Monday, November 16

time goes by

Aku perasan, sekarang ni bulan November, tapi aku semacam tak perasan lagi sebulan dah nak dekat tahun 2010. Aku rasa macam baru dua-tiga bulan lepas je, masuk tahun 2009. Dan dalam tak sedar, bulan depan, umur aku akan genap 24tahun. Aishh, no more sweet 23. Ngeeee.

Kalau umur 23 tahun ni, terasa la muda sket. Tapi bila dah umur 24 ni, macam dah tua sangat dah. Macam dah dapat panggilan untuk kawen. Muahahaaa. (ish, gatai plak). Takpe, orang mana tau kita ni umur brapa selagi tak bagitau kan. Orang tengok muka aku sekarang ni, mesti orang ingat umur aku ni still belasan tahun lagi. Tak perasan kot dah umur 24. Hahaha.

Berbalik kepada 2009 dan 2010, apa crita dengan azam-azam yang korang pasang awal tahun ni? Tercapai kah, ataupun dah lupa? Huhu. Aku ok-ok je. Ada sesetengah tu, dah tercapai. Ada sesetengah tu kena carry forward. Sebab azam tu, bergantung dengan hal kewangan aku. Sekarang hal kewangan masih kurang memuaskan, maaa.

Well... Masa terus berlalu tanpa kita sedari. Bergantung dekat kita, nak gunakan masa tu sebaik-baiknya atau sebaliknya, kan......

Saturday, November 14

TN I

Selepas lawatan ke Taman Negara (TN) kali pertama bersama bonda pada tahun 2003, aku teringin nak ke Taman Negara lagi sekali. Dan sabtu lepas, aku berpeluang ke TN lagi skali. Dan kali ni bersama kawan-kawan di sekolah teknik dulu.

Yang terlibat dalam lawatan kali ni, bukan saja kawan-kawan di sekolah teknik, ada jugak yang kawan kepada kawan lain. Yang sampai abis lawatan pun, aku tak sempat nak berkenalan mesra dengan diorang. Minta maaf yeh! Dan tak salah aku, yang terlibat dalam lawatan ni seramai 43 orang dan mungkin dalam 11biji buah kereta berkonvoi ke TN tu.



Lokasi pilihan untuk berkumpul, dekat Tol Gombak. Lepas berkumpul, kami gerak dalam jam 8.30 tapi ada pit-stop jap kat Genting Sempah untuk breakfast. Klau orang lain sibuk nak makan kuih ke nasi lemak, aku, airenz, dayah dengan fence sibuk berMcD. Hehe.



Jam 9.20 gerak menuju ke TN dengan berbekalkan peta oleh mahir. Oh ye, aku dengan fence tumpang keta fet ke TN. Dan dayah plak berfungsi sebagai co-pilot untuk fet. Knapa dayah dipilih? Dah tentula aku dengan fence ni bukn pilihan ati fet. Hahahaa. Oops, kembali ke crita TN.

Fet punya drive-drive dan drive, kami pit-stop jap kat masjid. Nak tunggu kawan-kawan. Tapi ada yang dah terlajak. Kendian, gerak lagi. Seperti rasa dunia ini tiada penghujung (ececececee), kami sampai jugak kat TN tu. Masa tu dah dekat jam 1tghari. Uishhh, perut dah lapar dah masa tu.

Berkumpul, dengar taklimat sket, amik kunci, masuk chalet, mandi-manda, makan... Dalam jam 2.30, berkumpul lagi. Kali ni untuk lawatan ke Gua Telinga. Erk, gua telinga???? Ouh, aku dengar gua tu ada batu yang berbentuk telinga manusia. Betul ke?



Sebelum nak ke Gua Telinga, kami kena amik bot dulu ke tempat tu. Ada la kot dalam 3minit perjalanan. Dah sampai kat 'jeti' tu, kami jalan sket dan terjumpa dengan perkampungan orang asli. Tapi memikirkan tentatif melawat perkampungan tu berlaku pada ari esok, kami buat derk je.


