small advertisement

Saturday, April 05, 2008

:: The Waterhorse: Legend of the Deep ::


Pengarah : Jay Russell
Penulis : Roberts Nelson Jacobs, Dick King Smith
Genre : Pengembaraan, keluarga, fantasi
Penerbit : Walden Media
Pelakon : Emily Watson, Alex Evel, Ben Chaplin, David Morissey, Brian Cox

Sinopsis

Filem ini mengisahkan lagenda Scotland tentang seekor kuda laut. Kisah bermula dalam era perang dunia kedua apabila seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Angus MacMorrow menemui sebiji telur misteri di tepi pantai. Telur itu dibawa pulang oleh Angus ke bengkel ayahnya di sebelah kediamannya. Angus amat bersedih dengan pemergian ayahnya ke medan perang yang telah setahun lamanya namun masih ada apa-apa berita tentang kepulangan ayahnya.

Namun, kehadiran seekor binatang yang luar biasa yang baru menetas daripada telur tersebut telah mengubah hidup Angus.Angus kembali ceria melihat telatah binatang peliharaannya yang dinamakan Crusoe itu. Dinamakan sedemikian setelah Angus terlihat buku bertajuk terasing di sebuah pulau atau Crusoe.

Crusoe cepat membesar setiap kali dia makan sehingga terpaksa dipindahkan ke tasik. Bagaimanapun, ikatan persahabatan yang unik antara Angus dan Crusoe sangat ikhlas dan suci sehingga Angus sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan Crusoe daripada serangan pihak tentera dan manusia yang tamak dengan duit.
Filem ini juga memberi mesej positif mengenai nilai persahabatan yang suci tanpa mengira makhluk. Yang menyentuh hati penonton ialah melihat dua makhluk berbeza dari dunia berbeza tetapi mempunyai satu kisah kehilangan, kesedihan dan kesepian yang sama berkongsi suka duka hidup mereka untuk meneruskan hidup. Apakah yang terjadi pada Crusoe? Jom saksikan di pawagam berdekatan

Sumber dari Mangga Online

p/s: dh tgk dh, best jugk le.. ade klakar, sedih, geram... pehal pn, Crusoe tu comey even dh besar giler..... (,")

No comments:

Post a Comment

Hello!