi
Pandangan depan
Pandangan 3-D
p/s: Takmau teka ke, brapa jumlah wang yang aku belanjakan untuk shopping?

:: Sebulan ::

Bermulanya 1 Ramadhan bagi kalendar Islam, kita akan mula berpuasa selama sebulan. Dan pada hari ini, kita telah mula berpuasa. Aku tak pasti samada sudah terlambat atau tidak, tapi aku masih ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada kawan-kawan ku.

Walaupun hari ini bermula puasa, tapi aku tkde perasaan. Tk excited. Pergi bazar tadi pun rasa kosong. Tapi aku rasa bazar Ramadhan pn memang kosong. Tak seperti selalu, yang penuh dengan hidangan lauk-pauk, nasi beriyani gam, murtabak, ikan bakar dan macam-macam lagi. Kali ni di bazar, rata-rata sibuk jual nasi ayam. Mungkin pada nama yang berbeza, nasi ayam berempah, nasi ayam Ramli.. Emm.....

Pertama kali, aku tak membeli sebarang juadah untuk berbuka daripada bazar Ramadhan. Kalau dulu, aku beli macam-macam. Tak sempat beli untuk hari ini, aku simpan menu untuk hari esok plak. Betapa frustnya aku tadi....

Lepas singgah di bazar, aku plan untuk berbuka selera dengan lauk dendeng. Lagi satu hampeh, kedai tu boleh tutup pulak. Ishhhh... makin bertambah aku terkilan. Lastly, mak aku suggest beli lauk kt tempat yang kami selalu makan hari-hari. Layan jelaaa..... Tkde idea lain lagi dah pun. Jam masa tu pun dah pukul6.30.

Jadi, kami berbuka dengan lauk telor bungkus dan ayam goreng kunyit. Side order plak, untuk mak aku kuih keladi, aku pula sushi yang aku beli kt Jusco petang tadi. Lain yang aku harap, lain yang aku dapat untuk hari ini. Ni la, orang kata, Coba-aaaaaaan!