Meneruskan perjalanan yang berliku, lecak, licin yang sepanjang 1km, kami pun sampai ke Gua Telinga. Elok sampai je, ujan rintik. Ada dua-tiga orang tu tak join masuk Gua Telinga, sebab ada masalah teknikal sket. Tetttt! Menjadikan sekaligus penjaga barang-barang kami.



Diselang-selikan lelaki perempuan semasa nak masuk Gua Telinga tu, untuk memudahkan proses tolong-menolong. Dimana-mana saja ada proses tolong menolong ni cuma bergantung sumber itu dapat tolong ke tak kan. Hehehe..

Merangkak, menggelongsor, memanjat, berenang sebelum sampai ke penghujung gua tu. Dan siapa sangka, proses masuk gua hingga ke hujung cuma sejauh 80m. Tapi dia punya adventure, perghh.... Lebam lutut, tangan semua. (aku je kot, ehehee)



Dah sampai kat penghujung gua tu, kena jalan sejauh 1km balik untuk ke jeti. Masa tu, aku dah semput ok. Gagahkan diri jugak sampai ke jeti dengan berbekalkan semangat nak berehat-rehat di katil. Hehe.

Dalam jam lim lebih, kami dah sampai kat chalet. Kasut dah tak rupa kasut. Penuh dengan selut. Masing-masing sibuk nak basuh kasut. Masa yang sama jugak, masing-masing sibuk belek kaki, kot-kot pacat ada kiss. Aku dengan yakin, rasa pacat tkde kiss.

Alih-alih, melekat jugak sekor dekat lengan. Tinggi nya dia naik. Tak gayat ke pacat tu. Hehehee. Nak tunggu pacat tu kenyang ( kononnya klau pacat dah kenyang, tkde la teruk sangat darah mengalir), rasanya baru je kiss. Nak tak nak, buang jugak. Dan mengalir la darah laju seperti mahsuri.. (erk, ape kes mahsuri plak ni). Ala, apa kesah. Tampal handyplast je. Takyah risau.




Emmm... Nanti aku sambung lagi...

Nak gi exercise jap, tambah stamina untuk crita aktiviti seterusnya. Hehehee =P

photo-ooooo!

13hb November 2009. Aku pulang ke kampung halaman aku bersama si dia. Tapi itu bukan bermakna si dia pun pulang ke kampung halaman ku. Cuma si dia teman aku balik sampai ke kampung ku dan dia sambung perjalanannya ke kampung halaman nya pula. =P

Banyak perkara menarik yang aku nak tunjukkan kat sini sepanjang perjalanan pulang ni. Tapi, aku terlupa nak charge kan bateri kamera plak. Tak dapat la nak snap pics yang menarik tu. Dan terpaksa la aku save kan bateri yang ada tu untuk satu pitt-stop yang menarik bagi si dia.

Dan dah tentula sebab lain yang aku semangat nak save bateri sebab aku yang jadi modelnya kan. Hahahahaa.



Di hentian sebelum masuk terowong Ipoh dari arah Selatan

Kamera yang digunakan bukanla kamera yang canggih sangat. Biasa-biasa je. Tapi bila si dia yang snap, memang cantik sangat pics tu. Kadang-kadang tu, walaupun pakai kamera hp pun, gamba tetap cantik. Berbanding aku yang snap, memang lepas tu, aku delete je. Tah apa-apa pics jadinya. Bab kabur tu, takyah cakap la. Tangan aku ni tak terajar nak dok diam. Hehe.

Aku memang ada plan nak beli kamera DSLR tu. Tapi lebih baik adiahkan kat si dia je. Lebih berpuas ati. Dan sebelum adiahkan kepada si dia, aku nak letakkan syarat. Hanya aku yang menjadi model si dia. Muahahaa. Agaknya dia setuju tak?

Hehehee.. Sejak bila aku gila bergambar ni??


Thursday, November 5

oh mama, saya mau kawen......

oh mama, saya mahu kawen
kawen dengan siapa
dengan siapa saja

Sejak-sejak aku tamat zaman kolej, ramai kawan-kawan aku yang mula buat keputusan untuk tamatkan zaman bujang. Dan yang bestnya, berderet-deret kawen setiap bulan. Jadi setiap bulan tu, aku dah kena buat peruntukan untuk adiah kawen diorang. Tapi sejak lepas raya deepavali aritu, bole dikatakan setiap minggu, ada je aku dapat jemputan ke kenuri kawen diorang. Tu pun, ada yang aku tak nak attend.

