small advertisement

Wednesday, August 20, 2008

:: Bosan ::

Bermulanya pagi tadi, aku rasa sangat bosan. Bosan utk ke kerja. Bosan utk bekerja. Bosan utk melakukan kerja di tempat kerja. Ya, aku tiada kerja utk dibuat. Tiada kerja yang menanti utk disiapkan. Hanya internet yang menunggu aku. Untuk jari-jemari aku buat exercise di mata keyboard. Serius!

Ptg td, sebelum aku bersiap2 utk pulang, officemate ada bertanyakn sesuatu. "Apa perasaan U keje sini? Regret tk?" Tk mampu sebenarnya aku nk jawab soalan begitu, walaupun mudah bunyinya. Aku tidak pasti perasaan sebenar aku. Serius!

Sesekali je diriku akan dicabar utk menyiapkan kerja. Sesekali je diriku akan menyahut cabaran itu. [sesetengah drpd cabaran itu, aku terpaksa decline, bgantung kpd situasi cabaran itu] Bila aku menyahut cabaran itu, keadaan itu hanya bertahan utk tempoh 1-2hari. Tk sempat rasanya nk puas dgn cabaran yang ada. Memang banyaaaaaaaak sgt aku habiskan masa mengadap laptop, tp utk surf bnde yg merapu2. [check email, friendster, blogger]

Dan aku juga sedikit terkilan dengan gaji semasa aku. Tidak sebanyak yang kawan2 ku dapat. Tidak setaraf dgn ijazah yg ku perolehi. [walaupun pencapaian kurang memuaskn] Dengan gaji yg ku perolehi ini, aku tk dpt nk merasa dgn penuh nikmat. Tidak dapat menyimpan utk masa depan. Tidak dapat menikmati keadaan yang loaded. [aaah, itu tk perlu la] Ya, aku juga tidak mampu belanja ibu dan kedua atuk& nenek ku. Serius!

Tp kalau dibandingkan dgn kerja kawan2 ku yg bergaji sehingga RM2.5k, kerja mereka sgt banyak. Hingga terpaksa stay up ke mlm, utk siapkn kerja mereka. Aku tk pyh. Memang goyang kaki saje. Goyang smpai lenguh.....

Itula bezanya gaji besar dgn gaji kecik, keje banyak dan keje sikit.. Aku patutnya bersyukur dgn kerja aku skrg kn?


1 comment:

  1. hehe. Sabar je la. Ramai lagi yg stil tak dapt keja n ramai yg dapat kerja bawah 2.5 k. Jgn sempitkan pandangan ngn member2 rapat. Buka minda. Bidang ni mampu beri pendapatan yg lumayan asalkan ada pengalaman. Dah cukup pengalaman berhijrah la ke company lain mcm overseas company. Ngam?

    ReplyDelete

Hello!