Bekas rakan sekerja aku, shah telah pilih 24hb oktober sebagai hari persandingan untuk diri dan pasangannya di putrajaya.

apahal la aku tertonggek cam gitu...

Sweet kan warna tema yang diorang pilih... Terberangan jap nak sanding macam tu jugak.... Huhu..

Ahad lepas pun, aku ke kenuri kawen kawan sekolah teknik kat BTR. Dia dan hubby dia ( oops, tk sangka aku korg dh kawen) dah berkawan dari zaman matriks lagi. Rasa-rasa dah 6tahun lebih la. Yang aku tau pun sebab aku sama-sama matriks dengan diorang ni.


mujur dapat wan, sama tinggi sama padan


selamat pengantin baru atoy & wan


kawan-kawan yang hadir aritu, yang sempat bergambar sama


konon-konon nak serap aura la ni. eheks

So, incoming wedding events adalah pada bulan 12. Sorang-sorang dah mula naik level. Giliran aku jangan tanya, ok. Tengah kumpul aura lagi ni. Hehe. Tapi kan, aku nak buat tema warna apa ek masa sanding nanti. Hahahaa. Ada ati lagi tu...

Aku tengah angan-angan nak kumpul duit banyak sket, baru nak kawen. Kalau bole tu nak elak buat loan. Biar si 'dia' je yang buat loan nanti. Huhuhu. Dan sanding nanti pun, takmo la grand-grand. Cukup untuk memaklumkan status dah naik level je. (Ececece. Yela tuh...) Dont worry, kalau aku nak kawen nanti, aku inform la.....senyap-senyap. Ahaks!~

Thursday, October 29

mendaki the climb

Tak jadi nak honeymoon dengan kerja. Rasa rindu nak honeymoon kat teratak maya aku ni jap. Ini kan tempat aku meluahkan perasaan rasa gelisah, rasa riang ria aku. Cuma aku rasa aku lebih banyak meluahkan perasaan emo aku berbanding rasa riang ria kat teratak maya aku ni. Sampaikan ada seorang 'abang' mintak aku ceria selalu.

Well... Ada dua tiga benda yang aku impikan dah tercapai dalam dua tiga minggu lepas. Aku mulakan dari segi kerja. Aku masih kerja di tempat yang sama, belum lagi bertukar kerja seperti yang aku inginkan. Tapi ada sedikit pertambahan untuk gaji aku. Walaupun sikit sangat, tapi syukur Alhamdulillah, mampu tampung apa yang berlubang sebelum ni. Masa yang sama juga, aku dapat berita, ada pertambahan ahli dalam syarikat yang kecik ni. Lega rasa lagi-lagi ahli baru tu bakal menjadi pengganti meneman bos berjalan-jalan.

Pasal kehidupan dan famili aku pulak, biasala orang kata ada turun naik walaupun dalam tempoh sehari. Sebenarnya sejak dua tiga bulan lepas, aku frust bila aku nak apply loan, aku perlukan seseorang untuk jadi gerentor aku. Aku taknak nyusahkan sapa-sapa untuk jadi gerentor aku walaupun ahli keluarga sendiri. Aku lebih suka kalau aku sorang-sorang saja yang tanggung beban. Dan akhirnya awal bulan ni, loan aku dah diluluskan tanpa menggunakan gerentor. Tak kisahlah walaupun tak dapat yang betul-betul dihajatkan.

Dan berlakulah pertambahan ahli keluarga, iaitu Midnite Twilight Sober. Ehehee. Panjang betul nama dia. Tapi di kalangan kawan-kawan aku, kami panggil Midnite aje. Dan merasala aku menghias dirinya dengan barangan yang bertemakan N.B.C. Jadi sekarang ni, rajinla dia menemani aku berjalan-jalan.

Perkara seterusnya yang membahagiakan aku, pasal.... Hmm, maaf. Aku tak dapat nak kongsi hal ni dekat teratak maya. Hal ni agak personal untuk diceritakan. Cukupla si dia dan BFF yang tahu pasal hal ni. Keluarga aku sendiri pun tak tahu menahu pasal hal ni. Mungkin suatu ari nanti, aku akan cuba kongsikan pasal hal ni kat teratak maya ini. OK?

Oh ye, kejadian loan lulus dan hal personal berlaku pada ari yang sama. Jadi, ari kejadian tu, aku tersenyum sorang-sorang. Tersengih-sengih. Tapi macam biasa, aku ni suka berlakon cool and cold kan. Jadi, orang akan nampak aku ni seorang yang tak ada perasaan. Hahahaa.

Tipu, tipu. Aku ni memang jenis yang tidak menunjukkan perasaan. Aku jenis yang suka simpan dalam ati. Andaikata ada kawan-kawan yang nampak aku happy semacam je dan rasa pelik, itu maknanya dah klimaks la perasaan happy sampai tak dapat dibendung. Walaupun aku memang jenis suka senyum, tapi orang tertentu je dapat nampak makna sebenar senyum tu.

Memandangkan aku ni jarang tunjukkan perasaan suka dan happy, orang akan kata aku ni lebih kepada emo dan baran. Mungkin juga begitu, mungkin juga tidak. Jadi, kawan-kawan ku diluar sana, tolong komen apa perangai ku yang sebenarnya?


From LYRICSMODE.COM lyrics archive
Lyrics | Miley Cyrus lyrics - The Climb lyrics

Wednesday, October 28

under construction

Aku rasa dah dua tiga minggu aku tak honeymoon kat teratak maya aku ni. Dan aku rasa, dah tiba masa teratak maya ni diberi nafas baru. Mungkin dari segi isinya, penyampaiannya, dan tentu sekali aku kena renovate teratak ni untuk jadi lebih relax bila ada tetamu bertandang kan.

Orang kata (bukan aku kata) seseorang itu dapat diperlihatkan sifat-sifat yang terlindung yang tak mungkin dapat dikenali secara luaran dengan keadaan 'rumah'nya sendiri. Sejauh mana kebenaran ni, masing-masing bole tahu dengan keadaan masing-masing.

Tapi, aku ada banyak crita la nak kongsi kat teratak ni. Cerita yang menjurus ke arah kebahagiaan aku. Lebih bahagia daripada sebelum ni. Eh, tapi jangan salah faham. Tak berkaitan langsung dengan hal aku nak berkawen atau tunang. Pasal hal tunang atau kawen tu, sila tanya pada orang yang berkenaan, bukan aku. Dan kalau ikut plan si dia, sila tanya soalan berkaitan dalam 2-3 tahun lagi.

Okla aku nak sambung 'honeymoon' dengan kerja balik. Akhir-akhir ni, kerja tu asyik nak berkepit dengan aku je. Tak bagi peluang langsung (sedikit penipuan di sini) aku nak bercanda dengan Web World Wide. Hehe....

Tuesday, October 27

suara nyaring

Hujan - Bila Aku Sudah Tiada

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…



Mood bengang arini. Dari saat bangun tido, dan saat mengadap workload yang merapu ni. Oh ye, pagi-pagi camni aku tak berminat nak dengar suara yang nyaring. Sila hindari dari menggunakannya.

Wednesday, October 21

email - spam kot

Dalam inbox email aku, ada email yang agak mencurigakan. Aku copy-paste as follows k.

Good day!
I am Mr. Joseph Kabore director auditing and accounting department" bank of Africa (boa) Ouagadougou, Burkina Faso .I discovered the sum of seven million, two hundred thousand dollars (usd7.2) belonging to a deceased customer of this bank the fund has been lying in a suspense account without anybody coming to put claim over the money since the account owner late, Mr Salla khat from Lebanese who was involved in the December 28th 2005 Benin car crash.

it is therefore, upon this discovery that i decided to take this ultimatum and make this business proposal to you as the fund will be release to you as the next of kin or relation to the deceased for safety and subsequent disbursement since nobody is coming for it and i don't want this money to go into the bank treasury as unclaimed bill the banking rules here stipulates that if such money remained unclaimed after five years, the money will be transferred into the bank treasury as unclaimed fund. The request of foreigner as next of kin in this business is occasioned by the fact that the deceased customer was a foreigner and a Burkina be cannot stand as next of kin to a foreigner.

Therefore, I am soliciting for your assistance to come forward as the next of kin. I have agreed that 40% of this money will be for you as the beneficiary respect of the provision of your account and service rendered, 60% will be for me. Then immediately the money transferred to your account from this bank, I will proceed to your country for the sharing of the fund.again you can call me through my telephone number: +226 78259831
Yours faithful,
Mr.Joseph Kabore

Ok, sekarang apa yang patut aku buat? Ignore, delete email, atau cuba call tanya... Aku rasa ni spam la. Apa kejadahnya nak bagi duit free gitu je kn. Em, perasan tak, nama Mr Salla Khat tu. Aritu aku ada dapat email dari Mr Salla Khat tu. Awal-awal aku dah delete dah. Bila dtg email kedua ni, rasa ingin tahu tu terlahir plak kat celah-celah hati tu.

Aku manusia biasa, yang mudah terpengaruh dengan bisikan-bisikan manusia........ Kalau syaiton, apa tah lagi kan. Tu memang keja depa. Ishh.. Mintak dijauhkan.....

Friday, October 16

souvenir dari jepun

Macam selalu, ari-ari aku check peti surat walaupun tahujarang aku nak dapat surat. Tapi dua-tiga ari lepas, aku agak terkejut bila ada surat yang bersaiz sederhana dituju khas untuk ku. Tak sempat nak masuk umah, dah bukak sampul, nak tengok apa isi nya. Lagi-lagi aku syak terkandung sesuatu yang istimewa. Hehe.


Bila tengok ke dalam sampul tu, ada sekeping kertas dan teeeet! Wow, sapa bagi aku ni.


Rupa-rupanya abgbent yang anta adiah tu. Yang diterbang khas dari jepun.

Comel kan? Best part is, ada flower kaler purple. Menarik.

THANKS ABGBENT!!!!
Saya suka sangat.

Tengah pikir lagi ni, nak display kat mana. Hehe.

Thursday, October 15

Pakej ke Langkawi

Ada sapa-sapa berminat nak gi Langkawi bulan 12 ni? Ni ada satu pakej yang bole korang tempah melalui kawan aku. Tapi trip tu dari 18hb sampai 20hb disember je.

Untuk trip ke Langkawi dari 18hb sehingga 20hb disember ini, kami (walaupun bukan aku yang manage, tapi aku kena post artikel ni) menyediakan pakej seperti berikut:

2 Night stay at Deluxe Room
2 x Breakfast
1 x Lunch
1 x Dinner
1 x BBQ @ Bistro
Full Day Island Tour***
Return Transfer from Jetty to Resort
Transportation KL from & to Langkawi**


***Full Day Tour (Not including entrance fees)
Langkawi Cable Car
Mahsuri's Memorial
Kompleks Kraftangan Langkawi
Shopping at Kuah Town
Eagle Square

Transportation KL from & to Langkawi**
KL - Kuala Perlis - Langkawi: RM125.00

Room for twin sharing: RM350.00 per pax
Room for triple sharing: Rm300.00 per pax

So the total cost to Langkawi from KL will be
RM425.00
per pax for triple sharing
and
RM450.00 per pax for twin sharing.

Optional (have to request this):
Island Hopping @ RM50 per pax including 3 island (4hrs)
Pulau Dayang Bunting
Pulau Beras Basah
Eagle Feeding

Sapa-sapa yang berminat, mintak email nama penuh, no telefon sebelum 20 Oktober 2009 kat juliet_on14@yahoo.com.

Untuk payment plak, 50% deposit dari full amount sebelum 6hb November 2009. Dan bayaran selebihnya (full amount) sebelum 4hb Disember 2009.

Cepat-cepat. Ada sapa-sapa berminat? Mehla... Bila lagi nak jenjalan kat Langkawi. Lagi-lagi bersama keluarga. Jom-jom.